Susu Fernleaf UHT Kebaikan Semulajadi Dari New Zealand

100Mmmmm Kebaikan

Susu Fernleaf UHT Kebaikan Semulajadi Dari New Zealand |  Susu merupakan sumber makanan semula jadi yang kaya dengan khasiat kalsium yang diperlukan oleh tubuh badan manusia. Kalsium sememangnya diperlukan oleh kanak-kanak untuk merangsang tumbesaran dan pembentukkan tulang yang kuat. Sebab itulah kanak-kanak diberikan susu sebagai sumber pemakanan mereka dari seawal kelahiran lagi. Tahukah anda, selain khasiat kalsium susu juga mengandungi nutrien dan vitamin-vitamin lain? Kali ini, Naz nak kongikan kebaikan semulajadi yang ada pada susu Fernleaf UHT…

Pek Susu Fernleaf UHT

Susu Fernleaf UHT ini adalah produk tenusu yang diperbuat 100% dari New Zealand. Kenapa New Zealand? Dulu masa belajar Geografi, cikgu Naz ada beritahu New Zealand merupakan negara yang mempunyai padang rumput segar yang sangat luas. Ditambah pula dengan tanahnya yang subur, kadar hujan yang baik serta sinaran cahaya matahari yang banyak menjadikan cuaca New Zealand sesuai untuk penumbuhan padang rumput yang berkualiti tinggi.

padang ragut rumput
kawasan padang rumput ragut berkauliti tinggi yang luas dan segar

Lembu Tenusu New Zealand

Apa kena mengena padang rumput dengan susu? Negara New Zealand antara pengeluar lembu terbesar di dunia dengan anggaran sebanyak 6.5 juta lembu tenusu dan 3.6 juta lembu daging dihasilkan pada tahun 2017[1]. Rumput-rumput segar yang berkualiti tinggi merupakan makanan utama kepada lembu-lembu ini.

Industri tenusu antara penyumbang kepada ekonomi New Zealand. Fernleaf mempunyai lebih dari 140 tahun pengalaman dalam perladangan tenusu. Para peladang mereka terlatih dan berdedikasi memastikan kualiti tertinggi pada setiap peringkat pengeluaran susu.

Lembu-lembu tenusu mereka diberi kebebasan berada di padang rumput pada hari yang cerah dan tidak terkurung di kandang. Hampir 90% masa ini, lembu-lembu tersebut menghabiskan masa mereka meragut rumput yang berkualiti tinggi dan segar. Dengan berada di luar itu juga, secara tak langsung lembu-lembu ini mendapat kandungan vitamin D yang sihat dari cahaya matahari. Ini adalah salah satu teknik yang dapat mengembirakan lembu tersebut dan secara langsung ia dapat menghasilkan susu secara semula jadi dengan tahap vitamin D yang tinggi berbanding lembu tenusu yang dikurung.

Lihat sahaja nutrisi yang terkandung dalam susu Fernleaf ini menjadikan anak Naz aktif riang….

Selain dari vitamin D, susu Fernleaf ini juga kaya dengan protein berkualiti tinggi dan vitamin A yang diperlukan untuk tubuh badan. Inilah warisan dan kepakaran Fernleaf menjadi peneraju industri tenusu di dunia.

Susu Fernleaf UHT Yang 100%Mmmmm

Fernleaf dihasilkan dari 100% susu dari New Zealand dan didatangkan dalam 3 variasi rasa yang sedap iaitu krim penuh (full cream), rendah lemak (low fat) dan coklat (chocolate).

Susu Fernleaf UHT

Anak Naz memang gemarkan susu Fernleaf perisa coklat ini. Selain menjadi minuman untuk sarapan pagi, ia juga untuk kebaikan tumbesarannya yang memerlukan kalsium dan protein yang tinggi. Bila nak ke padang bola, mesti minum sekotak dulu!

Susu Fernleaf UHT ini adalah HALAL dan 100% terjamin kebaikannya untuk semua golongan peringkat umur. Anda boleh dapati dalam pek 1-liter dan 200ml dan tersedia di pasaraya seluruh Malaysia.

Bila ingat susu, ingat kebaikan susu semula jadi Fernleaf!

#FernleafUHT #100Mmmmm


[1] sumber dari STATISTICS NZ

Leave a Reply