Sepetang Bersama Blogger & Yeos 2014 | Blogger Berkumpul di Saloma Bistro

SBBYEOS2014

Tengah dok buat food review di Craez Cafe, tiba-tiba masuk pulak update dari applikasi Denaihati. Kot-kot pemberitahuan tentang Majlis Sepetang Bersama Blogger 2014…maklum la dah tunggu dari pagi tadi.

Denaihati Mobile AppsNaZ berhenti jap menikmati White Storm Carbonara dan terus membaca pengumuman itu. Memang betul pengumuman tersebut dan apa lagi terus mengelabah bila baca tentang limted seats…sebaik sahaja habis food review tersebut, NaZ pun berdesup balik ke rumah untuk buat bayaran online. Alhamdulillah dah bayar dan daftar!

Oh ya lupa lak nak bagitahu…kali ini Sepetang Bersama Blogger 2014 (SBBYEOS2014) akan berlansung pada:-

Tarikh: 8 Mac 2014 (Sabtu)
Masa: 10 pagi hingga 5.30 petang
Lokasi: Saloma Bistro,Jalan Ampang Kuala Lumpur
Hastag Rasmi: #SBB2014 #SBBYEOS2014
 
Yeo Hiap Seng (Malaysia) Berhad

Tahun ini SBBYEOS2014 dimeriahkan lagi dengan syarikat Yeo Hiap Seng (Malaysia) Berhad sebagai penaja utama acara ini, selain cabutan bertuah yang sememangnya dinanti-nantikan para peserta! Hadiah-hadiah kali lagi meletop dari tahun lalu, antaranya iPhone 5s (3 unit), iPhone 5c (1 unit), iPad Mini (1 unit), Sistem Navigasi Garmin (2 unit), pakej percutian dan banyak lagi…tetapi kalau nak melayakkan nama peserta untuk memenangi hadiah-hadiah tersebut melalui cabutan bertuah, yuran pendaftaran RM20 dikenakan (amaun yang berpatutan).

Top Blogger Malaysia

Pihak penganjur juga akan membawakan top blogger Malaysia seperti Redmummy, Ben Ashaari, Shafie Bustan, Zarul Husin (dan ramai lagi) untuk berkongsi imu dan pengalaman mereka.

Peserta yang join akan mendapat berbagai hadiah daripada penganjur seperti t-shirt, buku Denaihati dan lain-lain. Berbagai juadah akan disediakan antaranya cendol dan kambing golek, jadi cepat mendaftar dengan klik pada banner di bawah:

Kemeriahan SBBYEOS2014 diserikan lagi dengan acara-acara berikut:-

  1. Tapak Jualan untuk mempromosikan jenama anda kepada dunia. Yuran hanya RM100 dan semestinya siapa cepat dia dapat la kerana tempat terhad.
  2. Cabutan bertuah mingguan bagi pendaftaran ke SBB2014 dimana hadiah wang tunai disediakan dan akan diserahkan di majlis SBBYEOS2014.
  3. Mini Contest dengan beberapa hadiah gajet terkini jenama Samsung impian ramai tajaan Yeo’s. Pemenang akan diumumkan di majlis SBBYEOS2014.

Jadi apa tunggu lagi, mari kita ramai-ramai serbu Saloma Bistro pada 8 Mac nanti. Jangan tunggu lama-lama, nanti lama-lama…..melepas peluang untuk menyertai Sepetang Bersama Blogger & Yeos 2014.

10 thoughts on “Sepetang Bersama Blogger & Yeos 2014 | Blogger Berkumpul di Saloma Bistro

    1. memang ramai…dengar-dengar hari ke-2 dah dekat 100 pax confirm. Tuan Titan dah daftar ke? Jangan tunggu lama-lama, nanti lama-lam…..

  1. Jumpa sana nanti.. Dah bayar dan daftar tinggal tunggu masa jela ye.. Sambil2 tunggu tu bleh promote affiliate mana tau dapat jadi Top 5 Affiliater..

  2. mcm mane nk ke Saloma Bistro? sy just thu stop dkat Stsen monorail bkt nnas. Then kna ambik tksi lagi ke utk ke lokasi.?

    1. senang aje, dah dekat tu….turun dari Stesen Monorail, Niniey akan lihat construction dan menghala ke Jalan Ampang terus ke MATIC…Saloma Bistro di dalam kawasan MATIC. Harap dapat membantu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *