Shop In The Dark 2018 Grand Finale Energizer Tawar Ganjaran Hebat

Energizer Shop In The Dark 2018

Shop In The Dark 2018 Grand Finale Energizer Tawar Ganjaran Hebat |  Energizer® telah memberikan ganjaran yang hebat kepada 10 finalis pertandingan Energizer® Shop In The Dark 2018 apabila mereka masing-masing memenangi sesi membeli-belah selama 15 minit bernilai sehingga RM12,000 setiap seorang di acara penutup grand finale yang berlangsung di Giant Hypermarket Kota Damansara kelmarin. Pertandingan ini amatlah mengujakan bagi 10 finalis apabila mereka telah memanfaatkan sepenuhnya peluang yang diberi untuk membeli belah selagi berdaya tanpa perlu memikirkan beban bayaran yang akan ditanggung apabila tiba di kaunter pembayaran.

Energizer Shop In The Dark 2018

Susulan kadar penyertaan yang tinggi dan sambutan hangat oleh orang ramai sejak dua tahun yang lalu, Energizer® sekali lagi kembali dengan Energizer® Shop In The Dark buat kali ketiga, berserta dengan hadiah yang lebih besar dan lumayan. Tahun ini, bagi menarik lebih ramai penyertaan daripada seluruh pelosok negara, Energizer® telah menawarkan lebih banyak medium penyertaan di mana ianya diterima sepanjang bulan Mac sehingga Mei tahun ini. Orang ramai boleh menyertai dengan mengambil bahagian dalam cabaran Realiti Maya (VR) di siri jelajah di lebih 60 lokasi di tujuh bandaraya di seluruh Malaysia – termasuk Sabah dan Sarawak, di samping menghantar borang penyertaan melalui pos dan emel dan juga bermain permainan dalam talian.

Ganjaran hebat untuk para peserta

“Kempen Energizer® Shop In The Dark 2018 menerima sambutan amat menggalakkan. Di Energizer®, kami sentiasa berusaha untuk memberikan pelanggan pengalaman yang sukar dilupakan dan disebabkan Giant telah membuka peluang kepada kami, kami dapat menganjurkan pertandingan sesi membeli-belah ini. Kami ingin mengucapkan tahniah kepada sepuluh pasukan finalis, yang telah dilengkapkan dengan lampu kepala menggunakan bateri Energizer® yang tahan 8x lebih lama sepanjang sesi membeli-belah dalam gelap yang mengujakan di Giant. Tahun ini, kami memutuskan untuk meningkatkan lagi cabaran dengan menambah satu elemen baru dalam acara penutup ini, di mana finalis tidak diberikan troli membeli-belah. Ini bermakna mereka perlu menjadi lebih kreatif dan tangkas untuk mengambil sebanyak mana produk yang boleh. Ianya memang satu pengalaman yang mencabar dan semua finalis telah mencuba sedaya upaya di acara penutup ini dengan penuh semangat, sepertimana kami juga bersemangat menganjurkan pertandingan peringkat akhir ini,” kata En Lee Kim Chye, Pengarah Perniagaan Energizer® bagi Malaysia, Singapura dan Indonesia.

satu troli tak cukup

Sepuluh (10) finalis telah dipilih ke peringkat akhir kempen Energizer® Shop In The Dark 2018 merangkumi enam (6) peserta daripada cabaran Realiti Maya, tiga (3) daripada penghantaran borang penyertaan dan satu (1) daripada peserta permainan dalam talian. Mereka dibenarkan membeli-belah selama 15 minit dalam satu bonus bernilai sehingga RM12,000 setiap peserta. Tahun ini, pasukan finalis tidak dibenarkan menggunakan troli beli-belah dan hanya boleh bergerak dalam satu arah seperti yang ditetapkan apabila mereka melalui lorong membeli-belah yang gelap di Giant Hypermarket Kota Damansara dengan menggunakan lampu kepala Energizer®.

peserta berlari mengejar masa untuk shopping dalam gelap

Barangan di Giant ‘disapu bersih’ oleh para finalis setelah mereka dibenarkan mengambil apa sahaja yang diingini, tertakluk kepada peraturan dan had yang telah ditetapkan. Pada penghujung sesi membeli-belah, kesemua barangan telah dibayar sepenuhnya sehingga RM12,000 oleh Energizer® di kaunter bayaran.

Dengan peraturan tambahan, para finalis mengenalpasti peralatan elektrik sebagai barang keutamaan mereka untuk memanfaatkan peluang membeli-belah yang berharga ini. Antara strategi yang digunakan oleh finalis ialah menambah troli lipat kepada barangan yang dibeli, supaya dapat digunakan untuk membawa kesemua barangan elektrik di samping mengaut lebih banyak produk yang mampu diangkat menggunakan tangan. Strategi ini digunakan oleh kebanyakan peserta untuk membawa pelbagai peralatan elektrik seperti televisyen, mesin basuh, periuk tekanan, penghawa dingin dan banyak lagi.

Sepuluh finalis kempen Energizer® Shop In The Dark 2018 adalah:

  1. Mohd Fakri Ghazali (Finalis daripada pertandingan Shop In The Dark 2016 & 2017)
  2. Yap Hua Qing
  3. Chee Jye Bao
  4. Chan Weng Sum
  5. Anorah Frezylah
  6. Ahmad Daud
  7. Tang Kam Hong
  8. Tan Wei Jin
  9. Halimahton Saadiah Aris
  10. Huzaimi Amir Zainudin

Energizer® Shop In The Dark merupakan pengalaman baru buat finalis yang pertama kali menyertai pertandingan ini, Chee Jye Bao, 29 tahun. Beliau tidak tidak pernah menjangkakan bahawa menyertai cabaran Realiti Maya (VR) membolehkan beliau berbelanja secara percuma di Giant. “Saya bakal berpindah ke rumah baru, dan saya telah memutuskan untuk mendapatkan peralatan elektrik. Saya bekerjasama dengan abang saya tetapi kami tidak mempunyai senarai yang disediakan, pada asasnya kami hanya mengambil apa sahaja yang kami mahukan tanpa berfikir panjang. Saya berasa pengalaman membeli-belah di Energizer ‘In The Dark’ 2018 amat menyeronokkan kerana ia satu pengalaman baru yang menarik buat kami berdua,” kata Chee yang menetap di Subang. Beliau telah membawa pulang produk bernilai RM8,075.70, menjadikan beliau dan abangnya, Chee Jye Jiun, 36, paling berjaya dalam mengambil produk bernilai tertinggi di kalangan semua 10 pasukan finalis.

hisense tv
sungguh menyeronokkan shopping dalam gelap

Sebaliknya, bagi finalis kali ketiga Mohd Fakri Ghazali, 37, dan adiknya, Mohd Faisal, 34, mereka telah merancang strategi terlebih dahulu. “Saya memang peminat setia pertandingan Energizer® Shop In The Dark. Tahun lalu, saya berjaya mengambil barangan bernilai RM3,500 manakala pada tahun ini,  saya berjaya membawa pulang barangan bernilai RM6,426.65. Saya berasa begitu bertuah apabila dapat memanfaatkan pengalaman daripada tahun lalu berserta beberapa strategi baru untuk mengatasi cabaran daripada peraturan baharu. Cabaran yang diberikan benar-benar mengujakan buat kami dan kami perlu bertahan 8 kali lebih lama, sama seperti bateri Energizer®! Kami datang ke Giant ini sehari sebelum pertandingan untuk menganalisis selok belok hypermarket ini dan mengecam susun atur barangan dengan baik. Tidak dinafikan ianya satu cabaran untuk mengenalpasti lorong yang betul sambil membawa produk dalam gelap tetapi dengan bantuan bateri Energizer® yang tahan lama, saya mempunyai bantuan berpanjangan dalam perjalanan saya ke kaunter bayaran,” kata Fakri dengan ceria.

Untuk maklumat lanjut mengenai bateri Energizer® dan kempen Energizer® Shop In The Dark, sila layari https://www.facebook.com/EnergizerMY/.

2 thoughts on “Shop In The Dark 2018 Grand Finale Energizer Tawar Ganjaran Hebat

Leave a Reply