Pusat Beli-belah IPC Tunjuk Komitmen Tinggi dalam Inisiatif Pusat Kitar Semula & Beli-Balik

IPC_RBBC_v1

Pusat Beli-belah IPC Tunjuk Komitmen Tinggi dalam Inisiatif Pusat Kitar Semula & Beli-Balik  |  Dengan adanya Pusat Kitar Semula & Beli-Balik (Recyling and Buy-Back Centre) Pusat Beli-belah IPC, kitar semula tidak lagi serumit dahulu malah telah menjadi lebih mudah. Dalam usahanya untuk menggalakkan kitar semula serta pengurangan sisa, Pusat Beli-belah IPC akan menggandakan ganjarannya di samping ganjaran bayaran balik yang sedia ada. Dari sekarang hingga 3 Jun 2018, pengunjung yang membawa sekurang-kurangnya 3 kg bahan buangan kitar semula akan membawa pulang pelbagai hadiah eksklusif dari Pusat Beli-belah IPC.

IPC_RBBC_v3Bahan-bahan yang akan diterima untuk kitar semula merangkumi surat khabar, botol plastik dan tin alumunium. Bagi mengitar semula dan menebus ganjaran, pengunjung dikehendaki:

  1. Membawa bahan buangan kitar semula ke Pusat Kitar Semula & Beli-Balik yang terletak di tempat letak kereta berhampiran Pillar 8D, Tingkat P1. (Buka setiap hari dari pukul 10 pagi hingga 6 petang – tutup untuk rehat dari pukul 1 petang hingga 2 petang)
  2. Menimbang bahan buangan kitar semula dan menerima wang tunai serta resit. (Harga beli semula bergantung pada jenis bahan serta beratnya. Maklumat mengenai harga beli semula boleh didapati di Pusat Kitar Semula & Beli-Balik IPC)
  3. Mengumpul resit anda bermula dari sekarang sehingga 3 Jun 2018 untuk memenuhi syarat berat minimum sebanyak 3 kg.
  4. Menunjukkan semua resit di i-Kaunter Tingkat G dari 13 April hingga 3 Jun 2018 untuk menebus satu beg jinjing ATAU baucer beli-belah bernilai RM10.

Usaha ini sebenarnya dimulakan sebagai satu komponen sementara yang berunsurkan pendidikan. Namun pada hari ini, ia telah berkembang menjadi sebuah pusat pengurusan sisa yang tetap untuk komuniti. IPC merupakan pusat beli-belah pertama di Lembah Klang yang memperkenalkan sistem beli semula melalui pelancaran Pusat Kitar Semula & Beli-Balik-nya pada tahun 2009. Inisiatif ini juga meletakkan IPC sebagai antara pusat beli-belah yang paling mendukung konsep hijau dalam komuniti. Selain pelbagai bahan buangan kitar semula, pusat ini juga menerima lampu merkuri dan bateri yang telah habis digunakan. Mentol merkuri dan bateri yang diterima akan diuruskan secara berhati-hati demi menjamin penghantaran yang selamat ke syarikat pengurusan sisa, Kuality Alam untuk dilupuskan.

Eleanor Lo,  Pengurus Pemasaran Pusat Beli Belah IPC mengulas, “Segala usaha ini merupakan komitmen kami ke arah bumi yang lebih hijau. IPC sentiasa memberikan fokus kepada kehidupan mampan serta mengurangkan impak negatif ke atas alam sekeliling. Maka, kami telah menggabungkan pelbagai pendekatan contohnya penggunaan lampu yang menjimat tenaga dalam IPC untuk mengurangkan emisi, serta pembangunan sebuah Pusat Kitar Semula & Beli-Balik untuk membolehkan komuniti melaksanakan tanggungjawab mereka.”

Selain itu, Pusat Beli-Belah IPC juga mengambil pelbagai langkah lain untuk melaksanakan konsep hijau dalam bangunannya, misalnya pemasangan panel solar dan sistem penuaian air hujan pada bumbung, sistem mencuci pinggan dan pembersihan yang mampan, pengurusan and pengurangan sisa, serta penyediaan tong kitar semula yang mengikut jenis sisa dalam seluruh bangunan pusat membeli-belah.

Pusat Beli-Belah IPC kini sedang memohon beberapa pensijilan bangunan hijau, termasuk Indeks Bangunan Hijau Malaysia (GBI) serta Kepimpinan Rekabentuk Tenaga dan Alam Sekitar (LEED Gold).

Untuk maklumat lanjut mengenai Pusat Kitar Semula & Beli-Balik Pusat Beli-belah IPC serta kempen terbaharunya, sila layari www.ipc.com.my/whats-new/events/2018/RBBC-2018/.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *