SAM’s Deli Sajikan Makanan Premium Pada Harga Berpatutan

SAM's Deli Outlet @ MYDIN Mall Seremban 2

SAM’s Deli Sajikan Makanan Premium Pada Harga Berpatutan | SAM’s Deli merupakan nama baru dalam industri f&b di Malaysia dan kini melangkah ke hadapan dengan pembukaan outlet pertama mereka di MYDIN Mall Seremban 2. Sebelum ini SAM’s Deli dibuka di SAM’s Groceria (Gurney Paragon Mall, Pulau Pinang), tetapi hanya konsep kaunter sahaja. Untuk pengetahuan semua, SAM’s Deli ini merupakan salah satu anak syarikat di bawah Mydin Mohamed Holdings Berhad.

SAM's Deli Outlet @ MYDIN Mall Seremban 2
Outlet pertama SAM’s Deli di MYDIN Mall Seremban 2

Pada 4 Mac yang lalu, NaZ dijemput bersama rakan blogger yang lain untuk mencuba hidangan di SAM’s Deli ini. Terdapat pelbagai makanan di SAM’s Deli yang meliputi makanan barat (western), makanan Jepun, makanan Itali dan tak lupa juga makanan tempatan. Semua makanan ini adalah makanan yang premium tetapi pada harga yang berpatutan. Menu makanan di sini ada sentuhan dari Prof. Chef Zam yang turut sama di pelancaran outlet ini pada 28 Febuari yang lalu.

Pelancaran SAM's Deli di MYDIN Mall Seremban 2
Datuk Wira (Dr.) Ameer Ali Mydin & Prof. Chef Zam di sesi bersama media pada pelancaran SAM’s Deli di MYDIN Mall Seremban 2.
[ foto ehsan facebook Mydin Malaysia ]
Yang menarik minat NaZ adalah susun atur makanan di SAM’s Deli ini sangat memikat hati dari segi kebersihan, kekemasan dan pencahayaannya. Nampak eksklusif dan tak hairan la ramai yang lalu lalang berhenti untuk display makanan di outlet ini.

SAM's Deli kelihatan eksklusif
Outlet yang kelihatan eksklusif tetapi makanan pada harga yang berpatutan.

 

Makanan Barat (Western Food) dan Makanan Itali

Antara makanan barat yang disajikan kepada kami adalah seperti…

Ayam Panggang BBQ
SAM’s Deli Ayam Panggang BBQ…sos bbq yang sedap
Chicken Chop
Chicken Chop….sungguh crispy sesuai untuk kanak-kanak
SAM's Deli Meatball
SAM’s Deli Meatball…satu lagi menu sesuai untuk kanak-kanak
SAM's Deli Soups
SAM’s Deli Mushroom soup dan Veggie soup

Cuba lihat Lasagne ini pula, sungguh padat dengan isi daging lembu. Selain dari itu bagi yang Vegetarian, ada Lasagne yang dilapisi hanya dengan sayur-sayuran. Manakala pengemar daging kambing boleh cuba Lasagne isi daging kambing.

SAM's Deli Lasagne
SAM’s Deli Lasagne….tebal dan padat
SAM's Deli Multi Flavoured Lasagne
SAM’s Deli Lasagne…pelbagai inti pilihan

Bagi pengemar pizza pula boleh cuba handmade pizza mereka. Dough yang lembut dan gebu dibasahi dengan sos buatan mereka sendiri serta dipenuhi dengan topping yang segar. Kami mencuba Seafood Pizza dan rasanya memang menyelerakan.

SAM's Deli Handmade Seafood Pizza
SAM’s Deli Handmade Seafood Pizza….gebu dan segar

 

Makanan Jepun

Tak dilupakan kepada pengemar makanan Jepun terdapat seleksi yang banyak untuk dipilih.

SAM's Deli Sushi Selections
SAM’s Deli Sushi….terdapat aneka pilihan
SAM's Deli Japanese Food
SAM’s Deli Makanan Jepun…pilih mengikut citarasa anda

 

Makanan Tempatan

Untuk yang menginginkan makanan tempatan boleh pilih dari seleksi Nasi Lemak (Biasa, Sotong, Udang) dan Nasi Ayam.

SAM's Deli Makanan Tempatan
SAM’s Deli Makanan Tempatan

 

Pencuci Mulut

Tidak complete hidangan jika tidak diakhiri dengan pencuci mulut (dessert). Yang mengemari kek sudah pasti rambang mata jika ke sini. Pada hari tersebut hanya tinggal kek Chocolate, Banana Chocolate, Walnut Brownies, Blue Velvet dan Fruit Layer.

SAM's Deli Cake Selections
SAM’s Deli Aneka Kek

NaZ makan kek fruit layer bersama minuman Affogato (aiskrim vanila dituang dengan espresso panas). Affogato ini memang sedap, pahit kopi campur manis aiskrim vanila – kombinasi mantap! Minuman lain yang dihidangkan adalah dari seleksi Ice Blended.

SAM's Deli Affogato
SAM’s Deli Affogato…tiada dalam menu tapi dibuat khas untuk food review ini
SAM's Deli Ice Blended
SAM’s Deli Ice Blended…sedap diminum sambil menikmati kek

 

Sambil-sambil makan, NaZ terperasan pada dinding terdapat gambar serta sejarah makanan tersebut. Ia seperti makan sambil belajar….konsep yang bagus untuk memberi pengetahuan umum tentang makanan yang ada di SAM’s Deli ini.

SAM's Deli - Soup History

SAM's Deli - Pizza History

SAM's Deli - Pasta History

SAM's Deli - Carnonated Drinks History

Jika anda berada di sekitar Seremban, jangan lupa singgah di SAM’s Deli untuk menikmati hidangan yang enak dan lazat. Makanan Premium pada harga yang berpatutan…

 

SAM’S DELI @ MYDIN MALL SEREMBAN 2

Alamat: Ground Floor, MYDIN Mall, Seremban 2, Negeri Sembilan

Waktu Operasi: Dari jam 10:00 pagi hingga 10:00 malam.

Jangan lupa untuk gunakan hashtag #samsdeli bila anda kongsikan gambar hidangan restoran ini di laman sosial anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *