realme 5 dan 5 Pro Kini Dengan Teknologi QUAD Kamera

realme 5 dan 5 Pro Kini Dengan Teknologi QUAD Kamera | realme Malaysia hari ini secara rasminya melancarkan telefon pintar quad kameranya yang pertama realme 5 dan realme 5 Pro, dilengkapi dengan Qualcomm┬« Snapdragon T” 665 dan 712. Kedua-duanya menjanjikan prestasi cemerlang kepada pengguna bagi segmen telefon harga pertengahan. Kelebihan pada kedua-dua model adalah penggunaan quad kamera dengan lensa sudut ultra-lebar, kamera utama, lensa potret dan ultra makro.

“Ribuan terima kasih buat semua peminat realme di Malaysia kerana kami tidak dapat berada di tahap ini tanpa sokongan dan semangat yang berterusan. Hari ini, kami meneruskan semangat ‘Dare to Leap’ dengan membawa revolusi pasaran baharu iaitu dua telefon pintar yang akan menjadi penanda aras dalam segmen harga pertengahan di Malaysia. Kami juga bangga kerana semakin ramai rakyat Malaysia mempunyai akses kepada teknologi yang dibawa realme. Hal ini turut menyakinkan kami untuk membawa masuk model realme 5 dan 5 Pro ke Malaysia,” kata Tiffany Teh, Pengurus Jenama realme Malaysia.

Ms. Tiffany Teh, Brand Manager of realme Malaysia sharing realme's growth as the most disruptive brand in the tech industry!
Ms. Tiffany Teh, Pengurus Jenama realme Malaysia

realme 5 Quad Camera PowerHero

Model realme 5 dilengkapi dengan Snapdragon 665 AIE iaitu enjin Qualcomm Al generasi ketiga berdasarkan cip pemprosesan 11nm octa-core yang beroperasi pada kelajuan jam 2.0GHz seiring dengan prestasi permainan yang dipertingkatkan. realme 5 boleh didapati dalam dua warna baru Crystal Blue dan Crystal Purple. realme 5 mempunyai paparan 6.5 inci Full HD+, yang memberi ruang pandangan lebih luas. pengalaman permainan yang lebih hebat dengan gandingan audio dan video berkualiti tinggi.

Mr. KC Har, Product Manager of realme Malaysia introducing realme 5 & 5 Pro, a product  that will create a new benchmark in their price segment.
Mr. KC Har, Pengurus Produk realme Malaysia

Bagi realme 5, reka bentuknya telah dipertingkatkan dengan diamond-cut dan sentuhan hologram memberikan ilusi tekstur 3 dimensi. Selain itu, realme 5 juga memberi pengalaman imej baharu dengan quad kamera Al 119┬░ sudut ultra-lebar (BMP), kamera utama (12MP), lensa potret (2MP) dan lensa ultra makro (2MP), serta AI kamera hadapan (13MP). Dengan bateri 5000 mAh besar untuk menikmati pengalaman hiburan yang lebih panjang, realme 5 menjalankan sistem operasi ColorOS 6.0 berdasarkan Android 9.0 Pie.

realme 5 Pro Quad Camera SpeedMaster

realme 5 Pro dikuasakan oleh Snapdragon 712 AIE, dengan CPU berkelajuan 2.3GHz yang juga dikenali sebagai enjin Al generasi ke-3 yang membantu mempercepat pengkomputeran Al bersama GPU Qualcomm Andreno 616. Model ini boleh didapati dalam warna Crystal Green dan Sparkling Blue. Bagi persediaan quad kamera pula, realm 5 Pro dilengkapi 119┬░ lensa sudut ultra-lebar (8MP), 48MP kamera utama Sony IMX 586, lensa potret (2MP) dan lensa ultra makro (2MP). Ditambah pula kamera depan Sony lMX471 Al 16MP sekaligus memberi pengalaman imej yang tidak dapat ditandingi dalam segmen ini.

Menariknya, realme 5 Pro mempunyai paparan skrin6.3 inci FHD+ dewdrop, didatangkan dengna warna hologram nanometer dengan tekstur visual berlapis pada penutup belakangnya. Ia juga dilengkapi dengan set 20W VOOC Flash Charge 3.0.

realme 5

VersiWarnaTarikh Jualan
3GB RAM + 64GB ROMCrystal Blue1. Jualan bermula 17/10.2019
Crystal Purple2. Jualan eksklusif online di Lazada
4GB RAM + 128GB ROMCrystal Blue
Crystal Puple
realme 5

realme 5 Pro

VersiWarnaTarikh Jualan
8GB RAM + 128GB ROMCrystal Green1. Jualan bermula 10/10/2019
Sparling Blue2. Jualan eksklusif online di Lazada
realme 5 Pro

Buat pertama kalinya, dua telefon pitar siri realme akan dijual secara eksklusif di platform Lazada. Untuk maklumat lanjut berhubung jualan online, sila layari http://bit.ly/realme5remind

Sesiapa yang berminat untuk mendapatkan realme 5 Pro, boleh membuat pesanan bermula hari ini sehingga 11 Oktober 2019. Untuk mengetahui lokasi kedai realme berhampiran anda, sila rujuk https://realmemalaysia.ucraft.net

#MYrealme5series #realmeMalaysia #realme #smartphone #DaretoLeap #LeaptoQuadCamera #nazlannasirdotcom

Leave a Reply