Sunny Queen Restoran Hipster di Sunway Pyramid

Sunny Queen Restoran Hipster di Sunway Pyramid |  Tempat duduk pelbagai tema dengan dekorasi yang menarik memang hipster sangat. Ditambah pula hidangan fusion ala Itali memang menarik untuk dijadikan tempat untuk bersama keluarga dan teman-teman sambil menikmati hidangan menarik. Inilah restoran Sunny Queen sebuah restoran yang berasal dari Taiwan kini dibuka di Sunway Pyramid.

Sunny Queen Entrance
Mesti takan miss sebab ada huruf S dan Q yang besar di pintu masuk

Restoran Sunny Queen ini teretak di Blue Atrium LG1 berhadapan dengan Starbucks, berdekatan dengan pintu keluar ke Sunway Lagoon. Anda cari saja pintu gerbang yang mempunyai huruf SQ yang besar di pintu masuk utama mereka.

Bagi pengemar makanan Itali, anda akan rambang mata sebab terdapat 21 jenis pasta, 7 jenis pizza, 6 jenis Risotto dan 6 jenis Steak. Jadi tiada alasan nak makan apa kan!

Senyum dalam kelaparan
semua tu senyum dalam kelaparan

Sebelum Naz tunjuk apa yang dijamu pada geng blogger, nak cerita sikit dekorasi dalaman di Sunny Queen ini. Di sini terdapat beberapa jenis tempat duduk untuk 2 orang, 4 orang, 6 orang, 8 orang dan sehingga 12 orang dengan siap ruang khas untuk acara istimewa seperti sambutan harijadi, lain-lain keraian dan sebagainya.

SQ - 2 pax
Meja 2 pax
SQ - 4 pax
Meja 4 pax
SQ - 6 pax
Meja 6 pax
SQ - 8 pax
Meja 8 pax (camtuman meja 4 pax)
SQ - 12 pax
MEja 12 pax, sesuai untuk majlis reunion atau sambutan harijadi

Dekorasi di sini memang menarik dan anak-anak pasti suka sebab ada bangku berbentuk haiwan untuk mereka guna.

Menarik perabot hiasan mereka
Menarik perabot hiasan mereka

Ok sekarang jom tengok apa yang dihidangkan. Bagi menyegarkan tekak yang haus, terdapat pelbagai air buah-buahan untuk anda rasai. Fuh terlioq tengok Mango Smoothie dan Berry Smoothie nie.

Berry & Mango Smoothies
BerrySmoothie (RM23) & Mango Smoothies (RM20)

Lihat sahaja pasta yang dihidangkan kepada kami….5 jenis pasta iaitu…

Clams Pesto Spaghetti
Clams Pesto Spaghetti (RM26)
Squid Ink Cuttlefish Spaghetti
Squid Ink Cuttlefish Spaghetti (RM44)
Squid Ink Mixed Seafood Spaghetti
Squid Ink Mixed Seafood Spaghetti (RM38)
Tomato Sauce Spicy Beef Spaghetti
Tomato Sauce Spicy Beef Spaghetti (RM32)
Creamy Lemon Chicken Spaghetti
Creamy Lemon Chicken Spaghetti (RM20)

Dari segi rasa menarik dah ada sentuhan rasa Malaysia iaitu pedas. Nak pedas lagi, jangan lupa bagitau masa membuat pesanan.

Nie pula nasi, orang Itali panggil Risotto. Ada pelbagai rasa yang boleh anda pilih….ingat ada 6 jenis tau dan yang gemar cheese boleh cuba Truffle Parmesan Cheese Risotto.

Porcini & Mushroom with Creamy Sauce Risotto
Sempat rasa Porcini & Mushroom with Creamy Sauce Risotto (RM32) aje….yang lain sudah di hijack

Tak makan spaghetti dan nasi, ayam pun ada! Boleh pilih Dancing Queen atau Monreal Roast, separuh ayam  yang dihidangkan bersama fries dan salad.

Dancing Queen (Half)
Dancing Queen (Half) ini berharga RM28
Monreal Roast (Half)
Monreal Roast (Half) juga berharga RM28

Dari segi harga, hidangan bermula dari RM10 hingga ke RM60…

Menu Sunny Queen
Menu Sunny Queen

Jadi kalau ke Sunway Pyramid, bertambah pilihan lagi nak makan kat mana kan…. Jom cuba Sunny Queen.

Untuk mengetahui promosi terkini dari Sunny Queen, sila follow facebook page mereka di www.facebook.com/SunnyQueenMalaysia

Leave a Reply