Promosi Neffos Special Lucky 7

Neffos Special Lucky 7 poster

Promosi Neffos Special Lucky 7 |  Tanya siapa pun di jalanan untuk memilih nombor satu hingga sepuluh, kebanyakan mereka akan memilih tujuh. Dunia terdiri daripada tujuh benua, terdapat tujuh keajaiban dunia yang diketahui dan terdapat tujuh hari dalam seminggu. Dari selebriti hingga ahli akademik kepada orang dewasa, ramai daripada mereka telah memilih tujuh sebagai nombor kesukaan mereka. Snow White pun tinggal dengan tujuh orang kerdil.

Neffos Special Lucky 7 Lazada Promotion

Dalam sejarah, nombor tujuh adalah angka yang dilihat oleh orang ramai sebagai membawa kemakmuran. Bulan Julai ini, Neffos juga mahu menyertai keseronokan dengan menjadi daya tarikan bernasib baik kerana Neffos membuat promosi Special Lucky 7 yang eksklusif di Lazada. Nikmati diskaun sehingga 40% pada tiga telefon pintar, Neffos X Series – Neffos X1 Lite, Neffos X1 dan Neffos X1 Max! Inilah masanya untuk anda dapatkan peranti Neffos X-Series dengan harga yang cukup menarik!

Promosi Neffos Special Lucky 7

Untuk masa yang terhad sahaja, promosi Neffos Special Lucky 7 akan tersedia mulai dari 5 Julai hingga 7 Julai, jadi jangan ketinggalan dan dapatkan tawaran hebat ini! Seperti biasa, dengan setiap pembelian telefon pintar Neffos, pelanggan dijamin jaminan bebas bimbang kerana setiap produk dilengkapi dengan program jaminan dua tahun.

Neffos menawarkan perkhidmatan untuk isu mekanikal dan teknikal terpilih yang tidak termasuk kerosakan tidak disengajakan atau skrin pecah untuk semua rangkaian produk Neffos. Pertukaran peranti satu-kepada-satu untuk pelanggan yang mengalami kerosakkan peranti Neffos yang tidak dapat diperbaiki dalam tempoh tiga bulan pertama pembelian juga disediakan secara eksklusif.

Untuk maklumat lanjut, layari www.lazada.com.my/neffos-official-store atau ikuti Neffos di Facebook, Instagram dan Twitter .

2 thoughts on “Promosi Neffos Special Lucky 7

Leave a Reply