Saya Bukan Duta Tapi Pemilik Bersama ST Rosyam Mart

ST Rosyam Mart Sdn Bhd

Saya Bukan Duta Tapi Pemilik Bersama ST Rosyam Mart | Dalam heboh isu larangan merokok di premis makan pada hari pertama 2019, tiba-tiba timbul isu Datuk Rosyam Nor dikatakan hanya menjadi duta ST Rosyam Mart. Isu ini telah menular di media sosial sehingga dikaitkan Datuk Rosyam telah dipergunakan oleh Sri Ternak Group dan menerima bayaran sebagai duta. Satu sidang media diadakan pada petang ini bagi memperjelaskan isu yang tular ini.

Datuk Rosyam, Datuk Raymond dan En. Ho Ah Chai menunjukkan laporan polis yang telah dibuat

Bukan Duta Tapi Pemilik Bersama

“Saya bukan duta tapi saya pemilik bersama dengan Datuk Raymond Ho dan adiknya Alan Ho. Saya memegang 10% saham manakala Datuk Raymond Ho sebanyak 89% dan Alan Ho selebihnya,” jelas Datuk Rosyam.

Sebelum ini, cerita yang tular di facebook mengatakan En. Ho Ah Chai, bapa kepada Datuk Raymond merupakan pemilik sepenuhnya ST Rosyam Mart dan Datuk Rosyam hanya sebagai duta sahaja. Lebih teruk lagi Datuk Rosyam telah dilabel sebagai ‘barua’ kepada Cina. Ia merupakan strategi untuk menarik pelanggan Melayu dengan menggunakan nama Rosyam Nor. Tak cukup dengan tomahan tersebut, mereka yang tidak bertanggungjawab ini turut mengatakan bahawa En. Ho Ah Chai dahulu selain berniaga ayam, beliau turut mengedar dadah.

Datuk Raymond dan En. Ho Ah Chai membuat laporan polis

Sehubungan dengan itu, Datuk Rosyam dan En. Ho Ah Chai, masing-masing telah membuat laporan polis bagi membersihkan nama mereka dari tuduhan yang melampau ini.

ST Rosyam Mart Bermula

Untuk membuka sebuah pasaraya seperti ST Rosyam Mart ini memerlukan modal sebanyak RM20 juta. Bukan senang untuk seorang selebriti untuk mendapatkan modal sebanyak itu. Jadi saya mencari rakan kongsi yang mempunyai pengalaman dalam bidang peruncitan ini dan yang paling penting sanggup untuk bekerjasama dengan saya untuk tujuan ini. Bila tawaran dibuat oleh Datuk Raymond, saya berbesar hati menerimanya. Tapi dengan syarat, ia mesti mempunyai branding saya maka tertubuhlah ST Rosyam Mart pada 1 Jun 2018. Dan branding ST Rosyam Mart ini telah berdaftar dengan MyIPO.

Sidang media yang menjelaskan Datuk Rosyam sebagai pemilik bersama ST Rosyam Mart

Dengan pengalaman 70 tahun dalam bidang perniagaan, Sri Ternak Group merupakan sebuah organisasi yang mempunyai kepakaran dalam bidang peruncitan dan juga modal yang besar. Saya membuat penyelidikan saya sendiri tentang Sri Ternak Group ini sebelum saya menjadi pembekal kepada mereka untuk buah Nangka Madu dan Durian Belanda,” sambung Datuk Rosyam.

“Pada mulanya Datuk Rosyam merupakan pembekal kepada Sri Ternak Group untuk buah Nangka Madu dan Durian Belanda. Dengan semangat dan kegigihannya menghantar sendiri bekalan tersebut kepada kami membuatkan saya tertarik untuk bekerjasama dengan beliau untuk projek yang lebih besar lagi,” ujar Datuk Raymond Ho yang sentiasa dengan wajah tenang.

Hampir lebih 2 tahun perbincangan untuk merealisasikan impian ini, dan pada 1 Jun yang lalu ST Rosyam Mart membuka pintu mereka kepada pelanggan. Pada mulanya kedua-dua usahawan ini amat risau samada akan mendapat sambutan. Tapi dengan berkat usaha, niat dan doa, pasaraya yang beroperasi selama 24 jam ini telah mendapat sambutan diluar jangkaan. Setiap hari dianggarkan lebih daripada 5 ribu orang telah membeli barangan keperluan mereka.

Saya harap dengan sidang media ini dapat menjelaskan isu tular tersebut dan berharap usaha saya di ST Rosyam Mart ini dijadikan inspirasi kepada usahawan untuk berjaya dalam bidang perniagaan ini. Selain itu ia merupakan pemberian saya balik kepada masyarakat yang menyokong saya selama 36 tahun ini.

Leave a Reply