Promosi Domino’s Pizza Sempena Ramadan

Majlis Berbuka Puasa Domino's

Promosi Domino’s Pizza Sempena Ramadan │  Ramadan merupakan bulan di mana umat Islam berpuasa, memperbanyakkan ibadah dan juga amal jariah. Domino’s Pizza juga tidak ketinggalan dalam menyumbang balik kepada masyarakat sempena bulan mulia ini melalui inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR). Yang menariknya lagi, ini merupakan usaha sama dengan pihak media di mana sebanyak 20 rumah amal yang dipilih oleh rakan media akan menerima sajian lazat daripada Domino’s Pizza sepanjang bulan Ramadan dan Syawal.

Jasamu Dikenang Budimu Disanjung

Dengan matlamat utama untuk berkongsi keceriaan dan memupuk silaturahim sepanjang tempoh perayaan ini, Domino’s Pizza dan pekerja-pekerjanya akan melakukan sesuatu yang memang menjadi kepakarannya, iaitu menghidangkan piza panas dan lazat kepada penghuni rumah amal yang terpilih. Antaranya termasuk rumah kebajikan, rumah orang-orang tua dan rumah anak-anak yatim di Lembah Klang dan juga di Pantai Timur. Yang uniknya, rumah amal yang telah dikenalpasti akan dipilih oleh rakan media sendiri dan mereka akan turut serta ke rumah amal ini bersama Domino’s Pizza.

Cik Vicky dari SinChew mencabut nama rumah amal
Cik Vicky dari SinChew mencabut nama rumah amal…
Cik Fara dari NTV7 mencabut nama rumah amal
Cik Fara dari NTV7 mencabut nama rumah amal…
Cik Julia dari Majalah EH mencabut nama rumah amal
Cik Julia dari Majalah EH mencabut nama rumah amal…
Cik Amy dari RTM mencabut nama rumah amal
Cik Amy dari RTM mencabut nama rumah amal…

“Kami amat teruja untuk melancarkan kerjasama dan tawaran unik ini terutamanya sempena musim perayaan. Semua usaha ini lebih bermakna kerana inisiatif-inisiatif ini dilaksanakan sempena ulang tahun Domino’s Pizza yang ke-20 pada tahun ini. Kami telah mencapai perkembangan pesat selama ini dan amat penting bagi meraikan mercu jaya ini dengan semua pihak yang telah membantu Domino’s mencapai kejayaan. Sempena bulan Ramadan, usaha sama dengan media demi manfaat rumah amal membuktikan hubungan erat antara kami dan ini dapat dilihat daripada kerjasama kami untuk menceriakan golongan yang memerlukan. Selain daripada usaha sama dengan media, kami juga melaksanakan pelbagai tawaran dan inisiatif yang boleh dinikmati oleh pelanggan”, kata Shamsul Amree, Pengurus Besar Kanan, Operasi, Domino’s Pizza Malaysia dan Singapura.

En. Shamsul Amree dan Puan Linda semasa sesi sidang media
En. Shamsul Amree dan Puan Linda semasa sesi sidang media

Pada majlis berbuka puasa ini turut dihadiri oleh Wira-Wira Di Sebalik Tabir Domino’s seperti pasukan PDRM, anggota RELA dan pasukan paramedik. Ini merupakan lanjutan daripada usaha Domino’s untuk mengiktiraf individu cemerlang yang telah berbakti kepada masyarakat dan mengekalkan keamanan negara.

Domino's Pizza Berbuka puasa bersama anggota keselamatan
Domino’s Pizza Berbuka puasa bersama anggota keselamatan

Promosi Domino’s Sempena Ramadan

Kempen promosi Domino’s sempena Ramadan ini selaras dengan inisiatif CSR Domino’s di mana bukan sahaja pelanggan dapat berkongsi sajian lazat bersama keluarga dan rakan, bahkan boleh menyumbang kepada golongan kurang bernasib baik.  Dari 29 Mei hingga 9 Julai 2017, pengemar piza boleh menikmati Super Tuesday, tawaran istimewa bagi piza peribadi Domino’s. Setiap Selasa sepanjang tempoh promosi, pelanggan yang membuat pesanan dalam talian atau bawa pulang boleh membeli piza saiz peribadi pada harga tawaran hebat RM3.90.

Promosi Domino's Super Tuesday
Promosi Domino’s Super Tuesday bermula 29 Mei hingga 9 Julai 2017

Sekiranya anda ingin membuat amal jariah, anda boleh memesan terlebih dahulu tawaran promosi Domino’s Super Tuesday dan mengambilnya pada hari Selasa untuk diedarkan kepada individu yang anda pilih seperti anggota PDRM, anggota RELA, pembersih bangunan, orang gelandangan atau sesiapa sahaja.  Lagi-lagi kita dah hampir kepada 10 hari terakhir di bulan Ramadan ini.

Promosi Domino's Tawaran Extra Keju
Bagi pengemar keju, tawaran keju tambahan untuk anda…

Pelanggan yang mengunjungi cawangan Domino’s juga boleh menikmati piza peribadi (Personal) tersebut pada harga RM4.90. Tambahan lagi, piza peribadi tersebut boleh ditambah saiznya kepada piza Biasa (Regular) pada harga RM6, piza Besar (Large) pada harga RM11 dan piza Ekstra Besar (Xtra Large) pada harga RM16 setiap Selasa sepanjang tempah kempen promosi Domino’s Super Tuesday. Tawaran ini sah untuk tiga (3) perasa piza popular iaitu Simply Cheese, Beef Pepperoni dan Aloha Chicken. Sementara itu, penggemar keju boleh menikmati toping keju tambahan menerusi pembelian dua piza biasa pada harga RM33, dua piza besar pada harga RM55 dan dua piza ekstra besar pada harga RM77, semuanya dengan lebih banyak keju mozarela.

2 thoughts on “Promosi Domino’s Pizza Sempena Ramadan

Leave a Reply