Produk Antabax On-the-Go Untuk Ramadan Dan Hari Raya Yang Lebih Bersih

Antabax On-the-Go

Produk Antabax On-the-Go untuk Ramadan Dan Hari Raya Yang Lebih Bersih │  Barisan produk penjagaan diri Halal nombor 1 Antabax[1], bakal memastikan semua keperluan kebersihan anda ketika dalam perjalanan terjaga dengan barisan produk pembasmi kuman yang anda boleh bawa ke mana sahaja dan pada bila-bila masa.

Antabax_01

 

Barisan pembasmi kuman Antabax ini amat sesuai untuk keperluan pembersihan yang pantas tetapi menyeluruh ketika anda sibuk membuat persiapan untuk Ramadan dan Hari Raya termasuklah sewaktu perjalanan balik kampung yang menceriakan.

Produk Antabax On-the-Go x

Barisan ini terdiri daripada tiga produk hebat bersaiz poket iaitu tisu, gel dan spray pembasmi kuman Antabax, yang amat sesuai digunakan dalam keadaan yang memerlukan perbersihan pantas dan bersih. Saiznya yang kecil tidak akan mengambil ruang yang banyak di dalam beg tangan; beg kembara; beg bayi; kantung pinggang; kotak kecemasan mahupun kereta.

Produk Antabax On-the-Go bersaiz kecil

Barisan produk pembersihan Antabax memberikan perlindungan 24 jam dan membasmi 99.9% kuman berbahaya. Produk ini dirumuskan dengan vitamin untuk kulit dan Aloe Vera bagi memastikan kulit anda sentiasa sihat dan lembap sementara Sistem Derma Protect produk ini pula mengandungi Serum Micro Moisture bagi menjadikan tangan lembut, licin dan sihat. Barisan produk yang diuji secara dermatolgi pada kulit sensitif ini terbukti sesuai untuk penggunaan harian.

Sistem Derma Protect

Kesemua produk Antabax disahkan Halal, memberikan umat Islam keyakinan penuh untuk menggunakannya.

Penggunaan Produk Antabax Pembasmi Kuman 

antabax_Wipes02

Tisu Pembersih Antibakteria Antabax sesuai untuk pembersihan segara ketika anda tidak mempunyai air dan sabun seperti sewaktu anda membeli belah di bazar Ramadan atau ke pasar. Bawa produk ini bersama anda dalam perjalanan balik kampung untuk membersihkan si kecil dan diri sendiri. Letakkan ia di meja hidangan Hari Raya supaya para tetamu boleh membersihkan tangan sebelum menikmati biskut dan kek yang dihidangkan.Penyembur Permbersih Antabax

Gunakan Penyembur Permbersih Antabax pada pemegang troli juga pada palang atau pemegang di dalam bas atau keretapi ketika anda sedang bergerak. Ia paling berguna untuk membersihkan penutup tandas awam. Semburkan pada tempat duduk tandas, lap kering dengan tisu dan anda boleh gunakan kemudahan itu dengan selesa.

Pembersih Tangan Segera Antabax

Gel Pembersih Antabax pula amat berkesan bila digosok pada kedua-dua tangan dan jari jemari untuk mendapatkan pembersihan menyeluruh daripada kuman ketika ketiadaan sabun dan air.

Menurut Pengurus Kanan Jenama Bahagian Penjagaan Rumah dan Peribadi Lam Soon Edible Oils Sdn Bhd, Mandy Lee, penjagaan kesihatan yang baik berkait rapat dengan amalan kebersihan diri yang baik. Amalan pembersihan yang ringkas dan cepat memberikan impak besar dalam mengurangkan risiko penyakit berjangkit, terutamanya yang disebarkan melalui tangan kotor ketika musim perayaan.

“Sewaktu Ramadan, kita berinteraksi dengan legih ramai orang daripada biasa dengan keluarga dan rakan yang datang dari dalam dan luar negara. Oleh itu, amat penting untuk sentiasa menerapkan amalan kebersihan sebagai langkah pencegahan dan menjaga kebersihan bagi mendapatkan ketenangan fikiran,” kata Cik Lee.

Barisan produk pembersihan Antabax boleh didapati di farmasi dan peruncit terkemuka di seluruh negara termasuklah Guardian, Watsons, AEON dan banyak lagi.

Tisu Pembersih Antibakteria Produk Antabax Penyembur Permbersih Produk Antabax Pembersih Tangan Segera Antabax
Tisu Pembersih Antibakteria Antabax (3 X 10 helai)

Cadangan harga jualan:
RM 4.80

Penyembur Permbersih Antabax 50ml

Cadangan harga jualan:
RM 4.80

Pembersih Tangan Segera  Antabax 50ml

Cadangan harga jualan:
RM 4.20

Untuk menjadi sebahagian daripada komuniti Antabax dan mendapatkan tips-tips kebersihan terbaik bagi mewujudkan gaya hidup yang lebih bersih dan penuh keyakinan, sila tekan butang “LikeAntabax di pautan  www.facebook.com/NewAntabax dan @Antabax di Instagram.

[1]*Nielsen MAT April ’16, Medicated Liquid segment

 

Mengenai Lam Soon Edible Oils Sdn Bhd

Lam Soon Edible Oils Sdn. Bhd. (Lam Soon) merupakan sebuah syarikat pengeluar bahan makanan; penjagaan rumah dan peribadi yang ditubuhkan pada 1950-an.  Dalam kategori penjagaan rumah dan peribadi, Lam Soon menawarkan pilihan variasi yang menyeluruh termasuk rangkaian:

  1. penjagaan feminin Orchid;
  2. penjagaan peribadi May;
  3. penjagaan peribadi Fruitale FairWhite UV;
  4. penjagaan peribadi antibanteria Antabax;
  5. produk-produk penjagaan rumah ZIP (cecair pencuci pinggan, pembersih lantai, pembersih tandas, serbuk dan krim pembersih);
  6. cecair dan pes pembersih pingan; cecair pembersih pinggan dan kediaman bio dan pembersih pelbagai guna Labour.

Sebagai jenama yang dikenali ramai dan dipercayai, Lam Soon mendedikasikan diri untuk menghasilkan produk-produk berkualiti bagi kehidupan yang sihat dan rumah yang bersih

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *