Sambutan Rumah Terbuka Mydin & SJ Echo CNY Karnival Meriah

Mydin & SJ Echo Chinese New Year Carnival 2018

Sambutan Rumah Terbuka Mydin & SJ Echo CNY Carnival Meriah |  Walaupun sudah 22 hari berlalu, Mydin Mohamed Holdings Berhad bersama SJ Echo (akhbar tempatan komuniti Subang Jaya) mengadakan rumah terbuka perayaan Tahun Baru Cina dalam bentuk karnival di perkarangan Mydin Mall, Persiaran Subang Permai, Selangor baru-baru ini. Ini merupakan tahun ke-enam Mydin & SJ Echo menyambut perayaan ini secara besar-besaran bersama-sama para pelanggan dan komuniti Subang Jaya yang terdiri daripada berbilang bangsa.

Tarian Naga 3

Majlis sambutan sebegini bukan sahaja dapat mengeratkan hubungan antara satu sama lain bahkan dapat memupuk semangat muhibah, perasaan hormat menghormati serta persefahaman dalam masyarakat berbilang bangsa ini. Majlis rumah terbuka Mydin & SJ Echo ini bermula seawal jam 6.30 petang sehingga jam 11 malam.

Mydin Mall

Pelbagai acara persembahan kebudayaan dijalankan di pentas utama sebelum kemuncak acara dimulakan…

Tarian 1

Tarian 2

Terdapat banyak khemah dan food truck menawarkan pelbagai jenis juadah untuk dinikmati oleh para pengunjung. Antaranya Maggi Goreng, Cucur Adabi, Dim Sum, Bihun Singapore, Nasi Goreng, Koko Crunch, Nasi Ayam, Laksa, Yong Tau Foo, Bubur Cha Cha, Harold’s Coffee dan bermacam-macam lagi.

Maggi

Dim Sum

Bihun Singapore

Food Truck

Kopiko

Selain Datuk Wira (Dr.) Haji Ameer Ali Mydin dan Datin Wira Dr. Hajjah Siti Hawa hadir, tetamu terhormat yang menghadiri majlis rumah terbuka ini ialah YB Hannah Yeoh Tseow Suan, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Subang Jaya, YB Wong Chen, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kelana Jaya, wakil-wakil Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) seperti Majlis Perbandaran Selayang Jaya (MPSJ), Polis Daerah Subang Jaya, Bomba & Penyelamat Daerah Subang Jaya.

Tarian Naga2

Kurang lebih jam 8.00 malam, para VIP telah melakukan acara menggaul Yee Sang sebagai gimik perasmian Rumah Terbuka Tahun Baru Cina Mydin & SJ Echo 2018 kerana menurut kepercayaan masyarakat Cina, ianya melambangkan kemewahan dan mampu melanjutkan usia seseorang. Kemudian para VIP dan tetamu telah dipersembahkan dengan tarian singa bagi membawa kemakmuran yang berpanjangan. Memang tak pernah jemu menyaksikan tarian singa ini yang penuh dengan gaya dan aksi yang menarik.

membakar mercun

Setelah selesai acara tarian naga, upacara membakar mercun dilakukan. Menurut kepercayaan orang cina, mercun menghasilkan letupan memekakkan yang dipercayai boleh mengusir roh-roh jahat. Penyalaan mercun juga melambangkan peristiwa yang ria dan menjadi satu aspek penting dalam sambutan Tahun Baru Cina.

Warga Emas Victory

VIP menyampaikan tajaan cenderahati

Dalam kemeriahan majlis ini kelihatan 20 orang warga emas dari Rumah Victory Puchong yang turut diraikan di Majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina kali ini. Rasa hiba bercampur gembira melihat tetamu istimewa ini disajikan dengan pelbagai hidangan yang enak, diberikan cenderahati tajaan Maggi dan juga Ang Pow.

Cucur Adabi

Sajian Maggi Goreng

nescafe

Penampilan istimewa Angeline Wong, pemenang anugerah lndustri Muzik (AIM) 2016, kategori Artis Wanita Cina Terbaik, turut menghiburkan para pengunjung yang hadir dengan menyampaikan 3 buah lagu.

Orang ramai membanjiri Mydin Mall

Sepertimana tahun-tahun sebelumnya, aktiviti cabutan bertuah untuk para pelanggan MYDlN tidak ketinggalan dengan pelbagai hadiah istimewa. Setiap pemegang kad Meriah MYDlN layak untuk menyertai cabutan bertuah ini dengan berbelanja minimum RM88 di Pasar Raya Besar Mydin USJ dan Mydin Mall USJ. Resit pembelian boleh dimasukkan ke dalam kotak yang telah disediakan di Kaunter lnformasi MYDIN USJ dan penyertaan ini dibuka selama 7 hari, bermula dari 2 Mac 2018 dan ditutup jam 7 .00 malam pada 9 Mac 2018. Acara cabutan bertuah dan penyampaian hadiah dijalankan pada hari sambutan berlangsung. Satu sesi cabutan bertuah khas untuk media juga turut diadakan sebagai tanda apreasiasi atas kerjasama utuh serta sokongan baik rakan media terhadap MYDIN selama ini.

Memang meriah dan sungguh happening majlis ini. Semoga majlis sebegini diteruskan dan dapat menyatukan masyarakat majmuk Malaysia yang ku cintai ini. Tahniah Mydin dan SJ Echo atas usaha murni ini dan semoga diteruskan pada masa akan datang.

Keluaran Malaysia! Tetap Malaysia!
‘Mengapa Bayar Lebih? Belilah Dengan Harga Borong!’

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *