Probiotik Meningkatkan Kesihatan Penghadaman dan Sistem Imun

Probiotik Meningkatkan Kesihatan Penghadaman dan Sistem Imun |  Hasil penyelidikan yang dijalankan di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) telah pun didedahkan baru-baru ini. Penyelidikan itu dijalankan selama satu tahun setengah dan keputusannya adalah sangat relevan kerana ia melibatkan rakyat Malaysia sebagai subjek penyelidikan.

WDHD 1a

Pasukan penyelidik yang diketuai oleh Ketua Penyelidik dan Pakar Perunding Perubatan & Gastroenterologi, Profesor Madya Dr Raja Affendi Raja Ali, menemui bukti yang mengaitkan pengambilan probiotik secara berterusan dengan peningkatan sistem imun subjek kajian. Probiotik yang diberikan kepada subjek kajian merupakan minuman susu kultur yang mengandungi Lactobacillus acidophilus dan Lactobacillus paracasei.

WDHD 3a

Menurut Profesor Madya Dr Raja Affendi, “Keputusan kajian ini jelas membuktikan bahawa dua strain probiotik ini dapat meningkatkan homeostasis sistem imun, iaitu mengekalkan keupayaan sistem imun bagi mencapai keseimbangan yang ideal.”

WDHD 2a

Tiga  penanda pro-keradangan yang melibatkan penyakit keradangan kronik atau kanser termasuklah faktor nekrosis tumor-alfa, Interleukin-6, dan Interleukin-8. Faktor ini diperiksa dengan teliti dalam kalangan subjek yang sihat dan pesakit yang mengalami sindrom usus rengsa. Penyelidik mendapati terdapat pengurangan yang signifikan dalam ketiga-tiga penanda tersebut dalam kalangan majoriti subjek penyelidikan.

Penyelidikan itu menyimpulkan bahawa probiotik memberikan kesan yang positif dari segi kesihatan penghadaman. Peningkatan signifikan yang dilaporkan termasuklah:

  • 96% subjek kajian dilaporkan mengalami simptom sembelit yang berkurangan,
  • 45% subjek kajian menghabiskan masa kurang daripada 10 minit di dalam tandas,
  • 36% subjek kajian kurang meneran semasa di dalam tandas,
  • 31% subjek kajian mempunyai najis lebih lembut,
  • Masa penghadaman makanan adalah 33% lebih pantas, biasanya ia mengambil masa selama 20-45 jam, tetapi telah dikurangkan sebanyak 5-15 jam.

Kesemua hasil penyelidikan tempatan ini turut dibentangkan di Forum Kesihatan Penghadaman Antarabangsa (International Digestive Disease Forum) di Hong Kong awal bulan ini.

Meraikan kesihatan penghadaman

Hasil penyelidikan tersebut diumumkan pada pelancaran sambutan Hari Kesihatan Penghadaman Sedunia (WDHD 2018) pada 30 Jun di Pusat Membeli Belah Sunway Velocity. Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam), Kementerian Kesihatan Malaysia, YBhg Dato’ Dr Hj Azman Bin Hj Abu Bakar telah merasmikan pelancaran tersebut. Dalam ucapannya, beliau memperakui kepentingan hasil kajian itu dan menegaskan bahawa keadaan tahap kesihatan penghadaman rakyat Malaysia berada pada tahap yang membimbangkan.

Health Screening

“Fakta Kesihatan 2017 yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan menunjukkan penyakit-penyakit sistem penghadaman adalah penyebab utama yang keempat bagi kemasukan ke hospital swasta, penyebab utama yang ketujuh bagi kemasukan ke  hospital kerajaan, dan penyebab utama yang keenam bagi kematian yang dicatatkan di kedua-dua hospital kerajaan dan swasta,” katanya.

Beliau turut berkata, terdapat pelbagai faktor yang menyumbang kepada perkara ini, contohnya kanser kolorektal dan obesiti. “Kedua-dua sektor swasta dan kerajaan harus bekerjasama secara aktif demi menyelesaikan masalah ini dengan berkesan. Usaha berterusan dan berfokus  wajar dilaksanakan jika kita mahu berjaya dalam mengurangkan kejadian penyakit penghadaman pada masa hadapan,” katanya.

Mendidik dan memperkasakan masyarakat awam

Penganjur WDHD 2018, iaitu Program Penghadaman Sihat VITAGEN bersama-sama Persatuan Kesihatan Penghadaman Malaysia (DHM), berharap mereka dapat menggalakkan dan mempromosi kesihatan penghadaman yang optimum dalam kalangan masyarakat awam di Malaysia menerusi kempen pendidikan komuniti dan inisiatif-inisiatif lain.

Dance with Captain V

DHM ialah badan kesihatan penghadaman yang dipelopori pakar-pakar, yang bertujuan memperkasakan semua rakyat Malaysia untuk menguruskan kesihatan penghadaman mereka secara yakin dan optimis, dan seterusnya mengurangkan prevalens penyakit penghadaman. Rakan usaha sama WDHD 2018 yang lain termasuklah Bulan Pemakanan Malaysia, Program Pengasuhan Positif, dan Majlis Kanser Negara.

Videos on Digestive HealthDatuk Dr Muhammad Radzi Bin Abu Hassan, pengerusi DHM, berkata “Harapan kami adalah agar hasil kajian ini berguna dalam mewujudkan sinergi yang lebih hebat antara kerajaan, ahli akademik, industri dan juga masyarakat, dan seterusnya memberi penyelesaian bagi masalah kesihatan penghadaman yang dihadapi oleh ramai rakyat Malaysia.”

 

Sokongan daripada industri

Encik Poh Eng Lip, Pengurus Besar VITAGEN, mendedahkan, “Selama ini kami memang banyak menyokong program-program pencegahan dan program-program kemasyarakatan yang tertumpu kepada usaha untuk meningkatkan kesedaran tentang kepentingan kesihatan penghadaman.”

“Pada tahun ini, kami berbesar hati kerana dengan kerjasama rapat dengan pakar-pakar dari PPUKM, kami memperoleh kefahaman yang lebih baik tentang bagaimana probiotik dapat menambah baik kesihatan penghadaman dan meningkatkan sistem imun. Kajian tersebut menemui keberkesanan strain probiotik dalam minuman susu kultur kami, iaitu Lactobacillus acidophilus dan Lactobacillus paracasei. Kami sangat terdorong dengan hasil positif penyelidikan ini, yang terbukti disokong oleh data dan statistik saintifik.”

Acara seisi keluarga

WDHD ialah acara tahunan yang sesuai dihadiri oleh seisi keluarga, dan tahun ini, ia diadakan di Main Atrium, Ground Floor, Pusat Membeli Belah Sunway Velocity, bermula 28 Jun sehingga 1 Julai 2018, pada 10.00 pagi sehingga 10.00 malam. Orang awam yang hadir mempelajari lebih banyak tentang kesihatan penghadaman daripada pakar. Acara ini mempamerkan pelbagai aktiviti menarik seperti pemeriksaan kesihatan percuma, pemberian kit ujian najis percuma, mural 3D interaktif, video untuk tontonan awam, rundingan oleh pakar, pertandingan mewarna kanak-kanak dan demonstrasi senaman yang menyeronokkan.

Colouring competition1

Vitagen drinking competition (kids and adults)

Leave a Reply