Riang Ria Bersama Anak-Anak Yatim di eCurve

Riang Ria Bersama Anak-Anak Yatim di eCurve |  Hari Raya menjelang tiba dan pada ketika ini, ramai yang tidak sabar untuk pulang ke kampung halaman bagi menyambut sambutan Aidilfitri bersama-sama dengan keluarga tersayang. Baru-baru ini, eCurve meraikan anak-anak yatim dari Rumah Bakti Nur Syaheera, Cheras yang turut disertai penjaga mereka bagi memeriahkan lagi sambutan program anjuran pihak pengurusan eCurve.

eCurve Photo 4

Bermula di Laser Warzone, 25 kanak-kanak tersebut terhibur setelah bermain beberapa pusingan permainan tag laser yang sengit ini! Keterujaan kanak-kanak itu dapat dirasai melalui jeritan dan hilaian tawa mereka di segenap ruang arena Laser Warzone itu.

eCurve Photo 1

Pihak pengurusan eCurve kemudian membawa tetamu cilik ini ke ruang Centre Atrium pusat beli belah berkenaan, yang telah dihiasi menyerupai suasana lebuh raya lengkap dengan plaza tol. Ia juga mempamerkan pondok-pondok tol yang beratap hijau terang, papan tanda biru kuning serta lampu jalan. Terdapat juga hiasan tanaman yang menghidupkan suasana di jalan raya.

eCurve Photo 2

Tetamu cilik ini juga dimeriahkan dengan persembahan eCurve Muzikal Raya. Diiringi lagu-lagu Raya yang berkonsepkan kontemporari, penari-penari yang berpakaian warna-warni pastinya menghiburkan tetamu jemputan pada hari itu. Turut serta dalam persembahan tersebut, Amylea dan One Forteen membuat penampilan khas khususnya untuk tetamu istimewa pada majlis amal itu.

Lebih istimewa lagi, kumpulan popular Ruffedge membuat penampilan khas khusus untuk anak-anak yatim tersebut. Kesemua lima anggota kumpulan itu menceriakan kanak-kanak tersebut sepanjang acara itu berlangsung.

eCurve Photo 3

Azizul Hisham Ahmad, Pengurus Pusat eCurve berkata, “Kempen Raya kami pada tahun ini bertemakan Suasana Riang Ria, di mana kami meraikan saat gembira musim perayaan. Selari dengan semangat kami pada bulan yang suci ini, kami juga ingin berkongsi kebahagiaan dengan mereka yang kurang bernasib baik. Kami sememangnya berbesar hati dengan kehadiran anak-anak dari Rumah Bakti Nur Syaheera yang bersama-sama kami pada hari ini. Harapan kami adalah semoga perayaan ini akan menjadikan sambutan Hari Raya yang lebih bermakna.”

Seterusnya, tetamu-tetamu kecil kelihatan gembira menerima duit Raya dan hadiah istimewa sumbangan pihak eCurve sebelum mereka berkongsi hidangan buka puasa di restoran Ayam Penyet AP.

Kempen Suasana Riang Ria eCurve berlangsung dari 18 Mei hingga 17 Jun 2018. Pengunjung pusat membeli-belah juga boleh mengikuti persembahan tarian muzikal pada jam 3 petang dan 6 petang setiap hujung minggu sepanjang kempen itu berlangsung.

Selain itu, pengunjung juga boleh membawa pulang mangkuk tingkat eksklusif “Bekal Raya”, serta satu set “Sampul Raya” dengan pembelian RM200 dan ke atas dalam maksimum dua resit di mana-mana kedai di pusat membeli-belah eCurve. Setiap penebusan tertakluk kepada terma dan syarat, sementara stok masih ada.

Ketahui lebih lanjut mengenai perayaan Raya eCurve dengan menghubungi Pegawai Khidmat Pelanggan eCurve di 03-7725 0277 atau lawati www.ecurve.my atau halaman Facebook eCurve di www.facebook.com/eCurveMall.

Leave a Reply