Botaneco Garden Tawar Produk Organic Chia Seed Oil and Honey

BotanecoGarden_02

Botaneco Garden Tawar Produk Organic Chia Seed Oil and Honey | Guardian Malaysia memperkenalkanrangkaian Botaneco Garden Organic Chia Seed Oil and Honey, produk yangberinspirasikan kepada alam semula jadi yang berfungsi melembab sertamelindungi kulit dan rambut kering dengan manfaat ramuan tradisional[1],[2]untuk rambut yang lebih terurus.

Botaneco Garden perkenalkan produk Organic Chia Seed Oil and Honey

Pelancaran dengan bertemakan ‘Be A Mess Free Beauty’ yang diadakan di A Cut Above Academy itu mendedahkan cabaran untuk menghasilkan ramuan kecantikan secara “DIY” menggunakan biji chia dan madu melalui tutorial di laman YouTube. Pada masa yang sama berkongsi manfaat dua ramuan tersebut untuk jenis kulit dan rambut yang kering hingga normal. 

Keadaan persekitaran berhawa dingin, mandi, mengeringkan rambut dengan tahap kepanasan yang tinggi serta penggunaan produk penjagaan diri yang tidak sesuai dengan kondisi kulit dan rambut boleh menyumbang kepada masalah kekeringan[3]. Apabila usia kita semakin meningkat, kulit akan hilang keanjalan dan keremajaannya, sementara kulit kepala pula kurang menghasilkan minyak yang boleh menyebabkan masalah rambut kering[4]. [5]

Dengan begitu banyak faktor, apa yang boleh kita lakukan untuk mendapatkan kulit yang lembab, licin dan rambut yang berkilat?

Rangkaian baru produk Botaneco Garden Organic Chia Seed Oil and Honey menawarkan penyelesaian kepada pengguna yang peka terhadap alam sekitar dan mahukan produk penjagaan diri yang lembut dan efektif. Ia terdiri daripada syampu Deep Moist and Protect, perapi, minyak rambut, cucian badan, losyen serta krim tangan untuk penjagaan harian rambut dan kulit. Produk-produk ini memfokuskan ke atas ciri-ciri melembap serta melindungi kulit dan rambut dari jenis yang kering hingga jenis yang normal.

Rangkaian produk ini diformulasi dengan 100% minyak biji chia organik yang disahkan eco dari Jerman untuk memulihara kelembapan semula jadi kulit dan rambut. Di samping mengekalkan kelembapan dan diperkaya dengan ekstrak madu organik dari Perancis yang tinggi kandungan mineral, vitamin dan anti-oksidannya. Kombinasi minyak biji chia organic yang 100% disahkan eco dan ekstrak madu organic menawarkan tahap lembapan serta hidrasi yang ideal untuk jenis kulit kering dan normal. Ia juga telah diuji dan terbukti secara dermatologi, serta tidak diuji ke atas haiwan.

Kesemua rangkaian 58 produk Botaneco Garden termasuklah Organic Chia Seed Oil and Honey hanya boleh didapati di Guardian Malaysia.

Guardian Malaysia kini mengendalikan lebih 400 kedai. Ia menyediakan pelbagai produk Farmaseutikal, Kesihatan dan Kecantikan kepada lebih 2.5 juta pelanggan di Malaysia setiap bulan di seluruh negara. Guardian merupakan antara peneraju rantaian produk kesihatan, kecantikan dan penjagaan peribadi di Malaysia. 

Pengurus Jenama Sendiri, Kesihatan & Kecantikan, Malaysia & Brunei, Guardian Health & Beauty Sdn. Bhd., Michelle Yeap menjelaskan bahawa rangkaian produk Organic Chia Seed Oil and Honey dihasil untuk menawarkan produk yang berasaskan kepada trend kosmeseutikal global serta memenuhi keperluan pelanggan Guardian di rantau ini. 

“Diinspirasikan dari alam semula jadi, produk yang melembab secara mendalam serta menjadi penyelesaian protektif ke atas kulit dan rambut kering ini sememangnya dimahukan oleh para pelanggan kami. Kami sudah mengkaji banyak ramuan yang disahkan eco dan organik sebelum menjumpai kombinasi unik 100% minyak chia dan ekstrak madu organik yang menawarkan tahap lembapan, hidrasi dan manfaat berkesan kepada kulit kering dan normal,” kata Yeap.

“Pelanggan tegar kami sukakan produk kecantikan DIY yang disediakan di rumah, tetapi kurang gemar dengan jumlah masa, tenaga dan kos yang terpaksa dihabiskan untuk menghasilkannya. Penyediaan, membersihkan dapur dan kemudiannya mandi memang memenatkan! Risiko juga ada jika mereka menggunakan resepi yang salah di mana nisbah ramuan tidak memberikan hasil yang diingini.”   

Pasukan Botaneco Garden mengadakan demonstrasi DIY yang mungkin gagal dan keadaan bersepah dalam usaha menghasilkan produk kecantikan menggunakan benih chia dan madu untuk kulit dan rambut dalam studio YouTube Botaneco Garden Mess Free Beauty.

“Untuk rangkaian produk Organic Chia Seed Oil and Honey, Botaneco Garden menawarkan kebaikan dua ramuan bagi memberikan produk penjagaan diri yang mampu milik serta berkesan ke atas jenis kulit kering kepada pengguna. Ia telah diuji dan terbukti secara dermatologi, jadi anda boleh jadi lebih cantik dengan mudah. Gunakan terus dari botol atau tiub dan ia cukup lembut untuk kegunaan setiap hari,” katanya lagi.

Para tetamu pada majlis pelancaran Botaneco Garden Organic Chia Seed Oil and Honey berpeluang merasai sendiri manfaat produk ini menerusi sesi cucian rambut, perapian dan kering seperti di salon. Sebelum diikuti oleh sesi merias kuku dan urutan tangan yang disediakan oleh pasukan profesional di A Cut Above Academy.

“Sebelum majlis ini bermula, kami telah mencuba syampu, perapi, minyak rambut, losyen badan dank rim tangan Botaneco Garden Organic Chia Seed Oil and Honey. Hasilnya sangat mengagumkan. Syampu ini tidak mengeluarkan buih yang banyak. Ini bagus kerana buih boleh menghilangkan minyak semula jadi rambut dan membuatkannya menjadi kering. Perapi membuatkan rambut lebih mudah diurus dan mengurangkan kerinting halus. Minyak rambut pula membuatkan rambut mudah digayakan dan tidak berat,” kata Ketua A Cut Above Academy, Peter Wong.

Terdapat lima produk di bawah jenama Botaneco Garden iaitu Inca Inchi yang menggunakan Inca Inchi dan Aloe Vera sebagai ramuan utamanya. Rangkaian produk premium Organic Argan and Olive Oil, Botaneco Garden Baby menggunakan bunga kamomil yang disahkan sebagai eco dan koloidal emping oat untuk produk bayi yang lembut dan berkesan. Rangkaian produk Trio Oil yang 100% menggunakan minyak disahkan eco – minyak Babassu, minyak Baobab dan minyak Chufa serta rangkaian produk Organic Chia Seed Oil and Honey yang baru.

Botaneco Garden Organic Chia Seed Oil and Honey Deep Moist and Protect Shampoo 500ml ideal untuk rambut kering dan rosak kerana ia melembab dari dalam untuk mengembalikan rambut yang berkilat dan licin secara semula jadi.   Diperkaya dengan Panthenol dan Hydrolyzed Protein, ia membantu meningkatkan kekuatan rambut, mengurangkan pembentukan rambut bercabang dan kerosakan kutikel dengan cara melicinkan kutikel rambut. Membantu melindungi rambut rosak daripada haba, UV dan air laut, ia ditawarkan pada harga RM18.77 sebotol.
B2
Botaneco Garden Organic Chia Seed Oil and Honey Deep Moist and Protect Conditioner 500ml ideal untuk rambut kering dan rosak kerana ia melembab secara mendalam untuk rambut yang sihat, lembut dan licin. Pada masa yang sama menambah baik aspek keanjalan rambut dan mudah diurus. Rambut boleh disikat dengan mudah.   Diperkaya dengan Panthenol dan Hydrolyzed Protein, ia membantu meningkatkan kekuatan rambut, mengurangkan pembentukan rambut bercabang dan kerosakan kutikel dengan cara melicinkan kutikel rambut. Membantu melindungi rambut rosak daripada haba, UV dan air laut, ia ditawarkan pada harga RM18.77 sebotol.
Hair Oil
Botaneco Garden Organic Chia Seed Oil and Honey Deep Moist and Protect Hair Oil 95ml ideal untuk rambut kering dan rosak kerana ia melembab secara mendalam untuk memulihara, melembut dan melicinkan rambut. Pada masa sama menambah baik aspek keanjalan, rambut lebih mudah diurus, serta mengembalikan kilatan semula jadi rambut.   Diperkaya dengan Vitamin E dan Hydrolyzed Protein, ia membantu menguatkan rambut, mengurangkan rambut bercabang dan kerosakan kutikel dengan melicinkan kutikel rambut. Membantu melindungi kerosakan rambut daripada haba sehingga 185°C*, UV dan air laut.   *Telah diuji ke atas “3 tresses” rambut berdasarkan kepada ramuan aktif.   Ditawarkan pada harga RM17.83 sebotol.
Botaneco Garden Organic Chia Seed Oil and Honey Deep Moist and Protect Body Wash 500ml sesuai untuk kulit kering kerana ia membantu memulihara dan melindungi kulit daripada masalah luaran, pada masa yang sama melegakan kulit. Ia diadun dengan CoQ untuk membantu mengurangkan keadaan kelihatan kedutan, selain membantu kulit lebih licin dan lembut.   Ditawarkan pada harga RM18.77 sebotol.
Botaneco Garden Organic Chia Seed Oil and Honey Deep Moist and Protect Body Lotion 400ml sesuai untuk kulit kering kerana ia membantu melindungi kulit daripada masalah luaran, di samping meremajakan dan melegakan kulit. Ia diadun dengan CoQ10 dan AHA (diambil daripada asid Glikolik) untuk membantu mengurangkan keadaan kelihatan kedutan, menambah baik tona kulit dan menggalakkan pemulihan kulit. Formulanya yang ringan, tidak berminyak dan tidak melekit nyata menyegarkan serta menjadikan kulit lebih lembut dan anjal.   Ditawarkan pada harga RM18.77 sebotol.
Botaneco Garden Organic Chia Seed Oil and Honey Deep Moist and ProtectHand Cream 60ml membantu menyegarkan dan melindungi kulit daripada masalah setiap hari. Ia hadir dengan formulasi yang ringan, tidak berminyak dan tida kmelekit. 
 
Ditawarkan pada harga RM9.34 sebotol.

Rangkaian produk Botaneco Garden Organic Chia Seed Oil and Honey ditawarkan pada harga bermula RM9.34 untuk krim tangan Deep Moist and Protect hinggalah RM18.77 untuk syampu, perapi, mandian dan losyen badan Deep Moist and Protect. Semua produk ini boleh didapati di semua kedai Guardian di seluruh negara dan melalui e-stor Guardian: www.guardian.com.my.

Maklumat lanjut mengenai Botaneco Garden, sila layari laman web: http://www.botanecogarden.com/en-my/ atau ikuti mybotanecogarden di Instagram.


[1] https://www.womenshealthmag.com/beauty/a19946109/beauty-uses-for-honey/

[2]https://www.naturallivingideas.com/chia-seeds-for-beautiful-skin-hair/

[3] https://onlinelibrary.wiley.com/doi/abs/10.1111/j.1610-0387.2005.05068.x

[4] https://onlinelibrary.wiley.com/doi/abs/10.1111/j.0909-752X.2006.00146.x

[5] https://www.sciencedirect.com/science/article/pii/S0022202X15525864

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *