Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Lawat Restoran Hijau McDonald’s

Lawatan Restoran Hijau oleh KPDNHEP

Restoran Hijau McDonald’s Dilawati Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna | McDonald’s Malaysia baru-baru ini telah menerima lawatan rasmi dari Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail ke restoran hijau pertama McDonald’s yang terletak di Setia Alam. Restoran McDonald’s ini dilengkapi dengan teknologi-teknologi hijau seperti sistem fotovoltan solar, lampu LED, pemanas air solar, sistem penuaian air hujan, lampu jalan LED solar, penghawa dingin hibrid dan sistem Capture Jet. Restoran ini merupakan model contoh yang dilengkapi dengan pelbagai ciri-ciri kelestarian yang membantu menjimatkan kos operasi untuk rangkaian restoran khidmat segera tersebut.

Menteri lawat Restoran Hijau  McDonald's

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail bersama Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald’s Malaysia, Azmir Jaafar di restoran pandu-lalu McDonald’s Setia Alam

“Kami di McDonald’s Malaysia amat komited dalam melaksanakan usaha-usaha kelestarian dalam jangka masa panjang untuk memberi manfaat kepada pelanggan dan alam sekitar,” kata Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald’s Malaysia, Azmir Jaafar.

“Kami sangat gembira menerima kehadiran Datuk Seri Saifuddin dan para pegawai dari Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna di restoran kami pada hari ini, seterusnya berkongsi tentang inisiatif-inisiatif hijau dan kesannya terhadap usaha berterusan kami untuk menyelaraskan kos-kos operasi. Kami berharap lawatan ini membolehkan kami bekerjasama lebih rapat dengan pihak Kementerian melibatkan pelbagai inisiatif dan program strategik pada masa hadapan,” tambah Azmir.

Datuk Seri Saifuddin turut memuji usaha McDonald’s Malaysia dalam meletakkan penekanan terhadap ciri-ciri kelestarian dalam proses perniagaan mereka.

“Kami sentiasa bersikap terbuka terhadap idea dan kaedah yang dilaksanakan oleh syarikat untuk meningkatkan kecekapan dan menyelaraskan kos operasi mereka. McDonald’s Malaysia mempunyai pemikiran yang ke hadapan dalam hal ini dan diharapkan kita dapat mewujudkan jalinan kerjasama awam-swasta dengan McDonald’s untuk mengukuhkan asas ekonomi menerusi inovasi,” kata Datuk Seri Saifuddin.

Initiatif-initiatif Restoran Hijau  McDonald's
Inisiatif-inisiatif hijau di McDonald’s Setia Alam sehingga kini membolehkan restoran tersebut mengurangkan penggunaan tenaga sebanyak 25 peratus, bersamaan pengurangan pelepasan karbon sebanyak 152,388kg setahun
Inisiatif-inisiatif hijau di McDonald’s Setia Alam sehingga kini membolehkan restoran tersebut mengurangkan penggunaan tenaga sebanyak 25 peratus, bersamaan pengurangan pelepasan karbon sebanyak 152,388kg setahun
Tangki Pintar Restoran Hijau
McDonald’s menggunakan Tangki Pintar untuk mengumpul minyak masak terpakai di restorannnya di Setia Alam. Minyak masak terpakai ini akan diproses menjadi biodiesel oleh FatHopes Energy dan kemudiannya digunakan sebagai bahan api alternatif oleh trak-trak penghantaran yang dikendalikan oleh penyedia perkhidmatan logistik, Martin Brower, yang bertanggungjawab menghantar bekalan kepada restoran-restoran McDonald’s.
Anggaran pengurangan sebanyak 17% GHGe/km untuk trak yang menggunakan Biodiesel B15 dari minyak masak terpakai McDonald’s.
Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, Azmir Jaafar, pegawai-pegawai KPDNHEP dan warga kerja McDonald’s bergambar mesra di hadapan dinding hijau restoran. Dinding hijau ini membantu mengurangkan suhu dalaman bangunan.

Latarbelakang McDonald’s

McDonald’s adalah rangkaian global perkhidmatan makanan melibatkan kira-kira 36,000 cawangan restoran di seluruh dunia dengan pelanggan lebih 70 juta sehari di lebih 100 buah negara. Sepanjang hampir 37 tahun McDonald’s di Malaysia, McDonald’s memberi perkhidmatan kepada lebih 13.5 juta pelanggan sebulan di lebih 270 restoran di seluruh negara. McDonald’s menawarkan lebih 12,000 peluang pekerjaan di semua rangkaian restorannya termasuklah latihan dan perkembangan karier. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.mcdonalds.com.my.

Leave a Reply