Produk WD-40® Chain Lube Diformulasikan Untuk Rantai Motosikal Anda

Salesdeck_019

Produk WD-40® Chain Lube Diformulasikan Untuk Rantai Motosikal Anda | Rantai adalah antara bahagian penting dalam motosikal dan sering diabaikan. Tujuan untuk memastikan rantai motosikal anda dalam keadaan yang terbaik bukan sahaja akan mempertingkatkan prestasi kenderaan anda, malah turut membantu anda mengelakkan daripada situasi yang bakal mendatangkan bahaya.

WD-40 Chain Lube

Sebarang jenis halangan atau geseran yangboleh menyebabkan set rantai motosikal menjadi rosak dan secara langsung memberi kesan kepada kecepakan kuasa yang digunakan. Perkara yang sama terjadi kepada rantai motosikal yang terus tergelincir. Oleh itu, memilih pelincir yang betul adalah amat penting untuk memanjangkan hayat dan prestasi rantai motosikal dan gegancu (sproket) anda.

Untuk memenuhi keperluan pelincir kepada para penunggang, WD-40® Specialist  Automotive Chain Lube direka khas bagi tujuan spesifik ini: untuk memberi pelinciran dan melindungi kenderaan anda walaupun dalam keadaan cuaca yang paling mencabar.

WD-40® Specialist  Automotive Chain Lube –Adalah penyelesaian utama untuk semua permasalahan rantai Motosikal

Tidak seperti rantai motosikal biasa, rantai motosikal  berbentuk gelang-O (O-ring), gelang-X (X-ring) atau gelang-Z (Z-ring) menggunakan tampalan getah di antara pautan dalaman dan luaran mampu mengekalkan kehadiran gris dalam setiap pin pautan rantai, dan pada masa sama menghalang masuk bendasing dan berkesan mengeluarkan debu kotoran. Setiap jenis gelang rantai ini juga bagaimanapun memerlukan minyak pelincir yang berbeza. Oleh itu, menggunakan pelincir yang betul adalah amat penting bagi memanjangkan jangka hayat rantai.

WD-40® Specialist  Automotive Chain Lube ini diperbuat dengan prestasi tinggi dan pelinciran yang tahan lama serta formulasi perlindungan yang sesuai untuk jenis gelang O,X dan Z.  

WD-40® Specialist  Automotive Chain Lube berprestasi tinggi, sintetik penuh dan pelincir rantai ini mampu bertahan dengan sebarang cuaca, mahupun dalam keadaan kering atau basah, di mana mampu menjadikannya sesuai untuk motosikal jalanan dan motosikal lasak, kart dan ATV. Ia juga mempunyai ciri-ciri perlindungan terbaik yang menghalang kerosakan daripada geseran, mencegah daripada berkarat, menghalang keretakan pada rantai tanpa menganggu sistem gerakan- ia mempunyai semua sifat yang menjadikannya sesuai untuk mereka yang tinggal di cuaca tropika dan bagi peminat aktiviti lumba dan lasak. Bagi mereka yang mementingkan penjagaan motosikal, WD-40® Specialist  Automotive Chain Lube dihasilkan menerusi formulasi istimewa yang dapat memastikannya tahan lama. Ciri-ciri anti-fling (nyah-campakan) yang terbaik mengurangkan kelonggaran pada rantai dan juga kerosakan terhadap bahagian motosikal yang lain.   

Leave a Reply