Taiwan Kaya Dengan Kebudayaan dan Daya Tarikan Tersendiri

TAIWAN

Taiwan Kaya Dengan Kebudayaan dan Daya Tarikan Tersendiri | Musim cuti sekolah tinggal kurang lebih sebulan lagi sebelum cuti pertenggahan penggal 1 bermula. Dan anda sudah boleh membuat perancangan untuk mencari tempat untuk membawa keluarga anda bercuti kan. Kalau boleh Naz nak rekomenkan kepada anda untuk ke sebuah negara yang Naz tonton di TV baru-baru ini. Negara yang tidak terlalu jauh dari sini dan mempunyai keindahan dan tarikan tersendiri iaitu Taiwan. So Naz nak kongsi kan antara tempat-tempat yang patut anda lawati jika ke Taiwan.

beautiful Taiwan
Keindahan Taiwan dengan Bangunan Taipei 101

Sebelum bercerita pasal Taiwan, elok kiranya kita mencari tiket penerbangan untuk ke Taiwan. Korang boleh cari flights to Taipei, Taiwan dengan mudah di Traveloka. Traveloka ada banyak tawaran daripada syarikat penerbangan antaranya seperti Singapore Airlines promotion. Siapa tak suka benda promo kan? So, korang boleh la recce-recce kalau-kalau korang nak bercuti ke sana. Mana tahu kot-kot kita boleh terserempak dekat sana?

Traveloka

Okay, berbalik kepada Taiwan. Apa tarikan menarik yang kita boleh dapat dekat Taiwan? Taiwan kaya dengan nilai kebudayaannya dan itu yang Naz rasa tertarik sangat dengan Taiwan. Naz suka tengok kawasan peninggalan sejarah, mendengar kisah-kisah disebalik sesuatu tempat dan barang-barang antik yang lama. Kalau korang macam Naz yang suka benda-benda lama dan berseni sikit nih, korang boleh take note antara tempat-tempat menarik yang boleh dikunjungi di sana.

National Palace Museum

National Palace Museum, Taiwan
National Palace Museum [ foto kredit: Department of Information and Tourism,Taipei City Government ]

Okay, orang mungkin kata muzium ni macam boring blah blah blah, tapi bagi Naz, muzium ni golden place untuk tengok and belajar dari sejarah. So muzium ni antara muzium terbesar yang mengandungi artifak zaman pemerintahan China yang lalu. Korang boleh jumpa macam-macam barang lama di sini termasuk barangan yang digunakan ketika kerajaan Chiang Kai-Shek. Ia terletak di 221 Section 2, Zhi Shan Road, Taipei City, 111, Taiwan. Ia dibuka setiap hari dari jam 8:30 pagi hingga 6:30 petang. Pada hari Jumaat dan Sabtu, ia akan tutup pada jam 9:00 malam.

Taroko Gorge

Taroko Gorge, Taiwan
Taroko Girge [ foto kredit: tripsandactivities.com ]

Korang gayat tak? Kalau tak, mungkin korang akan suka pergi sini. Sini tempat macam best untuk korang nak tangkap gambar sebab korang akan berjalan di kawasan pergunungan yang terdapat di Taman Negara Taroko. Bukan setakat tu je, korang akan dapat pergi check out air terjun diorang sekali. Konfem cantik untuk dilihat dengan mata kasar dan mengabadikannya di mata lensa.  Ia terletak di Xiulin Township, 972, Taiwan.

Alishan Scenic Mountain Area

Alishan Scenic Mountain Area
Alishan Scenic Mountain Area [ foto kredit: Alishan National Scenic Area Administration, Tourism Bureau ]

Satu lagi lokasi yang sangat sesuai untuk bergambar ialah Gunung Alishan. Di sini, anda boleh mendaki sehingga ke puncak untuk melihat pemandangan sekeliling yang sangat luas. Ia antara lokasi popular untuk pelancong, mungkin sibuk mengikut musim percutian tertentu. Kalau korang jenis yang suka hiking, then ini aktiviti yang terbaik untuk korang. Ia terletak di Alishan National Scenic Area, Alishan Township, 605, Taiwan.

Maokong

Maokong

Maokong [ foto kredit: Department of Information and Tourism,Taipei City Government ]

Hah, yang ni best. Siapa suka cable car? Siapa suka cable car dan tak gayat, ini tempat yang korang wajib pergi. Wajib, wajib, wajib pergi. Sebab? Sebab dia best. Korang akan berpeluang naik cable car and tengok pemandangan sekeliling yang penuh dengan alam semula jadi. Ini tempat yang terbaik untuk relaks, for sure. Ia terletak di Taipei City, 116, Taiwan.

Dragon and Tiger Pagoda

Dragon and Tiger Pagoda
Dragon and Tiger Pagoda [ foto kredit: Wikipedia ]

Untuk cadangan terakhir, tempat ini wajib pergi sebab ia merupakan antara pembinaan ikonik di sini. Bentuk seni binanya sangat unik. Ia terletak berdekatan dengan Tasik Lotus yang juga merupakan antara lokasi tarikan pelancongan yang terkenal. Pemandangan di sini juga tidak kurang hebatnya. Di sini, anda berpeluang untuk mengenali budaya dan kepercayaan penduduk tempatan. Ia semestinya menarik untuk dipelajari ketika kita bercuti ke negara orang lain, kan? Ia terletak di Liantan Road, Kaoshiung City, 813, Taiwan.

Hah, lima lokasi cadangan yang korang boleh lawati di Taiwan. Kalau tak Naz nak letak je banyak-banyak sikit tapi malangnya masa yang ada agak terhad. Mungkin Naz akan tambah lagi bila-bila Naz free nanti. So, kalau korang dah pernah pergi tempat-tempat ni, sudi-sudi la share korang punya experience. Happy travelling!

Leave a Reply