Smart Straw® akan membantu anda membersihkan ruang yang sukar dicapai

WD-40 Smart Straw

Smart Straw® akan membantu anda membersihkan ruang yang sukar dicapai | Pernahkah anda melalui pengalaman apabila perlu mencapai sesetengah ruang yang sempit semata-mata untuk  membersihkannya biarpun pergerakan agak terbatas?

Walaupun ia sukar, namun anda tetap perlu melakukannya bagi memastikan ia bersih dan bebas kotoran.

Atau pun anda mungkin pernah mengalami kesukaran setiap kali membersihkan bahagian dalam bonet kereta apabila muncung penyembur tertanggal hingga menyebabkan bahannya terkena di bahagian lain.

Smart Straw yang menyenangkan

Di sinilah produk WD-40® Pelbagai Guna dengan Smart Straw® dapat membantu anda. Produk dalam tin ini menyediakan dua kaedah penyemburan dan mempunyai muncung kekal yang tidak akan tertanggal ketika anda melakukan kerja pembersihan.

Cara penggunaannya amat mudah sekali dan anda hanya perlu membuka muncung terbabit untuk melakukan semburan ke arah kawasan yang sukar dicapai.

Fungsi muncung itu membenarkan ia disembur dari jarak tertentu dan mengelakkan bahan semburan terkena tangan atau pakaian dan kemudiannya muncung itu boleh dilipat ke bawah untuk kaedah semburan biasa atau untuk disimpan.

Jika anda mencuba produk WD-40® Pelbagai Guna dengan Smart Straw® ini, anda akan dapati bahawa ciri terbaik yang ada ialah muncung terbabit sentiasa ketat dan tidak tertanggal.

Anda tidak akan berdepan masalah lagi apabila perlu mencari-cari muncung alat semburan yang hilang.

Bagi produk ini sendiri, ia sememangnya terkenal dengan keupayaan melindungi bahagian logam daripada berkarat dan reput, melonggarkan bahagian yang ketat dan memberi kelembapan serta melicinkan bahagian berkenaan.

Ingin tahu lebih lanjut? Lawati http://wd40.asia hari ini.


MENGENAI SYARIKAT WD-40®

Syarikat WD-40 adalah  organisasi pemasaran global yang didedikasikan untuk mencipta memori positif yang berpanjangan dalam membangunkan dan menjual produk yang mampu menyelesaikan permasalahan di bengkel, kilang dan kediaman di seluruh dunia. Syarikat dari Amerika ini adalah pembuat Produk Pelbagai Guna WD-40® yang paling dipercayai, yang perlu

ada dalam setiap kotak peralatan dan kediaman di seluruh dunia yang juga dikenali sebagai penyelesaian pantas untuk membersihkan dan melindungi, melancarkan bahagian berkarat, memberi kelembapan, menghentikan bunyi geseran yang bising dan menghilangkan kesan melekit degil.

Produk Pelbagai Guna WD-40® ini menjadi penyelenggara profesional dan amatur DIY dalam pekerjaan mereka yang membabitkan perkakasan, perindustrian, automotif, berbasikal, sukan dan barangan runcit besar-besaran.

Produk Pelbagai Guna WD-40® boleh didapati dalam pelbagai saiz dan telah berkembang menjadi pelbagai produk khusus antaranya WD-40® Specialist™, WD-40® BIKE and WD-40® Specialist™ Automotive

Produk Syarikat WD-40 kini tersedia di lebih daripada 176 negara dan wilayah di seluruh dunia termasuk Malaysia di mana pelbagai produk WD-40® boleh ditemui di kedai-kedai runcit dan perkakasan utama di semua negeri. Untuk maklumat lanjut tentang Syarikat WD-40 atau barisan produknya, boleh melayari: www.wd40.asia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *