Program Voluntourism Pantai Bagan Lalang Sepang

1Voluntourism

Pada 15 Disember yang lalu, aku berpeluang mengikuti program sahabat media ke Bagan Lalang Sepang bersempena acara Voluntourism. Apa itu Voluntourism? Voluntourism adalah kombinasi perkataan Volunteer dan Tourism yang membawa maksud khidmat sukarelawan bagi industri pelancongan di Malaysia. Ia adalah satu inisiatif sempena Tahun Melawat Malaysia 2014 yang akan menjelang tiba kurang dari 15 hari lagi.

Voluntourism NBOS

Program Voluntourism Adoption Initiative: Program Pengindahan dan Pembersihan Pantai @ Bagan Lalang, Sepang adalah salah satu inisiatif strategik Kementerian Pelancongan & Kebudayaan Malaysia di bawah Strategi Lautan Biru Kebangsaan atau National Blue Ocean Strategy (NBOS). Ia merupakan hasil kerjasama di antara agensi-agensi kerajaan dengan sektor korporat, badan bukan kerajaan, institusi pendidikan dan sebagainya untuk bersama-sama berganding bahu memastikan kebersihan dan keindahan kawasan-kawasan pelancongan negara sentiasa dalam keadaan baik. Ia juga bagi memastikan kejayaan Malaysia untuk terus kekal menjadi destinasi terbaik di minda pelancong asing.

Signing MoU

Hasil dari inisiatif ini lima organisasi swasta dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) telah bersetuju bergabung menjadi pioneer untuk program Voluntourism ini. Mereka adalah Sepang Goldcoast Resort, Syarikat Hiap Teck Venture Berhad, Universiti Kuala Lumpur (UniKL), Kelab Pengakap Malaysia dan Malaysia Nature Society (MNS). Maka termeterai satu perjanjian persefahaman (MoU) bagi usaha membersihkan dan mengindahkan kawasan pantai Bagan Lalang Sepang ini.

YBrs. Encik Rashidi HasbullahDalam ucapan Timbalan Ketua Setiausaha (Industri Pelancongan) Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia, Yang Berusaha Encik Rashidi Hasbullah, menyatakan bahawa sasaran Tahun Melawat Malaysia 2014 adalah seramai 28 juta orang pelancong asing dengan anggaran penjanaan pendapatan untuk negara sebanyak RM76 billion. Ia merupakan misi Nasional dan memerlukan kerjasama erat semua rakyat Malaysia merealitikan impian tersebut. Beliau turut memaklumkanMYPMO_LOGO1 bahawa pada tahun ini Kuala Lumpur telah diiktiraf oleh CNN sebagai Destinasi ke-4 di Dunia yang menjadi tumpuan untuk membeli belah selepas London, Tokyo dan New York. Selain itu program Homestay Malaysia telah memenangi tempat pertama bagi “UNWTO Ulysses Award” oleh United Nation World Tourism Organisation (UNWTO) di Istanbul pada 15 November lepas. Satu pencapaian yang membanggakan!

 

Program 1Malaysia Voluntourism

1Volutourism BannerSatu inisiatif pihak kerajaan untuk memupuk semangat kesukarelawan di kalangan masyarakat serta para pelancong untuk bersama-sama membangunkan sektor pelancongan dengan cara menggereakkan para sukarelawan. Terdapat 5 program utama di bawah Inisiatif 1Malaysia Voluntourism:-

a)    1Malaysia Green 1Malaysia Clean (1MG1MC)

b)    1Malaysia Voluntutoring

c)    1Malaysia Volunsharing

d)    1Malaysia Event

e)    1Malaysia Culture and Heritage

Untuk maklumat lanjut sila layari laman web Voluntourim. Sekiranya anda berminat untuk menjadi sukarelawan dan membantu dalam industry pelancongan, anda boleh mendaftar di 1Voluntourism.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *