‘Sempurna Seadanya’ Sempena Aidilfitri Dari Rocketfuel Entertainment

Rocketfuel Entertainment logo

‘Sempurna Seadanya’ Sempena Aidilfitri Dari Rocketfuel Entertainment | Bersempena dengan bulan Ramadan yang mulia ini dan kedatangan bulan Syawal yang bakal tiba, syarikat pengurusan artis Rocketfuel Entertainment telah melancarkan album Hari Raya terbaru terbitan mereka yang berjudul ‘Sempurna Seadanya’.

Meraikan anak-anak yatim dan melancarkan Sempurna Seadanya

Di majlis pelancaran ini juga, pihak Rocketfuel dengan kerjasama Berjaya Times Square Hotel, Kuala Lumpur mengambil kesempatan dengan menganjurkan sebuah majlis berbuka puasa bersama sekumpulan anak-anak yatim daripada Rumah Perlindungan Nurhati; sebuah pertubuhan NGO yang membantu nasib anak-anak yatim dan ibu tunggal disekitar Kuala Lumpur. Seramai 35 warga Rumah Perlindungan Nurhati telah dijemput untuk berbuka puasa serta berpeluang meluangkan masa bersama artis-artis di bawah naungan Rocketfuel Entertainment selain berkongsi juadah bersama rakan-rakan media dan juga rakan-rakan perniagaan lain.

Album yang menampilkan 10 buah lagu bertemakan perayaan Aidilfitri itu turut mempertaruhkan tiga lagu baru iaitu ‘Sempurna Seadanya’ dendangan Usop, Ara Johari, Masya Masyitah, dan juga Sufi Rashid, selain lagu ‘Seru Hari Lebaran’ nyanyian Syamel bersama Ernie Zakri dan juga lagu ‘Bersyukur Seadanya’ oleh Hael Husaini.

CD Album Sempurna Seadanya

Turut diselitkan bersama adalah dua buah lagu berunsur ketuhanan iaitu ‘Berserah’ nyanyian Zizan Razak dan Ismail Izzani serta ‘Maafkanlah’ oleh Syamel.

Lagu ‘Seru Hari Lebaran’ dan ‘Sempurna Seadanya’ merupakan hasil gubahan komposer veteran S Atan dan lirik oleh Siso. Kedua-dua lagu ini berunsur tradisional namun masih mempunyai rentak moden.

Manakala lagu ‘Bersyukur Seadanya’ pula adalah hasil garapan Hael Husaini sendiri bersama Ezra Kong dan ‘Berserah’ pula dicipta Alif For Magic Potions dan lirik dari Ariz For Talegas Production. Yang pasti kesemua lagu-lagu ini dijangka dapat membangkitkan suasana Hari Raya Aidilfitri di kalangan pendengar Malaysia.

Walau bagaimanapun, sejajar dengan era digital masa kini, album tersebut tidak dijual dalam bentuk fizikal tetapi boleh dibeli dan dimuat turun dalam bentuk digital sahaja. Ini bermakna ia juga boleh didengari lewat platform pengstriman popular selain dibeli secara dalam talian di aplikasi itunes.

Leave a Reply