SEERS Instant Water Heater Selamat dan Jimat Tenaga

shower

SEERS Instant Water Heater Selamat dan Jimat Tenaga |  Sejak kebelakangan ini cuaca tidak menentu dan kadang kala terasa sejuk sampai ke tulang. Apabila bangun pagi, mula lah bercinta nak masuk bilik mandi sebab air amat lah sejuk. Mujur pemanas air segera (Instant Water Heater) SEERS tiba tepat pada masanya. Mandi pagi bukan lagi perkara yang sukar.

SEERS Instant Water Heater model S23P

Tahukah anda, SEERS Instant Water Heater ini merupakan produk buatan dan keluaran syarikat tempatan? Iya, produk ini merupakan produk SEERS Sdn Bhd yang berpengkalan di  Shah Alam, Selangor. Ia adalah sebuah syarikat swasta yang diperbadankan di Malaysia yang memulakan produk dan pembangunan perniagaan bagi peralatan elektrik mesra alam yang inovatif. Penyelidikan dan pembangunan adalah asas falsafah SEERS dalam keupayaan inovasi teknologi. Syarikat ini mengekalkan penyelidikan dan pembangunan yang berterusan untuk meningkatkan inovasi mesra alam yang menghasilkan air panas melalui perolakan haba semulajadi.

SEERS logo

SEERS Technology Sdn Bhd adalah pencipta dan pengeluar DC Water Heater System yang menggunakan teknologi pengekstrakan haba 12 voltan yang dipatenkan diperingkat antarabangsa. Teknologi ciptaan orang tempatan ini telah difailkan melalui Patent Cooperation Treaty (PCT)  di Organisasi Harta Intelek Sedunia (WIPO) di bawah tajuk “Apparatus for Heating Water and Methodology Thereof“.

SEERS Instant Water Heater – Model S23P

Naz telah mendapatkan SEERS Instant Water Heater model S23P, yang mana ia dilengkapi pam dalaman. Pemanas air ini menggunakan kuasa yang rendah dan ia direka bentuk dengan teliti untuk penggunaan isi rumah dan hotel. SEERS Instant Water Heater adalah pemanas air pertama yang berfungsi tanpa gegelung pemanasan elektrik. Model ini sesuai bagi rumah yang mempunyai tekanan air yang rendah. Mari kita unbox pemanas air ini dan tengok apa yang ada di dalam….

Antara kebaikan dan ciri-ciri yang dimiliki oleh pemanas air SEERS ini adalah seperti berikut:

  • Selamat – Tidak ada elemen pemanasan, oleh itu jangan risau dengan kejutan elektrik.
  • Menjimatkan kos – Penggunaan kuasa rendah 3,000 watt berbanding dengan pemanas tradisional yang menggunakan lebih daripada 8,000 watt.
  • Menjimatkan sehingga 60% tenaga.
  • Menggunakan teknologi berpaten.
  • Tiada lagi kesulitan untuk meletakkan paip tembaga
  • Pemasangan mudah
SEERS Instant Water Heater - tiada kejutan elektrik

Produk ini telah memperoleh banyak paten dan pensijilan dalam reka bentuk, rekaan dan model utiliti antaranya:

MalaysianInvention and Design Society

  • Malaysian Best Innovative Product (ITEX09)
  • Malaysian Best Invention (Individual Category) (ITEX09)
  • ASIA Best Invention (ITEX09)

World Intellectual Property Organisation

  • Best Invention (20th International Invention, Innovation & Technology Exhibition 09)

 Archidex 08

  • Best Product (PAM2008 Convention)
  • Best of The Best Product (PAM2008 Convention)

The Malaysian Book of Records ‘08

  • Best Invention (20th InternationalInvention, Innovation & Technology Exhibition 09)

Ok lah, hujung minggu nanti Naz nak pasang SEERS Instant Water Heater ini. Lepas ni mandi awal pagi tiada menjadi masalah lagi.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut, anda boleh ke laman web www.seers.com.my atau ke laman media sosial mereka di www.facebook.com/seersmarketing 

#SEERSWaterHeater #SafeLife #SEERSSafeSavingSensation

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *