Suhan Movies Persembahkan Rempit Sampai Langit

Rempit Sampai Langit Logo1

Suhan Movies Persembahkan Rempit Sampai Langit |  Penggambaran siap pada tahun 2015 dan kini barulah siap. Pelik juga filem komedi pun ambil masa lama nak siapkan….rupanya ini bukan sebarang filem komedi tapi filem komedi yang ber CGI! Tayangan Perdana Rempit Sampai Langit telah diadakan buat para media pada 14 November 2017 di MMCineplexes, eCurve Mutiara Damansara, Petaling Jaya.

Rempit Sampai Langit Poster

Pertama sekali filem ini sekadar hiburan dan begitu santai untuk tontonan sekeluarga. Akan masuk ke pawagam seluruh Malaysia bermula 23 November 2017 nanti. Menampilkan barisan pelakon seperti Ajak Shiro (Kudin) sebagai teraju utama yang bergandingan bersama Nabila Huda (Comel) dan Tauke Jambu. Turut beraksi dalam filem ini adalah Reen Rahim, Jay Iswazir, Cristina Suzanne, Ruminah Sidek, Abu Bakar Juah, Bil Azali, Indera Hafiz dan Abdul Rahman Suud.

Sinopsis Rempit Sampai Langit

Rempit Sampai Langit mengisahkan tentang Kudin yang membuat keputusan untuk menyertai geng Mat Rempit bagi memenangi kembali hati teman wanitanya, namun menemui kegagalan. Kehidupan Kudin yang suram akibat kekecewaannya berubah apabila dia bertemu dengan seorang saintis Arab yang telah menghadiahkannya dengan sampel petrol ‘magik’ yang mampu menjadikan motornya ‘terbang’. Fenomena kejadian motor terbang milik Kudin menjadi viral sehingga membuatkan Kudin hanyut dalam dunia glamor.

Ajak Shiro dan Nabila Huda

Tayangan perdana dihadiri oleh barisan pelakon dan tenaga kerja produksi filem tersebut turut dimeriahkan dengan kehadiran hampir 200 orang ‘Mat Motor’ serta persembahan pentas oleh penyanyi lagu tema Sampai Langit, Usop, finalis Mentor Milenia 2017.

Kini Suhan Movies kembali menggamatkan pawagam dengan sebuah filem bergenra aksi-komedi arahan Silver Chung, setelah hampir dua tahun tidak mengeluarkan filem, Filem ini merupakan arahan kedua Silver bersama Suhan Movies selepas filem Balistik. Menurut Datuk Rosyam Nor selaku penerbit filem ini, Rempit Sampai Langit bakal mengangkat martabat filem komedi sedia ada dengan garapan cerita yang istimewa daripada Silver disamping sentuhan magis Viper Studios yang telah menyempurnakan filem ini melalui teknologi imej janaan komputer (CGI) yang luar biasa.

Barisan Pelakon Rempit Sampai Langit

Jangan lupa terjah panggung 23 November 2017 ini untuk saksikan filem aksi-komedi Rempit Sampai Langit.

Untuk maklumat lanjut mengenai Rempit Sampai Langit, ikut feed dari akaun

Instagram:
www.instagram.com/RempitSampaiLangit

Suhan Movies
www.facebook.com/SuhanMovies
www.instagram.com/SuhanMovies
www.youtube.com/SuhanMovies

 

MENGENAI SUHAN MOVIES
Suhan Movies adalah sebuah syarikat produksi tempatan milik Datuk Rosyam Nor yang menerbitkan filem komersil, filem korporat, drama, dokumentari, video promosi serta video muzik bagi tayangan di pawagam, televisyen serta online.

4 thoughts on “Suhan Movies Persembahkan Rempit Sampai Langit

Leave a Reply