ST Rosyam Mart SALE-A-BRATION Dapat Sambutan Hebat

ST Rosyam Mart

ST Rosyam Mart SALE-A-BRATION Dapat Sambutan Hebat | Bermula 15 sehingga 23 September 2018, ST Rosyam Mart yang terletak di Setiawangsa KL menganjurkan jualan SALE-A-BRATION dengan harga runtuh. Pasaraya ini dibuka 24-jam dan anda boleh membeli belah mengikut masa kesesuaian anda.

ST Rosyam Mart di Setiawangsa KL
[ foto kredit: Sri Ternak website ]

ST Rosyam Mart ini dibuka pada 1 Jun 2018 dan belum lagi ada pelancaran sempena pembukaannya. Jadi jualan SALE-A-BRATION ini dikira sebagai pelancaran secara tidak langsung. Pada 15 September lepas Naz dijemput untuk membuat liputan dan alangkah terperanjatnya bila melihat kawasan sekitar Setiawangsa ini betul-betul jam. Setiba di perkarangan ST Rosyam Mart, terdapat barisan manusia yang panjang menunggu giliran untuk masuk ke pasaraya ini. Hebat penangan branding Datuk Rosyam Nor ni, dan tahniah buat ST Rosyam Mart.

Datuk Rosyam turun bertemu dengan pengunjung ST Rosyam Mart
Bersama pengunjung dan peminat
pengunjung yang sudah selesai membeli belah dan tak lepaskan peluang untuk bergambar bersama Datuk Rosyam

Sejarah ST Rosyam Mart
Datuk Rosyam Nor memang berminat dalam bidang pertanian selain berlakon. Oleh kerana minat itu, beliau sudah memiliki ladang Nangka Madu dan Durian Belanda yang menghasilkan pengeluaran yang bagus. Datuk Rosyam telah bertemu dengan Datuk Raymomd (Sri Ternak Group of Companies) untuk memasarkan produk pertaniannya melalui Sri Ternak. Selepas beberapa perbincangan pada tahun 2015, lalu terhasillah ST Rosyam Mart.

Sri Ternak Group of Companies

Di pasaraya ini anda akan dapati barangan tangkapan hasil laut seperti ikan, udang, sotong dan sebagainya adalah segar dan jauh lebih murah dari pasaraya lain. Inilah kelebihan gandingan Datuk Rosyam dengan Sri Ternak. Selain daripada itu, barangan hasil ternakan, sayur-sayuran, buah-buahan dan pelbagai barangan lagi boleh didapati di pasaraya ini.

menjamu selera di ruang kedai di luar ST Rosyam Mart

Promosi SALE-A-BRATION
Sempena promosi SALE-A-BRATION ini anda boleh membeli belah dengan menikmati harga runtuh yang ditawarkan. Video promosi Datuk Rosyam dah viral dan memang berpusu-pusu orang ramai datang untuk mendapatkan antaranya ayam seekor pada harga RM0.88, kentang pada harga RM0.18 dan bermacam-macam lagi.

Hari ke-2 sambutan orang ramai tetap hangat, lihat sahaja update dari instagram @iamrosyam.

Langkah ST Rosyam Mart seterusnya
Sambutan yang menggalakkan dan tak putus-putus sejak 1 Jun yang lalu memberikan semangat dan keyakinan untuk mengembangkan lagi branding ST Rosyam Mart dengan membuka beberapa lagi cawangan mereka. Menurut Datuk Rosyam, pihak pengurusan sudah mengenal pasti 3 lokasi berpotensi untuk pengembangan pasaraya ini yang terletak di Melaka, Bangi dan Shah Alam. In Shaa Allah, jika semua berjalan lancar pasaraya yang 3 kali lebih besar dari yang ada sekarang ini akan beroperasi ada tahun 2019 nanti.

Daatuk Raymond dan Datuk Rosyam berusaha untuk memajukan lagi ST Rosyam Mart ini
Ucapan Selamat Hari Malaysia

Naz ingin mengucapkan sekalung tahniah kepada Datuk Rosyam Nor dan Datuk Raymond atas pembukaan ST Rosyam Mart ini dan mendoakan kejayaan berterusan. Jangan lupa jemput lagi nanti ya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *