‘Suri Katriana’ Naskah Melodrama Terbitan Terbaru Astro Prima

image008 (1)

‘Suri Katriana’ Naskah Melodrama Terbitan Terbaru Astro Prima | Drama bersiri sepanjang 49 episod, ’Suri Katriana’ merupakan sebuah naskah asal yang mengangkat genre melodrama berat terbitan pihak Astro Prima dengan kerjasama syarikat produksi MIG Production Sdn Bhd, arahan sutradara Mohd Fazli Yahya atau lebih dikenali dengan Pali Yahya.

Tonggak utama Suri Katriana - Zul Huzaimy, Ernie Zakri, Umi Nazeera dan Hasnul Rahmat

Drama ‘Suri Katriana’ ini akan berdurasi selama 60 minit setiap episod dan bakal bersiaran secara eksklusif pada setiap hari Isnin hingga Jumaat, jam 6.00 petang mulai 30 Oktober 2019 menerusi slot Tiara secara eksklusif di saluran Astro Prima (105) dan Prima HD (121).

Untuk pilihan yang fleksibel, drama ini juga turut boleh diakses menerusi aplikasi Astro GO dan perkhidmatan ‘on demand’

“Seperti yang kita lihat, trend penerbitan drama sering berubah mengikut peredaran masa. Kita pernah melalui fasa yang mana naskhah-naskhah berat sering menjadi pilihan di kalangan khalayak penonton suatu ketika dahulu. Kini, kecenderungan selera penonton beralih pula kepada kandungan hiburan yang lebih ringan dan bersifat santai untuk dinikmati.

Naskah melodrama ‘Suri Katriana’ papar kisah konflik persahabatan dan kekeluargaan, pengkhianatan, dilema perhubungan dan perselingkuhan

Suri Katriana poster

Biarpun trend tersebut terbukti menjadi kegilaan ramai sehingga mencetuskan fenomena luar biasa, namun masih ada segelintir penonton yang mahukan keseimbangan pada pola penerbitan drama Melayu tempatan.

Selaku stesen televisyen berbayar, Astro harus pantas dalam menyusun strategi bijak kerana kami mempunyai tanggungjawab sosial untuk terus menghasilkan pengisian hiburan secara kreatif dan seimbang khusus buat para pelanggan yang semakin bijak dan selektif dalam memilih kandungan yang mahu ditonton.

Kebelakangan ini, Astro Prima sering menerbitkan kandungan drama yang mengetengahkan format adaptasi kerana fenomena tersebut terbukti mendapat sambutan memberangsangkan. Namun begitu, kami merasakan naskhah asal juga memiliki kekuatan tersendiri daripada segi penceritaan bagi memberi kelainan dan variasi kepada penonton. Kami juga cukup teruja untuk bekerjasama dengan MIG Production dan penerbit, Mejar (K) David Teo dalam penghasilan naskhah ini kerana ia merupakan salah satu karya asal bersiri panjang yang dihasilkan rumah produksi ini. Seperti ramai sedia maklum, kekuatan MIG juga turut terletak pada karya-karya adaptasi justeru penghasilan ‘Suri Katriana’ ini sudah tentu akan mencetuskan kelainan.

Semoga kerjasama yang terjalin di antara Astro Prima dan MIG Production ini berjaya mencetuskan kelainan dan mampu meletakkan ‘Suri Katriana’ sebagai sebuah drama yang paling ditunggu-tunggu oleh penggemar dan peminat drama Melayu sekaligus mengumpul kelompok peminatnya yang tersendiri.”, menurut Norzeha Salleh, Pengurus Saluran Astro Warna, Prima & In Trend

Sinopsis Drama

‘Suri Katriana’, mengisahkan tentang pergolakan dan cabaran hidup yang perlu ditempuhi seorang gadis cantik bernama Suri (lakonan Ernie Zakri), yang begitu meminati seni tari, namun tidak dapat meneruskan pembelajaran kerana kekangan kewangan.

Selepas dari kematian ibu bapanya, keadaan semakin mendesak sehingga Suri membuat keputusan untuk berkahwin dengan Tuan Syed Sadiq (lakonan Hasnul Rahmat), bekas majikan arwah ibunya yang selama ini banyak membantu kehidupan mereka. Suri turut digilai oleh rakan sekampungnya iaitu Faizal (lakonan Zul Huzaimy). Kematian ibu Suri ada kena mengena dengan Farid. Selepas berkahwin, Suri berpindah dan kehidupannya cukup lain dari sebelum ini. Beliau kembali sebagai Kat (lakonan Umi Nazeera), yang ingin menuntut bela di atas apa yang berlaku kepada dirinya dan ibunya. Rahsia kematian ibunya serta rahsia perubahan pada dirinya akhirnya terbongkar dan pada ketika itu kehidupan Suri terus dibelenggu dengan dugaan. 

Barisan pelakon drama Suri Katriana

Barisan Pelakon

Ernie Zakri sebagai Suri

Ummi Nazeera sebagai Katriana

Aishah Azman sebagai Yasmin

Nadiya Nisaa sebagai Saerah

Ezzaty Abdullah sebagai Edora

Zul Huzaimy Marzuki sebagai Faizal

Nazim Othman sebagai Daniel

Hasnul Rahmat sebagai Tuan Syed Sadiq

Rozita Che Wan sebagai Puan Sofea

Datin Fadilah Mansor sebagai Mak Limah

Eleena Sui sebagai Amanda

Ryzal Jaafar sebagai Rizal

Ku Zara Eryna sebagai Liyana (5 tahun)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *