Qaidzul Perkenalkan Diri Dengan ‘Tak Perlu Ungkapkan’

Qaidzul - Tak Perlu Ungkapkan (Artwork)

Qaidzul Perkenalkan Diri Dengan ‘Tak Perlu Ungkapkan’ |  Berbekalkan minat yang mendalam sejak kecil dan lebih lima tahun pengalaman dalam menyertai pertandingan nyanyian, bintang baru Qaidzul yang juga sering disapa mesra sebagai Ajoi membuka langkahnya untuk masuk ke industri hiburan tempatan.

Sebelum ini, Qaidzul memang dikenali oleh pengikut setianya di laman sosial seperti Youtube kerana gemar menyanyikan semula lagu-lagu artis popular tempatan dan antarabangsa.

Bintang terbaru Rocketfuel sudah bersedia untuk menggegarkan industri seni.

Kini, anak muda yang berasal daripada Kelang ini muncul dengan single pertamanya yang berjudul ‘Tak Perlu Ungkapkan’.

Qaidzul

Lagu ciptaan DJ Fuzz ini memberi peluang kepada Qaidzul untuk menunjukkan kemampuannya sebagai seorang bintang baru di Malaysia. Lebih menarik lagi lagu ini mendapat sentuhan empat orang penulis lirik iaitu penyanyi Hez Hazmi, serta Jiwa, Yus Zainal dan juga Azren Albakri. Mereka telah bekerjasama untuk menghasilkan sesuatu yang indah buat percubaan pertama Qaidzul dalam industri seni suara.

Menurut Qaidzul lagu ini berkisahkan cinta yang tak kesampaian di mana hati lelaki di dalam lagu tersebut telah dipermainkan oleh wanita. Walau bagaimanapun, lagu ini tiada kaitan dengan pengalaman hidup Qaidzul sendiri dan ia hanyalah sekadar sebuah lagu.

Artist               :           Qaidzul
Tajuk               :           Tak Perlu Ungkapkan
Komposer        :           DJ Fuzz
Lyricist             :           Hez Hazmi/Jiwa/Azren Albakri/Yus Zainal
Publisher         :           Mixology Publishing 
 
Verse 1
Apa Aku Terima
Alasan Kau Yang Sama
Lihat Semua
Apa Puncanya
 
Verse 2
Apa Yang Kau Berikan
Semua Kau Permainkan
Hati Dan Perasaan
Tinggal Kenangan
 
Pre Chorus
Kau Hampa Kan Hatiku
Kau Hancurkan Semua
Cerita Yang Indah
Kau Hampa Kan Hatiku
Kau Hancurkan Semuanya
 
Chorus
Tak Perlu Ungkapkan Kata Cinta
Jika Hati Tak Merasa
Tak Perlu Ungkapkan Kata Cinta
Jika Alasan Yang Ku Terima
Biarkan Saja
 
Bridge
Sesungguhnya Aku Kan Merasa
Cinta Sejati Belum Sempurna

Sungguhpun begitu, dia yakin pasti ramai lelaki yang pernah melalui keadaan sedemikian.

Pihak Rocketfuel Entertainment yakin bahawa buah tangan pertama Qaidzul ini mempunyai potensi yang besar untuk diterima para peminat muzik tanah air dengan gubahan muziknya yang mengasyikkan serta kemerduan suara Qaidzul sendiri.

Menurut Feros, Ketua Label Muzik, Rocketfuel Records,

“Walaupun Qaidzul masih baru dalam industri muzik Malaysia, saya percaya dengan bakat nyanyian beliau. Saya berharap agar ‘Tak Perlu Ungkapkan’ menjadi permulaan bagi kerjaya bintang baru ini dan berharap lagu ini dapat diterima ramai sebelum beliau mengorak langkah dan melangkau lebih jauh.

Qaidzul - Tak Perlu Ungkapkan

Lagu ‘Tak Perlu Ungkapkan’ boleh dimuat turun di iTunes dan dijadikan sebagai panggilan nada dering menerusi semua syarikat telekomunikasi tempatan serta boleh didengari melalui penstriman di atas talian seperti Raku, Spotify, Joox dan Apple Music. Video lirik dan muzik lagu ‘Mawar Terbiar’ ini juga boleh di tonton di saluran Youtube Rocketfuel Network.

Leave a Reply