Smucker’s Cadang Empat Resepi Mudah Snek Jem Berkhasiat Untuk Waktu Rehat

Smucker's Logo

Smucker’s Cadang Empat Resepi Mudah Snek Jem Berkhasiat Untuk Waktu Rehat | Waktu rehat sudah tiba! Loceng telah berbunyi dan murid-murid bergegas ke kantin sekolah untuk membeli makanan. Kanak-kanak perlu mengambil makanan yang bukan sahaja dapat membekalkan tenaga yang diperlukan untuk meneruskan hari persekolahan, tetapi juga makanan yang cukup berkhasiat.

Cara terbaik untuk ibu bapa memastikan anak-anak mereka mengambil makanan yang berkhasiat dan bukan makanan ringan pada waktu rehat adalah dengan membekalkan makanan snek yang disediakan dari rumah. Disebabkan tempoh penyediaan yang lama untuk menghasilkan makanan yang lazat dan berkhasiat, ia memaksa ibu bapa untuk memilih jalan alternatif yang lebih mudah dan lazimnya tidak berkhasiat.

Smucker’s, jenama jem Amerika yang terkenal di dunia, kini mencadangkan empat resepi penyediaan snek yang mudah tetapi berkhasiat khas buat ibu bapa. Menggunakan rangkaian produk Smucker’s Sugar Free (tanpa gula), sebagai bekalan anak-anak mereka ke sekolah.

Mohan Alagappar, Pengurus Besar GBA Corporation, berkata, “Kami faham bahawa kebanyakan ibu bapa sibuk tetapi mereka tetap mahu memastikan anak-anak mendapat khasiat pemakanan yang diperlukan setiap hari. Dengan produk Smucker’s Sugar Free, ibu bapa boleh menyediakan snek yang sihat dan lazat dengan cepat, sekaligus membolehkan mereka menghabiskan lebih banyak masa bersama anak-anak. Paling penting, pengguna boleh memberi kepercayaan kepada kualiti produk Smucker’s yang telah sekian lama.”

Rangkaian produk Smucker’s Sugar Free dibawakan dalam 3 varian yang lazat – iaitu Strawberry Preserves, Orange Marmalade dan Concord Grape Jam. Jem Smucker’s Sugar Free Strawberry Preserves dengan kemanisan perisa semula jadi strawberi tanpa gula, manakala Smucker’s Sugar Free Concord Grape Jam membawakan rasa buah anggur yang segar dan lazat, membuatkan anda sentiasa menginginkannya lagi. Bagi mereka yang gemar rasa masam manis, Smucker’s Sugar Free Orange Marmalade menjanjikan jem perisa sitrus yang menambat selera anda.

Smucker's Strawberry Preserves
Smucker's Orange Marmalade
Smucker's Concord Grape

Ibu bapa yang ingin menjimatkan masa pada waktu pagi yang sibuk tidak perlu mencari-cari lagi. Dengan peruntukan masa 10 minit sahaja, empat resepi berikut boleh menyenangkan anda.

4 Resepi Snek Smucker’s Yang Mudah dan Berkhasiat:

Potongan Sandwic PB&J

Potongan Sandwic PB&J

Masa Penyediaan: 10 minit

Bahan:

  • 6 keping roti putih atau roti gandum penuh
  • 1/3 cawan mentega kacang
  • 1/3 cawan Smucker’s® Sugar Free Concord Grape Jam

Arahan:

  1. Potong tepi roti menggunakan pisau bergerigi. Tekap corak bintang di tengah 3 keping roti dengan pemotong/acuan kuih berbentuk bintang 1 inci.
  2. Sapu mentega kacang dengan rata di atas 3 keping roti lagi. Cedok jem, letakkan di tengah mentega kacang, ratakan menjadi bulatan 2 inci. Letakkan potongan roti di atasnya untuk menjadikan sandwic.

Pita Buah Segar dengan Jem Tanpa Gula Smucker’s

Pita Buah Segar dengan Jem Tanpa Gula Smucker’s

Masa Penyediaan: 10 minit

Bahan:

  • 1 cawan susu sejuk kurang lemak
  • 1 (saiz untuk 4 hidangan) paket puding coklat segera tanpa gula dan inti pai
  • 1/2 cawan krim masam atau yogurt kurang lemak
  • 1/2 cawan Smucker’s® Strawberry Preserves
  • 8 keping roti pita gandum penuh saiz mini
  • 4 cawan buah campuran segar seperti pisang, nanas, tembikai wangi, strawberi dan anggur.

Arahan:

  1. Campur susu dan puding dengan pembancuh selama 2 minit; masukkan krim masam dan jem, kacau hingga cukup bercampur.
  2. Potong bahagian atas pita untuk membuat bukaan. Isi dengan 1/2 cawan buah.
  3. Ceduk ¼ cawan sos ke dalam bekas berasingan untuk digunakan kemudian.

Biskut Beras Oren Lobak Merah Rangup

Biskut Beras Oren Lobak Merah Rangup

Masa Penyediaan: 10 minit

Bahan:

  • 1 biskut beras
  • 2 sudu besar mentega kacang
  • 1 sudu besar Smucker’s® Sugar Free Orange Marmalade
  • 1 sudu besar lobak merah dicincang
  • 1 sudu besar kismis

Arahan:

  1. Sapu mentega kacang di atas biskut beras.
  2. Campurkan jem oren marmalad dengan jam lobak merah dan sapukan di atas mentega kacang.
  3. Tabur kismis.

Snek Kek Keju Strawberi

Snek Kek Keju Strawberi dengan jem Smucker's

Masa Penyediaan: 10 minit

Bahan:

  • 1 sudu besar Smucker’s® Sugar Free Strawberry Preserves
  • 1 sudu besar keju krim kurang lemak, dilembutkan
  • 4 bahagian biskut tawar graham (1 keping dibahagi 4)
  • 1 strawberi saiz sederhana, dipotong empat untuk hiasan

Arahan:

  1. Putar jem dan keju krim hingga licin.
  2. Sapukan campuran di atas 4 bahagian biskut tawar. Letakkan potongan strawberi di atas setiap satu.

Sebagai pengeluar jenama pilihan dan kegemaran rakyat Malaysia, The J.M Smucker’s Company terus komited dalam menawarkan produk yang berkualiti kepada pengguna dan membantu berjuta-juta keluarga mencipta detik-detik indah semasa menikmati snek yang menjadi kenangan selama lebih 120 tahun.

Produk Smucker’s Sugar Free boleh didapati di kedai runcit utama di seluruh negara pada harga runcit yang disyorkan RM 10.28 untuk 361g.

GBA Corporation Sdn Bhd

Produk Smucker’s Sugar Free diedarkan secara eksklusif di Malaysia oleh GBA Corporation Sdn Bhd. Buat masa ini GBA menguruskan banyak jenama terkenal hasil kerjasama dengan rakan niaga dari seluruh dunia, kebanyakannya memimpin jenama dalam kategori masing-masing.

Leave a Reply