“Sensitive to Your Needs” Kempen Terbaru dari Antabax

Sensitive to Your Needs Antabax

“Sensitive to Your Needs” Kempen Terbaru dari Antabax | Antabax, rangkaian penjagaan peribadi antibakteria nombor 1 Malaysia memperkenalkan kempen “Sensitive to Your Needs” (“Sensitif Keperluan Anda”), untuk meningkatkan kesedaran kulit sensitif di negara ini melalui satu inisiatif pendidikan jenama.

Kempen "Sensitive to Your Needs" dari Antabax

Kulit sensitif merengsa dengan mudah kerana ia lebih nipis dan bertekstur halus menyebabkan ia lebih mudah terdedah kepada sinaran matahari dan udara yang telah tercemar. Bagi sesetengah orang, kulit menjadi sensitif disebabkan oleh tindak balas alergi terhadap makanan, bahan dan juga aroma, akan menyebabkan kemerahan, kekeringan atau kulit gatal.

Rangkaian Sensitif dari Antabax, krim mandian antibakteria yang inovatif dengan pH yang seimbang sebanyak 5.5, 100% bebas sabun dan bebas alkali, dengan aroma yang menyenangkan, ringan dan halus, sangat baik dan lembut untuk sensitif kulit, seterusnya memberikan perlindungan antibakteria sebanyak 99.9%.

Rangkaian sabun mandian dan sabun pembersih tangan Antabax

Diperkaya dengan vitamin dan pelembab semulajadi ia mengembalikan tahap kelembapan semulajadi kulit dan meminimumkan kerengsaan kulit yang disebabkan oleh kekeringan, untuk kulit yang lebih sihat dan licin.

la disahkan ‘Halal”, memberikan keyakinan kepada umat Islam untuk menggunakannya.

Rangkaian sensitif terdiri daripada krim mandi antibakteria yang boleh digunakan oleh seluruh keluarga, termasuk bayi.

Mandy Lee, Pengurus Kanan Produk, Lam Soon Edible Oils Sdn Bhd menerangkan tentang kempen "Sensitive to Your Needs"

Menurut Mandy Lee, Pengurus Kanan Produk, Lam Soon Edible Oils Sdn Bhd, Antabax telah berusaha keras untuk mendidik pengguna tentang pemilihan jenis produk yang sesuai untuk kulit sensitif. “Kami telah mengemas kini label pada produk, serta memberi peluang kepada pengguna melalui program “one for one exchange” kami, yang kini sedang berlangsung sehingga September. Pada acara hari ini, kami amat gembira dengan kehadiran Dr Sharon Gopalan, ahli dermatologi terkemuka untuk bercakap mengenai kulit sensitif. Kami akan terus menjadi tuan rumah untuk lebih banyak inisiatif pendidikan seperti di acara dan juga dalam talian,” kata Mandy.

Pada majlis itu, Dr. Sharon Gopalan dari Procare Dermatology, ahli dermatologi dengan pengalaman selama 10 tahun, yang telah merawat keadaan kulit seperti Gangguan Pigmentasi, Ekzema, Psoriasis, Jerawat, Jangkitan Kulit, bersama dengan peserta mengenali rejim kulil sensitif. Beliau memberi nasihat kepada orang ramai mengenai kaedah yang betul untuk penjagaan kulit sensitif.

Dr. Sharon Gopalan dari Procare Dermatology

Mia lbrahim, seorang wartawan, berkongsi bahawa beliau lebih suka krim mandian dengan antibakteria, kerana beliau mempunyai gaya hidup aktif, tetapi kebanyakan jenama antibakteria yang lain lidak sesuai dengan kulit sensitif. “Saya amat gembira apabila mendapati Antabax mempunyai rangkaian krim mandian untuk kulit sensitif. Kini, saya menggunakan krim mandian Sensitif Antabax dan sabun pembersih tangan untuk sementara waktu, saya tidak akan bertukar ke jenama lain,” kafa Mia dengan senyuman.

Mia lbrahim, seorang wartawan, yang turut menggunakan sabun Antabax

Untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai Antabax, sila layari www.fb.com NewAntabax atau @antabax di lnstagram.

Leave a Reply