Rangkaian Set Hadiah Eksklusif Dari Guardian

Eat Drink Be Merry

Rangkaian Set Hadiah Eksklusif Dari Guardian |  Apabila musim perayaan dan tahun baru ramai yang ingin mencari hadiah untuk yang tersayang, tak kurang juga hadiah buat diri sendiri. Guardian Malaysia tahu kehendak penggunanya dan mengambil kesempatan ini untuk memperkenalkan rangkaian set hadiah eksklusif yang menarik seiring dengan trend global terkini.

Season of Gifting by Guardian Malaysia

Baru-baru ini Guardian Malaysia telah menjemput para media untuk jamuan makan tengahari yang eksklusif di The Oak Room, Bangsar South bagi ucapan terima kasih atas sokongan sepanjang tahun 2017. Dikesempatan itu juga Guardian Malaysia melancarkan set-set hadiah eksklusif yang boleh didapati di semua rangkaian Guardian di seluruh Malaysia.

Set Hadiah Eksklusif Guardian

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Guardian Health and Beauty Sdn Bhd, Mr Soren Lauridsen “Set-set hadiah eksklusif ini, yang terdiri daripada produk-produk kesihatan dan kecantikan telah dipilih dan dipek dengan teliti bagi memenuhi kepelbagaian gaya hidup para pelanggan kami.”

Ketua Pegawai Eksekutif Guardian Health and Beauty Sdn Bhd, Mr Soren Lauridsen

“Kebanyakan barangan tersebut datang dari Asia, dan daripada Own Brand Guardian. Ini kerana kami sangat bangga dengan produk jenama kami sendiri kerana ianya menawarkan kualiti pada nilai hebat! Dan sebagai sebahagian daripada matlamat Guardian untuk sentiasa berdaya saing, kami berusaha keras untuk mengekalkan harga yang sangat berpatutan.” tambah beliau

Set Hadiah Eksklusif Guardian dilancarkan

Acara diteruskan dengan jamuan makan tengahari yang menarik. Kami disajikan dengan hidangan dimulakan dengan Peppered Salmon with Remoulade and Pastis Sauce, disusuli dengan Tomato Consomme with Crab Ravioli, untuk main dish pula Con-fed Chicken with wild Mushroom and Leeks berserta dessert untuk penutup.

Peppered Salmon with Remoulade and Pastis Sauce

Tomato Consomme with Crab Ravioli

Con-fed Chicken with wild Mushroom and Leeks

Dessert

Bagi anda yang masih tercari-cari hadiah untuk yang tersayang, boleh lah ke outlet Guardian untuk mendapatkan produk penjagaan diri dan solekan dalam set-set hadiah. Setiap set tersebut telah dipilih dengan teliti untuk mencerminkan trend warna terkini yang popular di kota-kota fesyen utama Eropah dan Asia. Ia telah digabungkan ke dalam 50 set hadiah yang berbeza, dengan harga serendah RM19.90 untuk set mini penjagaan tangan.

Set Hadiah Barangan Hello Kitty

Set Hadiah Bliss

Set Hadiah Botaneco

Set Hadiah Make-Up

Set Hadiah Eksklusif Guardian

Set Hadiah Eksklusif Guardian2

Guardian Malaysia, percaya variasi set-set hadiah itu cukup untuk memenuhi selera pengguna, sama ada golongan muda dan bergaya atau mereka yang berani dan sofistikated.

 


Tentang Guardian Malaysia

Guardian Malaysia bermula sebagai sebuah kedai runcit farmaseutikal berkeluasan 200 kaki persegi, yang menyajikan perkhidmatan kepada komuniti ekspatriat 50 tahun lalu. Hari ini, ia merupakan peneraju rangkaian kesihatan, kecantikan dan farmasi runcit di negara ini, dengan lebih 420 buah stor di seluruh negara, menyediakan pelbagai produk kesihatan, kecantikan dan farmaseutikal yang tiada tandingannya. Rangkaian stor-stor ini menyediakan perkhidmatan kepada lebih 30 juta pelanggan di seluruh negara.


 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *