Sampai Jadi Single Terbaru Dari Joe Flizzow

Sampai Jadi wording

Sampai Jadi Single Terbaru Dari Joe Flizzow |  Joe Flizzow yang memenangi Lagu Terbaik di Anugerah Juara Lagu #AJL29 dengan lagu Apa Khabar kini kembali dengan lagu single Melayu terbaru iaitu Sampai Jadi. Untuk single ini Joe Flizzow telah bergandingan dengan Alif (SleeQ) dan turut akan melancarkan muzik video Sampai Jadi dengan rasmi di YouTube saluran SonyMusicKartel Vevo tepat jam 12.01 pagi pada 13 April 2018.

Lagu single ini dibuat oleh komposer PS Beats, lirik ditulis oleh Joe Flizzow serta Alif Magic Portions dan diterbitkan oleh Joe Flizzow sendiri. Proses ‘mastering’ pula disempurnakan oleh jurutera bunyi tersohor dunia iaitu Chris Athens. Joe Flizzow ini memang amat pentingkan kualiti lagu yang dikeluarkannya dan tak heran bila lagu Apa Khabar menjadi lagu terbaik kan.

Joe Flizzow

Muzik video Sampai Jadi ini pula telah diarahkan oleh Zulamran Helmi & Djin Kai melalui gambaran bila meneliti lirik lagu tersebut. Liriknya mengisahkan pengalaman Joe dalam industri sudah hampir 20 tahun dan menggunakan pengalaman ini untuk berkongsi dengan artis rap generasi baru. Jangan tak tau, muzik video ini juga menggunakan perkhidmatan designer terkenal iaitu Shahrin Bahar untuk styling pemakaian dalam muzik video ini. Lagu dan muzik video boleh dimuat-turun dan stream di portal muzik di capaian https://lnk.to/SampaiJadi

Pengarah muzik video Zulamran Hilmi
Pengarah muzik video Zulamran Hilmi & Djin Kai

Menurut Joe Flizzow, Sampai Jadi berkisarkan tentang adab dan tingkah laku yang diperlukan untuk berjaya dalam industri ini. Ia juga sebuah lagu untuk memberi motivasi kepada golongan muda untuk berkerja keras untuk mengecapi impian dan citia-cita. Tiada benda yang mustahil untuk dicapai jika ada fokus dan displin.

Sesi pelancaran ini telah diadakan di PJ’s & GRill, New World Hotel PJ secara santai dengan jamuan makan tengahari kepada para media.

Program 16 Baris

Joe Flizzow telah mencipta, menerbit dan menjadi hos kepada program berjudul 16 Baris yang mengetengahkan beberapa bakat hip-hop berbakat dari sekitar Asia Tenggara.  Kenapa dinamakan 16 Baris? Menurut Joe, secara lazimnya setiap verse lagu rap adalah 16 baris, 12 baris atau 8 baris…. mostly 16 baris dan ini seperti diceritakan dalam lagu #Havoc masa Altimet rap… dan ia dijadikan judul program tersebut.

16 Baris

16 Baris mempamerkan bakat asia tempatan yang berasal dari seluruh Malaysia, Indonesia dan Singapura yang bebas gaya dalam 16 bar. Nama “16 Baris” adalah terjemahan terus dari 16 Bar dalam bahasa Melayu.Sebuah realiti show yang membariskan 45 bakat baru yang dipilih sendiri oleh beliau melalui hashtag #16Baris dan dari situ Joe sendiri akan DM mereka selepas menyaksikan aksi mereka. Program ini disiarkan di YouTube kerana ia lebih mudah untuk di akses oleh golongan muda melalui telefon pintar mereka. Untuk Musim Pertama ini tiada langsung sponsor kerana Joe mahukan ia tersebar secara organik dan usaha ini berjaya.

Musim Ke-2 akan bermula Julai 2018 dan akan membariskan lagi ramai bakat-bakat baru…. so stay tuned!

Impian Joe Flizzow

Sejak show pertamanya pada 31 Mac 1998 dan kini sudah cecah 20 tahun dalam industri, Joe Flizzow memegang impian untuk membuat persembahan dengan orkestra penuh. Sebab kos yang begitu tinggi, Joe tidak dapat memenuhi impiannya membuat persembahan di Dewan Philharmonik Malaysia tetapi itu tidak menjadi penghalang. Baru-baru ini Joe telah membuat persembahan bersama 15 ahli orkestra (trumpet, biola, dan sebagainya) pada satu pertunjukkan kecil. Untuk #AJL29, Marcus telah menyediakan skor lagu ‘Apa Khabar” di bawah pimpinan Datuk Ramli MS.

Joe happy bukan saja sebab dapat masuk final tetapi dapat peluang perform live dengan orkestra penuh pada Anugerah Juara Lagu tersebut. Note lagu yang disediakan begitu tebal membuatkan Datuk Ramli MS siap panggil Joe untuk confirmkan sebab jarang-jarang dia dapat note sebegini tebal untuk sebuah lagu. Bagi Joe bila peluang tiba, dia harus mengambil peluang keemasan ini dan buat sebaik mungkin.

Pencapaian demi pencapaian serta pengaruh luasnya di rantau ini turut mendapat perhatian daripada jenama berpengaruh dunia termasuk Hublot, Nike dan Coach. Segalanya mungkin jika kita fokus, displin dan terus berusaha.

Joe & Sponsors

Follow Joe Flizzow di Twitter @flizzow, Instagram @flizzow dan Facebook @officialjoeflizzow

Me & Joe

Leave a Reply