Railway Tourism Ke Perak | Bercuti Menaiki Keretapi

Railway Tourism Ke Perak

Perkhidmatan keretapi sebagai kenderaan pelancongan tidak popular mungkin disebabkan masa perjalanan yang lama. Di tambah pula persepsi keadaan gerabak yang usang dan cahaya yang suram. NaZ pun kali terakhir menaiki keretapi pada tahun 2007 ke Singapura dan perjalanan yang memakan masa kurang lebih 7 jam dari Kuala Lumpur.

Railway Tourism Ke Perak

Kini Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) berkoloberasi dengan Railway Tourism Association Malaysia (RTAM) memperkenalkan pakej pelancongan Inap Desa atau lebih dikenali dengan Homestay. Ia mengabungkan dua pengalaman yang unik dalam satu pakej di mana anda akan menaiki keretapi ke destinasi pilihan anda dan merasai pengalaman menginap di kampung. Pakej yang ditawarkan adalah 3 Hari 2 Malam, 4 Hari 2 Malam, 12 Hari 11 Malam (laluan Utara & Timur) dan 13 Hari 12 Malam (Pakej Istimewa Resplendence Resort). Harga pakej bermula dari RM220 dan untuk maklumat lanjut boleh layari Malaysia Railway Tourism.

Brosur Railway Tourism

Pada 10 Januari yang lalu, NaZ berpeluang mengikuti pakej 3 Hari 2 Malam ke Perak bersama Sahabat Media. Ucapan terima kasih kepada Sahabat Media, Santai Travel, KTMB dan Kementerian Pelancongan & Kebudayaan Malaysia di atas jemputan ini. Kami berkumpul di KL Sentral (Gate B) seawal 3.30 petang bagi mengikuti pelancaran Brosur Pakej Pelancongan Keretapi (Railway Tourism Pakage Brochure).

Kumpulan Geng Wak Long

Acara bermula dengan selingan lagu-lagu rakyat yang dipersembahkan oleh kumpulan Geng Wak Long. Yang menarik tentang Wak Long (atau nama sebenarnya Mohd Kamrulbahri Hussin) yang berasal dari Kelantan ini ialah kebolehannya memainkan lebih dari 145 alat muzik tradisional dan genderan barat. Sangat-sangat terhibur dengan paluan gendang, kompang, tiupan seruling, dan bermacam lagi.

Ketibaan VVIP

Jam 4.15 petang YB Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Tan Sri Abd Aziz, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia tiba bagi melancarkan Brosur Pakej Pelancongan Keretapi. Dalam ucapan Menteri Pelancongan, Tahun Melawat Malaysia 2014 mensasarkan 28 juta pelancong asing tiba ke Malaysia dengan pendapatan kasar sebanyak RM76 Billion… tambahnya lagi nisbah 1 Rakyat Malaysia 1 Pelancong Asing (man-to-man). Semoga kita sama-sama membantu menjayakan Tahun Melawat Malaysia 2014.

Ucapan Perasmian YB Dato' Seri Mohamed Nazri Aziz

Pelancaran Brosur Pakej Pelancongan Keretapi

Penari Istan Budaya

Selesai pelancaran tersebut NaZ dan Sahabat Media lain terus ke Gate B untuk menaiki Electronic-Train-System (ETS). Kami terus memasuki koc E dan tepat jam 6.00 petang ETS pun memulakan perjalanan ke Ipoh, Perak. Perjalanan ini memakan masa 2 jam 20 minit untuk tiba di stesen keretapi Ipoh. Untuk pengetahuan semua, dari KL Sentral ke Rawang ETS ini bergerak dengan kelajuan purata 80 – 90 km/j. Selepas Rawang purata kelajuan ETS ini meningkat di antara 130 – 145 km/j.

Laluan ETS

Kelajuan ETS
Bayangkan betapa havocnya bila ETS ini dipenuhi dengan Sahabat Media. Yang best tu bila VVIP melintas di koc kami, satu sekatan untuk bergambar telah diadakan dan VVIP begitu sporting melayan kerenah kami. Tengok aje la foto-foto di bawah ini:

Havoc dalam ETS

Havoc ETS Koc E

Apa yang bestnya ETS ini?

Seperti dalam pesawat penerbangan terdapat pramugari dan pramugara… begitu juga dengan ETS. Mereka ini terlatih dan akan membantu anda ketika berada di dalam ETS ini.

Pramugari Pramugara ETS

Selain itu juga terdapat koc F&B (di koc C) yang menyediakan makanan ringan dan minuman pada harga yang berpatutan. Maaf tak dapat nak sertakan foto sebab koc F&B ini penuh, maklum la ramai yang lapar.

Selain itu juga terdapat tandas dalam ETS ini. Bestkan, jadi tak perlu risau kalau tiba seruan…terletak di koc B dan E. Menggunakan tandas vakum moden dan boleh memuatkan kerusi roda serta mesra OKU.

Tandas ETS

Jika anda nak guna laptop atau alatan elektronik, terdapat satu soket kuasa bagi setiap tempat duduk berkembar. Jadi tak perlu risau kalau bateri handphone nak habis, boleh charge gunakan soket kuasa ini.

Setiap koc ada disediakan 2 TV LED yang menyiarkan filem (tempatan /antarabangsa) dan juga berita terkini KTMB. Jadi boleh layan cerita jika dah bosan melihat pemandangan luar.

TV LED

Bagi tujuan keselamatan dan selesaan pelanggan, KTMB memasang CCTV di setiap koc bagi memantau rapi supaya insiden tak di ingini dari berlaku seperti kes kecurian dan sebagainya.

Untuk maklumat lanjut mengenai jadual perjalanan, tambang dan info terkini, sila layari laman web KTMB.

Tiba di Stesen Keretapi Ipoh

Jam menunjukkan 8.20 malam dan kami telah tiba di Stesen Keretapi Ipoh. Satu sidang media telah diadakan diperkarangan kawasan menunggu keretapi. Semua Sahabat Media berpusu-pusu untuk mendapatkan liputan.

Sidang Media di Stesen Keretapi Ipoh

Selesai sidang media, kami telah disajikan dengan makan malam di hadapan Stesen Keretapi Ipoh.

Pelancaran Peringkat Negeri Perak

Selepas makan malam, sekali lagi kami menyaksikan pelancaran Brosur Pakej Pelancongan Keretapi peringkat negeri Perak oleh YB Dato’ Seri Mohamed Nazri. Disusuli pula satu mini konsert oleh artis-artis tempatan seperti Ronnie (HyperAct), Sheeda, Najwa Latif, Mus (May) dan ramai lagi. Apa pun NaZ sempat bergambar dengan rocker masa zaman persekolahan menengah dulu iaitu Mus yang popular dengan lagu-lagu seperti Meniti Suratan, Cintamu Mekar Di Hati dan banyak lagi.

Mini Konsert Railway Tourism

Rockers Mus (May)

Jam sudah melewati pukul 11.00 malam tetapi bas masih belum kelihatan lagi. Terdahulu kami telah diagih-agihkan kepada 3 kumpulan untuk ke Homestay Bukit Gantang, Kg. Beng dan Gopeng. Apabila bas tiba, keadaan agak kelam kabut semasa pembahagian bas dan hanya bertolak ke homestay jam 12.30 pagi.

Dalam entri yang menyusul, NaZ akan berkongsikan Hari Ke-2 semasa di Homestay Bukit Gantang dan aktiviti seterusnya. Nantikan ya…

4 thoughts on “Railway Tourism Ke Perak | Bercuti Menaiki Keretapi

Leave a Reply