Savio Riana Dutamas Kediaman Mampu Milik Lengkap Dengan Pelbagai Kemudahan

Savio Riana Dutamas Logo

Savio Riana Dutamas Kediaman Mampu Milik Lengkap Dengan Pelbagai Kemudahan | Memiliki kediaman di tengah-tengah kota metropolitan sememangnya menjadi idaman setiap keluarga. Tetapi dengan harga yang begitu mahal menyebabkan pembeli rumah kali pertama (biasanya keluarga muda) tidak mampu untuk memilikinya. Kini Savio Riana Dutamas menyediakan kediaman mampu milik yang lengkap dengan pelbagai kemudahan di tengah-tengah kota metropolitan.

Topping Up Ceremony Savio Riana Dutamas

Baru-baru ini Naz telah di undang untuk menyaksikan satu majlis meraikan tamatnya fasa pembinaan struktur yang terakhir bagi Savio Riana Dutamas fasa 1 di Segambut. Majlis yang cukup meriah ini telah diadakan di tingkat 37 bumbung bangunan tersebut bagi meraikan penyiapan kerangka bangunan Savio “Multi Generational” Suites. Pembangunan ini yang merupakan projek IJM Land Berhad dan rakan kerjasamanya, FCW Holdings Berhad sebagai pemaju bersama Savio. Savio merupakan pembangunan pertama daripada tiga fasa pembinaan Riana Dutamas, sebuah menara 37 tingkat yang memiliki nilai pembangunan kasar RM565 juta. Sehingga ke hari ini, ia telah mencatat kadar pengambilan 90%. Dengan harga mampu milik, lokasi, pengangkutan terbaik dan proposisi nilai, tidak hairanlah jika projek ini berjaya menarik minat dari pembeli rumah serta pelabur hartanah. Pembinaan 1,018 unit Savio yang dijangka siap pada 2021 itu kini mengikut jadual.

Pelan Utama Savio Riana Dutamas
Pelan Utama Riana Dutamas
[ foto kredit laman web Riana Dutamas ]
Pengarah Urusan IJM Land Berhad, Encik Edward Chong
Pengarah Urusan IJM Land Berhad, Encik Edward Chong

Menurut Pengarah Urusan IJM Land Berhad, Encik Edward Chong, pembangunan Savio ini telah dimulakan sejak Januari 2018. Hari ini diambang menyambut Kemerdekaan Malaysia yang ke-62, mereka sangat teruja untuk mencatat pencapaian positif dengan berjaya menyiapkan kerja-kerja struktur Savio sehingga ke tingkat yang teratas dalam tempoh 19 bulan. Ini merupakan kerjasama yang rapat di antara pasukan IJM Land dan FCW Holdings, serta bersama dengan Setiakon Builders yang bertungkus lumus untuk menyiapkan pembangunan sehingga ke tahap ini.

Topping Up ceremony by VVIP

Majlis “Topping Up” yang diadakan ini turut dihadiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif IJM Corporation Berhad, Dato’ Soam Heng Choon, Pengerusi FCW Holdings Berhad, Tan Sri Robert Tan, Pengarah Ekskutif FCW Holdings Berhad, Dato’ Anderson Thor Poh Seng dan Pengarah Urusan Setiakon Builders Sdn Bhd, Dato’ Kuan Ah Hock.

Savio Riana Dutamas di Lokasi Strategik

Terletak di lokasi strategik iaitu di tengah-tengah segi tiga Emas Kiara Utara, Savio mempunyai akses melalui banyak jalan dan lebuhraya berdekatan. Ini termasuklah Lebuhraya DUKE, Lebuhraya SPRINT, Lebuhraya PLUS, Lebuhraya NKVE, Jalan Segambut dan Jalan Kuching, sekali gus menjadikan kawasan ini mudah diakses dari lokasi lain di Lembah Klang. Kemudahan tersebut ditingkatkan lagi menerusi ruang pejalan kaki ke Stesen KTM Segambut yang menghubungkannya dengan KL Sentral.

Lokasi strategik Savio Riana Dutamas di tengah-tengah kota metropolitan
[ foto kredit laman web Riana Dutamas ]

Direka agar sesuai dengan setiap generasi pembeli rumah, dari pembeli rumah kali pertama hingga pembeli matang, pembeli individu hinggalah multi-generasi, pelabur novis dan berpengalaman, Savio merupakan realiti terbaik tentang hidup, bekerja dan bermain di kawasan bandar. Bukan itu sahaja, IJM Land dan FCW Holdings juga berjaya memastikan pembangunan ini mampu dimiliki. Pada masa yang sama ia juga memenuhi impian setiap lapisan pembeli terutamanya pembeli rumah pertama dan golongan profesional muda.

Savio Riana Dutamas dengan kemudahan yang lengkap 1
Savio Riana Dutamas dengan kemudahan yang lengkap 1
Kemudahan-kemudahan yang ditawarkan
Pengarah Ekskutif FCW Holdings Berhad, Dato' Anderson Thor Poh Seng
Pengarah Ekskutif FCW Holdings Berhad, Dato’ Anderson Thor Poh Seng

Pengarah Ekskutif FCW Holdings Berhad, Dato’ Anderson Thor Poh Seng berkata Riana Dutamas adalah ikon daripada kerjasama mereka yang membolehkan kumpulan lJM Land bersama-sama rakan kerjasama mereka, membangunkan kawasan Segambut. Selain menambah nilai ke atas landskap Segambut dengan menawarkan kediaman yang mampu milik, praktikal dan selesa bersama kemudahannya sendiri dalam satu lokasi yang tidak dapat ditandingi dari segi pengangkutan dan kemudahan-kemudahannya. Dengan pembangunan Savio, mereka yakin ia akan meningkatkan lagi aspek kepelbagaian kawasan ini. Sekali gus mencipta satu gaya hidup yang lebih holistik kepada penduduk dari pelbagai generasi.

Sidang media

Pembangunan itu dikelilingi oleh kejiranan terkenal seperti KL Metropolis, Bukit Tunku, Mont’ Kiara, Sri Hartamas dan Dutamas. Demi memenuhi impian seluruh rakyat Malaysia untuk memiliki kediaman sendiri, Riana Dutamas menawarkan lebih daripada sekadar hubungan yang rapat dengan rakan-rakan dan keluarga. Malah, ia menawarkan satu gaya hidup yang menggabungkan aspek kerja, hidup dan bermain secara harmoni, seterusnya membolehkan anda untuk tinggal hampir dengan tempat kerja.

Kejiranan ini memang ideal untuk mereka yang ingin tinggal dekat dan gemar berada berhampiran dengan pusat bandar, lokasi-Iokasi popular dan kemudahan-kemudahan di bandaraya demi memenuhi keperluan penduduk dari semua aspek. Ini merangkumi institusi pendidikan yang terdiri daripada sekolah kerajaan dan sekolah antarabangsa hingga ke ruang-ruang gaya hidup. Kemudahankemudahan berdekatan termasuklah pusat membeli-belah seperti Publika, Hartamas Shopping Centre, Sunway Putra Mall, Suria KLCC dan Pavilion. Pusat bandar Kuala Lumpur hanyalah sejauh 7km.

Pembangunan yang padat dengan kemudahan ini disasarkan kepada individu, keluarga muda, golongan profesional, mereka yang baru berkahwin dan ibu bapa yang anak mereka sudahpun tidak tinggal bersama. Ia menawarkan beberapa jenis susun atur bermula dari unit pangsapuri satu hingga tiga bilik tidur dengan keluasan 653 hingga 1,177 kaki persegi bagi memenuhi keperluan setiap peringkat kehidupan. Kemudahan yang ada termasuklah kolam renang infiniti, taman berlandskap llengkap bersama “cabana”, bilik gim, dek ”lounge”, ruang jakuzi, gelanggang futsal dan dewan serba guna. Savio juga menyediakan kemudahan lot parkir berbumbung bertingkat dan rondaan keselamatan sepanjang masa.

6 jenis rumah yang ditawarkan di Savio Riana Dutamas
6 jenis rumah yang ditawarkan di Savio Riana Dutamas

Riana Dutamas ialah sebuah pembangunan bersepadu bercampur di atas sekeping tanah pegangan bebas seluas 16 ekar di Segambut yang pesat membangun. Ia terdiri daripada enam buah blok kediaman servis, ruang pejabat dan kedai. Keseluruhan GDV projek ini adalah sekitar RM1.5 bilion.

Untuk maklumat lanjut mengenai Savio @ Riana Dutamas, kunjungi Galeri Jualan Riana Dutamas di Jalan Segambut atau layari laman web www.rianadutamas.com

The bloggers

ToppingUpCeremony #SAVIORianaDutamas #TheAXISofDream #IJMLand #FCWHoldings #lifestyles #property #nazlannasirdotcom

Leave a Reply