Sunday Night Live Disemarakkan Dengan Kumpulan Legenda Rock Tanahair ‘Lefthanded’

Sunday Night Life HRC KL

Sunday Night Live Disemarakkan Dengan Kumpulan Legenda Rock Tanahair ‘Lefthanded’ | Mengikuti kejayaan kumpulan WINGS yang membuka tirai pentas Sunday Night Live (‘SNL’) pada 6 Oktober lalu dengan persembahan ‘laku keras’ (sold out), sebuah lagi kumpulan rock legenda tanahair bakal mengegarkan Hard Rock Café Kuala Lumpur untuk edisi kedua SNL pada Ahad, 1 Disember 2019, jam 10.30 malam!

Sunday Night Live

Kumpulan LEFTHANDED yang kini hadir dengan vokalis, Datuk Nash (Jamaluddin Hj. Elias) dan pemain gitar utama, Man Kidal (Rahman Mahmood) kini bersedia untuk menghiburkan peminat dengan lagu-lagu popular mereka yang malar segar dan kekal relevan menjadi siulan ramai seperti ‘Tiada Lagi Kidungmu’, ‘Ku Di Halaman Rindu’, ‘Debunga Wangi’, ‘Seruan’, ‘Cinta 3 Dimensi’ dan banyak lagi.

Setelah lebih empat tahun tidak mengadakan persembahan bersama, kedua-dua Datuk Nash dan Man Kidal menjanjikan pengalaman terhebat buat peminat yang merindui akan kelibat LEFTHANDED.

Vokalis LEFTHANDED, Datuk Nash berkata, “Buat julung kalinya, pentas Sunday Night Live pada 1 Disember ini akan menyaksikan LEFTHANDED membuat kembali ‘reunion’ selepas lebih dari empat tahun membawa haluan masing-masing. Kali terakhir kami membuat persembahan bersama adalah di sebuah majlis anugerah berprestij pada tahun 2014. Ini merupakan peluang terbaik saya dan saudara Man Kidal untuk kembali bersatu dan membuat kemunculan semula demi peminat yang sentiasa setia menyokong kami. Saya yakin, malam tersebut akan membawa peminat mengimbau semula memori dan nostalgia sepanjang hampir 40 tahun kewujudan LEFTHANDED dalam persada seni.

Istimewanya pentas SNL ini lagi, kami akan turut menyampaikan beberapa lagu medley; gabungan dari lagu-lagu popular kami sebelum ini. Sejujurnya, saya juga cukup teruja apabila anak kepada bekas pemain dram kami, arwah Man Dayak, Mohamad Nurhafiz @ Hafiz, bersetuju untuk menjayakan ‘showcase’ ini, juga di posisi yang sama dengan arwah orang tua beliau. Hafiz ternyata seorang pemain dram yang berbakat besar dan sentuhan arwah Man Dayak terlihat jelas ketika Hafiz beraksi di sesi latihan kami. Beliau mewarisi bakat bapanya.”

Selain dari Datuk Nash di bahagian vokal, Man Kidal, gitar utama dan Hafiz, dram, di pentas SNL ini, LEFTHANDED akan turut mempertaruhkan Halizor Hussein (gitar bass), Rizal Abdul Halim (gitar kedua) dan Rozario Gulam Rasul (keyboard).

Lefthanded

Tiket boleh dibeli di Hard Rock Café KL dengan harga RM100 (termasuk satu minuman ringan). Peminat juga boleh mendapatkan barangan cenderahati eksklusif LEFTHANDED seperti t-shirt, topi dan banyak lagi di kaunter khas yang disediakan di lokasi. 

Sunday Night Live adalah platform yang mengetengahkan artis-artis popular dan juga baru, bagi memberi peluang kepada peminat untuk berhibur dengan persembahan artis kegemaran mereka secara live. Inisiatif ini merupakan komitmen Hard Rock Cafe KL untuk terus menyokong kehadiran artis-artis tempatan. Untuk sebarang info lanjut mengenai SNL, hubungi +603 2715 5555.

#LefthandedHRCKL

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *