Promosi Makanan Bulan Merdeka di Restoran Royale Songket Grand BlueWave

GBWHSA Promotion for Merdeka Day

Promosi Makanan Bulan Merdeka di Restoran Royale Songket Grand BlueWave | Cuti Merdeka dah dekat, dah ada plan nak ke mana-mana ke? Jika tiada, jom ke Grand BlueWave Hotel Shah Alam…. Bersempena dengan perayaan Merdeka tahun ke-62, Grand BlueWave Hotel Shah Alam (GBWHSA)menawarkan promosi Makanan Bulan Merdeka sepanjang bulan Ogos iaitu promosi Hi Tea Merdeka Month RM62.00+, promosi Cake Pelangi 1 kg RM62.00+ dan Set Merdeka Untuk 2 Orang pada harga RM62.00+.

Promosi Makanan Bulan Merdeka - Promosi Hi Tea

Kemuncak promosi bulan Ogos ini ialah Merdeka Month Hi Tea dengan harga RM62.00+. Promosi Hi Tea Merdeka Month ini boleh didapati pada setiap hujung minggu bulan Ogos bermula dari pukul 12.00 tengahari hingga 4.00 petang dengan pemilihan menu berbeza pada hari Sabtu dan Ahad.

Promosi Makanan Bulan Merdeka di GBWHSA

Untuk pembuka selera, pengunjung boleh menikmati pelbagai jenis sayuran dan salad seperti Vegetable Crudités with Green Pea Dip, Sliced Smoked Salmon Platter, Cold Steamed Chicken with Marinated Cucumber Thai Style, Turkey Ham Vegetable Salad with Corn Chips, Quinoa Salad with Cherry Tomato, dan banyak lagi.

Pengunjung boleh menikmati pilihan masakan Melayu, India dan Cina serta hidangan Barat yang disediakan oleh chef kami yang berpengalaman. Penggemar masakan Melayu dan India, anda kena cuba Lamb with Red Chillies, Steamed Jasmine Rice, Green Lamb Curry with Eggplant, Roti Naan, Madrashah Curry Chicken with Coconut Milk and Dhal Vegetable Curry with Crispy Chips. Selain dari itu, pengunjung juga boleh menikmati masakan Cina seperti Chinese Fried Rice, Squid Dry Chillies, Sweet Sour Fish with Pineapple, Fried Squid in Sweet Sour Sauce dan Seasonal Green Vegetable with Herbs.

Penggemar masakan Barat pastinya tidak akan melepaskan peluang menikmati Roasted Chicken with Black Pepper Sauce, Sauteed Garden Vegetables in Light Herb Butter, Foot Long Sausage, Roast Pumpkin, Rolled Beef Sliced Filled with Force Meat Roasted in Creamy Mushroom Sauce, Chicken Schnitzel with Lime and Tatar Sauce dan Lemon Crumb Fish Fillet with Sticky Tomato Dip.

Bufet itu juga mempunyai stesen dapur yang turut mempersembahkan hidangan yang lazat seperti Chicken Satay, kuih-muih Malaysia seperti Pisang Goreng, Cucur Udang, Cucur Ikan Bilis dan Keropok Lekor. Selain itu ada juga pizza, burger dan hot dog.

Terdapat juga gerai-gerai yang menyediakan hidangan seperti Chicken Rice, Nasi Lemak Pandan, 5 jenis mee, Pasta, dan juga hidangan Jepun seperti pelbagai tempura dan sushi.

kaunter pemanis mulut

Tak lengkapkan bufet jika tiada hidangan pemanis mulut. Terdapat pelbagai seleksi pemanis mulut yang bakal menguji deria rasa anda. Ada Danish pastries, donut, kek seperti American Baked Cheese Cake, Chocolate Devil Cake, Mousse Cake, Praline Cheese Cake, Tiramisu, Puddings, Waffle tak ketinggalan Pancake. Tak nak makan makanan manis, jangan risau ada juga salad bar dan buah-buahan yang boleh ada rasai.

GBWHSA tidak lupa untuk merayakan 62 tahun kemerdekaan Malaysia dengan promosi kek khas, 1 KG Kek Pelangi dengan harga RM62.00+ terhad kepada 20 kek sehari. Untuk mendapatkan promosi kek, pelanggan mesti membuat pesanan kek dan membuat pembayaran 3 hari lebih awal melalui Telemarketing mereka di talian 03-55118811 ext. 2723 atau 2724, boleh Whatsapp 019-2736801.

foto kredit: Instagram GBWHSA
Promosi Kek 1KG

Oh ya sebelum terlupa, satu lagi promosi untuk bulan Merdeka ialah Set Merdeka untuk 2 orang. Set ini menampilkan Ikan Siakap Asam Pedas, Ayam Goreng Berempah, Kailan Ikan Masin dan Nasi Putih yang sesuai untuk sesi makan tengah hari yang menyeronokkan. Promosi ini tersedia pada RM62.00+ untuk 2 orang.

Promosi Makanan Bulan Merdeka - Merdeka Set

Untuk makluman anda, promosi-promosi ini tersedia dari 1 Ogos hingga 31 Ogos 2019 dan promosi Bulan Merdeka ini hanya tersedia kepada pelanggan yang membuat pesanan dan tempahan melalui telemarketing GBWHSA. Untuk pertanyaan lanjut dan tempahan promosi Bulan Merdeka, sila hubungi telemarketing GBWHSA melalui 03-55118811 ext. 2723 atau 2724 atau Whatsapp 019-2736801. Semua harga adalah tertakluk kepada 6% SST.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *