Snapchat Lancar Siri Animasi Terbaru Bitmoji TV Kepada Penggunanya

Snapchat Bitmoji TV

Snapchat Lancar Siri Animasi Terbaru Bitmoji TV Kepada Penggunanya | Siapa yang tidak inginkan rancangan TV sendiri? Snap Inc. kini memberikan peluang kepada pengguna Snapchat untuk membintangi siri animasi pendek mereka sendiri yang dikenali sebagai Bitmoji TV!

Bitmoji TV

Siri Bitmoji TV kini mula ditayangkan secara eksklusif kepada pengguna Snapchat di halaman Discovery. Menggunakan Bitmoji, avatar digital peribadi yang disuai untuk menyerupai pengguna Snapchat, setiap episod siri ini akan dibintangi oleh anda dan rakan-rakan anda dalam pelbagai genre siri TV. Tunjukkan bakat anda dalam rancangan aneka ragam atau pun berlakon sebagai seorang detekfif dalam rancangan jenayah thriller. Anda juga boleh membintangi sitkom dan buat penonton tidak kering gusi dengan lawak jenaka anda!

Bitmoji TV mengetengahkan penggunaan Bitmoji oleh Snap Inc. sebagai satu cara berkomunikasi menggunakan lebih daripada sekadar teks dan emoji. Pengalaman unik Bitmoji TV ini telah direka khas oleh sebuah kumpulan dalam syarikat Snapchat sendiri (pencipta ciri Bitmoji) di bawah nasihat Ketua Pegawai Eksekutif, Pengarah Kreatif dan Pengasas Bersama syarikat Ba BlackStock.

Dibintangi oleh Anda dan Rakan Karib
Anda dan rakan-rakan anda adalah barisan pelakon siri Bitmoji TV! Siri ini akan menampilkan anda dan rakan Snapchat terkini anda dalam pelbagai pengembaraan menarik. Setiap musim Bitmoji TV akan mempunyai 10 episod dan akan ditayangkan secara mingguan setiap hari Sabtu. Pada tahun lepas, Laporan Friendship Snapchat telah menunjukkan bahawa 30% orang di Asia Tenggara bersetuju bahawa perbualan dalam talian membuatkan mereka lebih ceria dan lucu. Oleh itu, yakinlah bahawa perbualan anda akan menjadi lebih menarik dengan Bitmoji TV! Belum mempunyai rakan untuk siri anda? Hantar Snap dan pastikan anda dan rakan anda ada di dalam skrin yang sama!

Lebih Banyak Kandungan dalam halaman Discovery
Bitmoji TV adalah satu lagi kandungan interaktif yang tersedia dalam halaman Discovery. Jangan terlepas untuk saksikan episod terkini dengan melanggan bagi mendapat notifikasi apabila ia ditayangkan. Selain kandungan tersusun video versi menegak dengan lebih daripada 10 juta tontonan pada suku ketiga 2019, halaman Discovery juga mempunyai hiburan lain seperti Bitmoji Stories yang menampilkan Bitmoji anda dalam satu siri jalur komik dengan rakan-rakan anda di samping rancangan Snap Originals yang lain.

Alami pengalaman sebagai seorang bintang pujaan dan mulakan perjalanan Bitmoji TV anda dengan mengimbas Snapcode ini menggunakan aplikasi Snapchat anda!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *