Telefilem “Kembalikan Syawalku” Menyentuh Hati

Telefilem Kembalikan Syawalku oleh Arie Zaharie Production

Telefilem “Kembalikan Syawalku” Menyentuh Hati │ Kasih sayang ibubapa adalah kekuatan dalam sesuatu keluarga dan kita perlu menghargai mereka ketika mereka masih ada… itulah antara intipati yang Naz dapat ambil setelah menonton tayangan perdana telefilem “Kembalikan Syawalku” terbitan Arie Zaharie Production. Sentuhan pengarah Pitt Hanif dalam telefilem ini mengambarkan perkara yang biasa berlaku di depan mata kita bagaimana kasih sayang ibubapa terhadap anak-anak mereka adalah hingga ke hujung nyawa.

Kembalikan Syawalku-Adengan Pak Jamil dan Mak Pah lari dari hospital

Telefilem “Kembalikan Syawalku” ini bakal bersiaran di Astro Citra dan Mustika HD pada malam raya, 24 Jun 2017 jam 9.00 malam. Membariskan pelakon veteran hebat seperti Sabri Yunus, Fauziah Nawi dan Fatimah Abu Bakar bakal mengusik hati dan perasaan insan yang bergelar anak-anak supaya menghargai ibubapa mereka ketika mereka masih hidup. Lakonan mantap artis veteran ini juga dilegkapkan dengan barisan pelakon muda seperti Syafie Naswip dan Sharifah Amani yang menghidupkan watak masing-masing. Pengambaran telefilem ini berlatarkan suasana kampung dan juga di hospital lama di sekitar daerah Batu Gajah, Perak.

Kembalikan Syawalku-Pitt Hanif memberikan arahan kepada para pelakonnya

 

Telefilem “Kembalikan Syawalku” Sinopsis

Aishah atau Mak Chah (lakonan Fauziah Nawi) tidak sabar hendak berjumpa bakal menantu pada hari raya nanti. Sebelum berpuasa lagi, Mak Chah sundah mula membuat persediaan untuk menyambut hari raya yang meriah berbanding tahun-tahun sebelumnya.

Latifah atau Mak Pah (lakonan Fatimah Abu Bakar)pula tidak sabar hendak menyambut raya kerana inilah pertama kalidia akan beraya dengan anak bongsunya setelah empat tahun anak bongsu itu berada di luar negara.

Akil (lakonan Syafie Naswip) pulak kehilangan thumbdrive yang ada kerja penting didalamnya. Akil menuduh emaknya sudah terbuang thumbdrive tersebut semasa mengemas. Pertama kali Akil meninggikan suaranya kepada emaknya. Mak Chah merajuk…

Akil bergegas ke pejabat dan mendapati thumbdrive itu di atas meja di pejabat. Akil rasa bersalah kerana memarahi emaknya. Namun Akil mengejar masa. Dia perlu mencetakkan dokumen, menjilid, dan menyerahkan kepada majikannya. Dalam perjalanan, Akil ditimpa kemalangan. Dia cedera parah dan tak sedarkan diri.

Sementara itu dirumah, Pak Jamil (lakonan Sabri Yunus) sedang menebang dahan pokok. Walaupun dilarang oleh Mak Pah, Pak Jamil tidak peduli. Akhirnya Pak Jamil jatuh ke tanah. Pak Jamil dikejarkan ke hospital.Kakinya patah! Namun anak-anaknya tidak percaya kerana sebelum ini Pak Jamil selalu menipu kononnya dia jatuh dan masuk hospital semata-mata kerana mahu anak-anaknya pulang.

Kembalikan Syawalku-Pak Jamil jatuh dari pokok

Di hospital, Mak Chah dan Mak Pah berkenalan. Mereka bersembang tentang diri masing-masing. Sekelip mata, hubungan mereka jadi rapat.

Doktor mengesahkan Akil lumpuh dari pinggang ke bawah. Akil sangat kecewa. Dia mula bertanya kenapa dia diberikan musibah ini sedangkan dia tidak pernah menyakiti sesiapa dalam hidupnya.

Pak Jamil pula mengalami kesan sampingan yang serius disebabkan factor usia. Pak Jamil meminta Mak Pah menelefon anak-anak supaya balik. Apabila masing-masing memberi macam-macam alasan, Pak Jamil menyuruh Mak Pah menipu yang kononnya dia sedang nazak.

Pak Jamil sering bertemu semasa menjalani rawatan fisioterapi. Pak Jamil menasihati Akil tentang pelbagai hal terutama tentang takdir. Atas nasihat Pak Jamil, Akil akhirnya sedar tentang segala kesalahan yang dilakukan terhadap Mak Chah. Dia benar-benar insaf. Dia mencari-cari Mak Chah kerana mahu meminta maaf.

Di rumah, Mak Chah sedang memasak rendang dan ketupat. Dia kemudiannya ke bilik Akil untuk mengambil baju Melayu. Mak Chah ternampak dreamboard Akil.  Beberapa gambar perancangan Akil mula terkeluar dari papan tersebut. Salah satu perancangan Akil ialah menghantar Mak Chah ke Mekah.

Kembalikan Syawalku-Akil makan masakan Mak Chah

Takbir raya bergema di awal pagi. Akil membuka mata, ternampak ada sebekas ketupat, rending dan baju Melayu atas meja. Akil terasa amat sedih. Dia mencari-cari Mak Chah. Akil nampak emaknya sedang sujud…

Mak Pah pula mengejutkan Pak Jamil untuk bangun solat Subuh dan bersiap menyambut kedatangan anak-anak…

 

“Saya amat bersyukur kerana ketiga-tiga pelakon veteran bersetuju untuk bekerjasama menjayakan telefilem ini. Tidak perlulah kita mempersoalkakn kehebatan dan juga komitmen yang mereka berikan”, kata Arie dari Arie Zaharie Production.

Selepas tayangan perdana tersebut, majlis berbuka puasa bersama para artis dan anak-anak dari Karimiyah Integrated Islamic School, Rawang diadakan. Turut diadakan sesi penyerahan sumbangan hari raya yang disempurnakan oleh En. Bahrun Ismara (Pengurus Besar, Eryabysuria Hot Spring, Bentong), diiringi oleh En. Amal Ziaq (Pengurus Saluran Astro Citra, Measat Broadcast Network System) dan En. Arie Zaharie (Penerbit, Arie Zaharie Production).

Sumbangan untuk anak-anak dari Karimiyah Integrated Islamic School, Rawang

Jadi jangan lupa menonton telefilem “Kembalikan Syawalku” pada malam ini di saluran Astro Citra dan Mustika HD jam 9.00 malam. Siap sedia tisu untuk mengelap air mata anda…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *