Rangkaian Cili Tuna Ayam Brand™ Kini Lebih ‘Hangat’

Ayam Brand Cili Tuna

Rangkaian Cili Tuna Ayam Brand™ Kini Lebih ‘Hangat’ |   Rakyat Malaysia amat gemarkan cili dan tuna. Ayam Brand™ kini menggabungkan dua bahan ini di dalam rangkaian Cili Tuna terlarisnya, untuk memberikan para pelanggan hidangan tuna yang hangat. Cili Tuna Ayam Brand™ ini didatangkan dalam tiga tahap kepedasan iaitu Light, Original dan yang paling terkini, Fire-Hot

Cili Tuna Ayam Brand Lebih Hangat

Ayam Brand™ merupakan jenama terkenal di Malaysia dan kebanyakan negara di Asia Tenggra sejak 125 tahun dahulu. Jenama ini dikenali dengan barisan makanan bertin yang berkualiti tinggi, lebih sihat dan mudah, tanpa bahan pengawet dan tiada MSG tambahan.

Kempen ‘We Care, We Are Family’ Ayam Brand™, mendorong jenama sukaramai ini menghasilkan produk Cili Tunanya yang paling pedas setakat ini untuk rakyat Malaysia yang menggemari cili dan tuna.

Tuna kaya dengan Omega 3, yang merupakan asid lemak yang diperlukan untuk badan agar berfungsi dengan lancar, namun demikian asid lemak ini tidak dihasilkan dalam tubuh kita. Ia memainkan peranan penting dalam membantu otak berfungsi serta mengurangkan risiko penyakit jantung[1].

Isi ikan tuna seperti dalam Cili Tuna Ayam Brand™ mengandungi protein rendah lemak, menjadikannya amat sesuai bagi mereka yang menjaga berat badan.  Ayam Brand™ juga memastikan kualiti tuna yang disediakan mematuhi peraturan keselamatan makanan antara yang terketat di dunia.

Ayam Brand™ Cili Tuna Fire Hot mempunyai tahap kepedasan lima cili yang mampu membuat penggemar cili yang paling tegar menitiskan air mata kegembiraan! Hati-hati, Fire Hot memang teramat pedas dan amaran ini juga telah dicetak pada tin tuna ini!

Untuk kepedasan tahap tiga cili, Cili Tuna Original sememangnya pilihan yang tepat. Untuk sedikit kepedasan, anda boleh mencuba Ayam Brand™ Cili Tuna Light yang mempunyai tahap kepedasan dua cili. Cili Tuna Light juga merupakan pilihan paling sesuai bagi mereka yang menjaga berat badan kerana tahap lemaknya yang rendah, 33 peratus kurang berbanding rangkaian Cili Tuna Ayam Brand™ yang lain.

Ketiga-tiga produk ini dihidangkan kepada anda menggunakan tuna yang ditangkap secara mampan. Nikmatinya pada tahap kepedasan yang padan dengan citarasa Malaysia.

Disahkan Halal

Barisan Cili Tuna Ayam Brand™ disahkan Halal oleh JAKIM.

Cadangan Hidangan

Ayam Brand™ Cili Tuna boleh dinikmati dalam pelbagai cara, paling mudah ialah dengan menikmatinya terus dari tin bersama sepinggan nasi panas atau dengan menyapukannya ke atas sekeping roti.

Untuk snek yang lebih menyeronokkan, cubalah Bergedil Tuna yang seakan-akan sebiji burger mini yang comel. Ia amat sesuai untuk dijadikan hidangan yang akan menarik perhatian keluarga dan rakan-rakan yang berkunjung ke rumah anda. Kek Ubi Keledek Tuna pula amat enak dinikmati dengan kopi untuk jamuan minum petang.

Cubalah barisan Cili Tuna Ayam Brand™ dan terokai kepedasannya mengikut kesesuaian anda.

Untuk lebih banyak resipi menggunakan tuna, klik pautan  www.ayambrand.com.my/recipe.html atau tonton video-video enak di pautang www.youtube.com/ayambrandmalaysia

Harga dan Kebolehdapatan

Ayam Brand™ Cili Tuna Light, Original dan Fire-Hot kini boleh didapati di seluruh negara dengan harga cadangan jualan RM5.90 (tidak termasuk 6% GST) bagi tin 160g.


[1]http://www.umm.edu/health/medical/altmed/supplement/omega3-fatty-acids

 

Resepi Quiche  Kelapa Dan Tuna Pedas (Untuk 4 hidangan)

Quiche Kelapa Dan Tuna Pedas

Bahan-Bahan

  • 1 sebuku roti wholemeal, tepi roti dibuang
  • 185 g tin Ayam Brand cili tuna
  • ½ sudu teh serbuk kunyit
  • 2 bawang merah , dicincang
  • 200ml Santan Ayam Brand
  • 2 biji telur, dipukul perlahan
  • garam, secukup rasa

Kaedah

  • Griskan tempat acuan cupcake/muffin, ratakan kepingan roti dalam setiap lubang acuan dan trim tepi.
  • Panaskan ketuhar pada suhu 180 ° C.
  • Campurkan tuna dengan bahan-bahan lain dan isi cawan roti tersebut.
  • Bakar selama 10 minit atau sehingga masak.
  • Biarkan sejuk dan hidangkan.

Resepi Kek Tuna Dan Keledek (Untuk 4 orang)

Kek Tuna Dan Keledek

Bahan-Bahan

  • 185 g cili tuna Ayam Brand
  • 400 g sweet potato/keledek, dikupas dan dikukus atau dibakar
  • 100 g kubis, dihiris nipis
  • 100 g coklat bawang
  • 100 g lobak merah, parut atau dihiris
  • 2 batang daun bawang,dihiris
  • 3 biji telur
  • 1 sudu besar tepung jagung

Kaedah

  • Lenyek tuna bersama keledek , kubis, bawang , lobak merah dan daun bawang.
  • Didalam mangkuk cetek berasingan, pukul telur dan tepung jagung.
  • Ratakan campuran tuna kepada bentuk kek bulat dengan ketebalan 2cm.
  • Minyakkan kuali dan panaskan sedikit.
  • Rendam kek ke dalam campuran telur dan goreng dalam kuali sehingga perang keemasan dan rangup.
  • Hidangkan dengan sos cili.

Resepi Tuna Bergerdil

Tuna Bergerdil

Bahan-Bahan

  • 1 tin 185g Ayam Brand™ Chilli Tuna Fire Hot
  • 1 tandan koriander segar, dicincang
  • 1 cili merah, dipotong
  • 1 bawang merah kecil, dihiris
  • 1 telur
  • 1 tomato kecil mentah, dipotong dadu kecil
  • 2 kentang kecil, direbus dan dilecek
  • Garam secukup rasa

Kaedah

  • Campurkan semua bahan-bahan dan bentukkan patties 2″
  • Goreng hingga kuning keemasan dan jadikan ia burger mini dengan sayur salad, mayonis dan bawang merah dihiris
  • Hidangkan untuk makan siang ataupun malam

 

Leave a Reply