Sos Berperisa Tiram Kimball, Satu Sudu Je Untuk Masakan Penuh Perisa

Kimball Satu Sudu Je

Sos Berperisa Tiram Kimball, Satu Sudu Je Untuk Masakan Penuh Perisa |  Warga Malaysia semakin bijak mencari jalan menjimat wang disebabkan peningkatan kos sara hidup tahun demi tahun. Demi mengurangkan perbelanjaan rumahtangga, semakin ramai pengguna kini memilih untuk memasak di rumah.

 

Kimball, jenama penyelesaian kulinari yang mempunyai warisan lebih 40 tahun menyedari bahawa orang Malaysia sentiasa mencari resipi yang lazat lagi jimat yang boleh dimasak di rumah, telah melancarkan kempen ‘Kimball Satu Sudu Je’ yang mengetengahkan keunikan Sos Berperisa Tiram Kimball.

Sos tiram adalah perisa utama dalam masakan Asia dan digunakan dalam kebanyakan masakan sayur goreng; sebagai penambah perisa mi atau nasi; menaikan rasa makanan laut, ayam, daging serta menambahkan perisa sos pencicah. Dalam waktu di mana semakin ramai tukang masak yang mula menyedari mengenainya, sos versatil dan enak ini telah mula digunakan dalam sajian Barat termasuklah pai, kaserol dan kuah.

Selaras dengan Kempen “Kimball Satu Sudu Je”, jenama ini telah mencipta satu siri resipi yang hanya memerlukan satu sudu makan Sos Berperisa Tiram Kimball untuk menghasilkan pelbagai masakan harian yang lazat lagi jimat. Siri resipi bijak Kimball ini hanya memerlukan tiga langkah yang mudah untuk disempurnakan di rumah, baik oleh mereka yang banyak berpengalaman di dapur mahupun mereka yang baru berjinak dengan memasak.

Sos Berperisa Tiram Kimball mengandungi lebih banyak kebaikan tiram berkualiti terpilih yang kaya dengan perisa. Ia dirumuskan tanpa menggunakan pengawet, yang juga mempunyai keseimbangan rasa savuri dan kemanisan yang mampu meningkatkan masakan anda ketahap kelazatan yang lebih tinggi. Selain daripada menambah dimensi baru dan kesan terhadap rasa, Sos Berperisa Tiram Kimball ini mampu memperhebatkan masakan anda dengan memperkayakan warna dan kepelbagaian rasanya.

Pengarah Pemasaran Campbell Soup Asia Tenggara Sdn. Bhd., Michelle Nunis berkata, peningkatan kos sara hidup menyebabkan lebih ramai orang memilih untuk memasak di rumah, dan sememangnya mereka mengingini nilai yang berpatutan dan perisa yang lebih baik.

“Kimball menyedari citarasa dan keinginan orang ramai. Dengan demikian, Kimball telah melancarkan resipi bijak yang hanya memerlukan satu sudu makan Sos Berperisa Tiram Kimball. Resepi-resipi ini termasuk Daging Goreng Kimball dengan Sos Tiram Kimball;  Ayam ‘Kung Pao’ Kimball dan Sup Kepala Ikan bersama Tauhu Kimball. Setiap masakan ini mencukupi untuk 4 hingga 5 orang, dan boleh disiapkan dengan kos yang tidak melebihi RM12. Gabungkan kesemua masakan yang mudah disediakan ini boleh menjadi hidangan lengkap yang akan menceriakan citarasa seluruh keluarga,” jelas Pn Nunis.

Kimball Sos Tiram 255gKimball Sos Tiram 510g

Sos Berperisa Tiram Kimball  boleh didapati dalam dua  saiz iaitu 225g dan 510g. Menggunakan botol 255g anda boleh memasak lebih kurang 17 kali manakala botol 510g boleh menghasilkan 34 kali menggunakan resipi bijak Kimball. Sos Berperisa Tiram Kimball ini boleh didapati diseluruh negara pada harga jualan runcit disyorkan (termasuk GST) RM3.45 dan RM5.45.

Untuk lebih maklumat mengenai Sos Berperisa Tiram Kimball  dan barisan produk Kimball yang lain serta pelbagai pilihan resepi bijak yang lazat sila layari laman web Kimball di pautan  www.kimball.com.my/ atau log masuk ke laman Facebook mereka di www.facebook.com/KimballMalaysia/.

 

Resepi Daging Goreng Kimball dengan Sos Tiram Kimball

Daging Goreng Kimball dengan Sos Tiram Kimball

Masa Penyediaan: 15 minit
Masa memasak: 15 minit
Saiz hidangan: 5 orang

Bahan-bahan:
200 g daging lembut, dihiris halus
3 sudu besar minyak
2 cm halia, dihiris halus
3 labu bawang putih, dilenyek

Sayur-sayuran:
1 – 2 biji cili merah, dihiris kasar
1 biji bawang merah bersaiz sederhana dipotong besar
½ biji lobak merah dihiris halus
¾ cawan sayur campur, dipotong sederhana*
2 tangkai daun bawang, dipotong sepanjang 4 cm
*Lada benggala merah atau hijau, brokoli atau kobis bunga

Untuk Perapan:
1 sudu besar gula
½ sudu besar  garam
½ sudu besar lada putih
1 sudu besar sos karamel pekat
2 sudu besar  tepung jagung

Untuk Sos:
1 sudu besar Sos Berperisa Tiram Kimball dicampur dengan 75 ml air

Cara Penyediaan:

  1. Gaulkan hirisan daging dengan perapan dan biarkan selama 10 minit.
  2. Panaskan 1 ½ sudu besar minyak dalam kuali yang diletakkan di atas api kuat dan tumis halia bersama bawang putih selama 3 hingga 4 minit sehingga kekuningan. Tambahkan sayuran (kecuali daun bawang) dan tumiskan sehingga keemasan di atas api kuat selama 5 – 7 minit. Alihkan sayuran dari kuali.
  3. Tambah minyak dalam kuali dan tumiskan daging selama 7 – 8 minit. Masukkan semula sayuran tadi dan tambahkan adunan sos. Apabila sos memekat, tambahkan daun bawang dan masakkan selama 30 saat. Hidangkan bersama nasi panas.


Resepi Ayam ‘Kung Pao’ Kimball

Ayam ‘Kung Pao’ Kimball

Masa Penyediaan: 15 minit
Masa memasak: 15 minit
Saiz hidangan: 5 orang

Bahan:
400 g ayang, dibuang tulang dan dihiris menjadi kiub bersaiz 2 cm
10 biji cili kering, dipotong sepajang 3 cm
3 sudu besar minyak
2 cm halia dihiris halus
3 labu bawang putih, dilenyek
100 g kacang yang dipanggang
2 tangkai daun bawang, dipotong sepanjang 4 cm
1 biji bawang merah bersaiz sederhana dipotong besar

Untuk Perapan:
1 sudu besar Sos Berperisa Tiram Kimball
1 sudu besar gula
½ sudu besar  garam
½ sudu besar lada putih
1 sudu besar sos karamel pekat
2 sudu besar  tepung jagung

Cara Penyediaan

  1. Gaulkan cebisan ayam dengan perapan sehingga rata dan biarkan selama 10 minit.
  2. Panaskan minyak di dalam kuali di atas api sederhana dan tumis cili selama 2 minit kemudian ketepikan. Tumis bawang putih bersama halia dalam lebihan minyak sehingga keemasan. Tambahkan bawang dan tumiskan selama dua minit sebelum masuk serta gaulkan perapan ayam.
  3. Tumiskan menggunakan api kuat selama 8-10 minit. Tambahkan kacang, cili kering dan daun bawang. Tumiskan selalma satu minit. Hidangkan dengan nasi panas.

Resepi Sup Kepala Ikan Kimball & Tauhu

Sup Kepala Ikan Kimball & Tauhu

Masa Penyediaan: 15 minit
Masa memasak: 15 minit
Saiz hidangan: 5 orang

Bahan-bahan:
600 g kepala ikan, dipotong kepada cebisan sepanjang 6 cm
¼ cawan minyak
4 labu bawang putih, dipotong kasar
3 cm halia, dihiris halus
1 liter air
1 sudu besar Sos Berperisa Tiram Kimball
2 keping tauhu putih, dipotong kepada cebisan sebesar 5 cm
2 tomato

Untuk Hiasan:
2 tangkai daun bawang, dihiris halus
1 tangkai daun saderi, dihiris halus
3– 4 sudu besar bawang goreng

Cara Penyediaan:

  1. Panaskan miyak di dalam kuali menggunakan api sederhana dan goring cebisan kepala ikan dalam beberapa kumpulan sehingga kekuningan dan alihkannya ke dalam pinggan supaya ia masak sendiri.
  2. Panaskan dua sudu besar minyak dalam kuali dan tumis bawang putih serta halia sehingga keemasan. Tambahkan Sos Berperisa Tiram Kimball kemudian masukkan cebisan kepala dan tumis selama 15 minit.
  3. Tambahkan tauhu dan tomato dan tumiskan selama 5 minit. Taburkan hiasan dan hidangkan bersama nasi panas.

 

Leave a Reply