Tempah Kedai Buku BookXcess Dengan Airbnb Untuk Bermalam

Tempah Kedai Buku BookXcess Dengan Airbnb Untuk Bermalam Dengan Buku Kegemaran Anda | Airbnb, syarikat hospitaliti yang dipacu komuniti ini akan memberi peluang bernovel sambil bermalam di BookXcess, kedai buku terbesar di Malaysia. Untuk satu malam sahaja, Airbnb akan mengubah ruang kedai buku terbaru BookXcess di Tamarind Square, Cyberjaya kepada ruang tidur eksklusif untuk acara bermalam ini. Buat pertama kalinya, anda tidak perlu risau dengan tidur anda kerana pelbagai bentuk cerita pengembaraan menanti anda.

tempah BookXcess dengan Airbnb

Kedai buku BookXcess cawangan baru dibuka di Tamarind Square akan disenaraikan dalam Airbnb pada 29 – 30 September 2018, dan menawarkan satu pemenang bertuah dan seorang teman peluang untuk tinggal bermalam pada hujung minggu di kedai buku tersebut. Kontes “Once Upon A Sleepover” bertujuan untuk menggalakkan rasa minat untuk membaca dan pengalaman dari pembacaan buku itu membawa pembaca meneroka ke alam berlainan.

BookXcess Tamarind Square, Cyberjaya

Apa agaknya rasa bila mengendalikan kedai buku yang menempatkan hampir setengah juta buku? Pasangan pemenang akan merasai pengalaman yang berharga dalam aspek pengurusan kedai buku dan menjadi bos sendiri untuk sehari. Pihak BookXcess dan pasukan mereka akan memberi pengalaman eksklusif di belakang tadbir tentang bagaimanan menguruskan sebuah kedai buku. Anda akan merasai pengalaman mengendalikan penyenaraian, belajar memilih buku untuk kedai dan berinteraksi Bersama pelanggan. Juga terdapat sesi “Grab-&-Go” di mana pemenang berpeluang membawa balik sebanyak mana buku yang boleh diambil dalam masa 2 minit – tapi kena ikut peraturan yang ditetapkan seperti:

  • Tidak boleh mengunyah bulu kecuali anda ulat buku
  • Tidak boleh membuat bising yang akan menggangu orang lain
  • Jangan meletakkan buku bertingkat-tingkat sehingga membentuk kubu. Tempat tidur disediakan untuk anda.
  • Jika terlihat raksasa, jangan ganggu ia kerana ia hanya imiginasi anda
  • Jangan menilai buku hanya dari kulit bukunya sahaja.Tiada kemudahan untuk mandi di BookXcess tetapi Airbnb ada untuk para pemenang menyegarkan diri.

Sebelum tidur, para pemenang akan mengambil bahagian dalam kelab buku lewat malam, yang dihoskan oleh BFM89.9 Umapagan Ampikaipakan, untuk membincangkan tentang buku yang kebanyakkannya memberikan inspirasi pengembaraan. Para pemenang akan menjadi pengarang untuk pengembaraan mereka di mana mereka akan menulis tentang pengalaman Airbnb tempatan mereka.

“Mengembara merupakan cara terbaik untuk bertenang dan membaca kisah kesukaan anda,” menurut Siew Kum Hong, Pengarah Serantau Asia Pasifik Airbnb. “Menjangkau lebih dari hanya menempah sebuah rumah dengan ruang bacaan yang kondusif seperti ruang tamu, Airbnb menggalakkan para pengembara untuk mengembara ringan dan meminjam buku dari rak-rak buku yang banyak. Dengan lebih dari lima juta rumah, pengembara bukan sahaja mempunyai perpustakaan global di jari anda tetapi boleh mendapatkan maklumat yang tak ternilai dengan hanya berhubung dengan hos Airbnb yang akan memberi maklumat tentang kedai buku dan buku yang patut diterokai.

Airbnb dan BookXcess

“Kami sungguh teruja untuk berkolaborasi dengan Airbnb untuk projek menarik ini. Kami sentiasa percaya dengan membaca akan membuka peluang untuk memberi inspirasi kepada orang ramai mempunyai impian yang besar dan mengembara melalui pembacaan buku,’ kata Andrew Yap, pengasas BookXcess. “Seperti mengembara, membaca juga akan membawa kita ke suatu perjalanan semakin plot cerita menebal. Acara ini bersama Airbnb terus mengukuhkan kemungkinan seorang kaki pembaca untuk tinggal di dalam kedai buku dan perpustakaan impian mereka. Kami akan berbesar hati kerana dipilih sebagai kedai buku di Malaysia untuk memberikan pengalam yang unik ini kepada pemenang bertuah,” sambung Yap lagi.

Dengan menggalakkan pengembara untuk terus berhubung dengan hos Airbnb dan rak buku mereka, ia akan terus mempromosikan kesinambungan dan kelangsungan cara pengembaraan. Kempen ini bertujuan memberikan kuasa kepada komuniti tempatan dan perniagaan, melangkaui BookXcess, di mana tetamu boleh merasai seperti berada di rumah dengan artisans tempatan di ruang luar sahaja – Kedai Bikin, Real.m, Tish Lifestyle, Hive Remedies dan Roots Remedies.

Maklumat Penyertaan Kontes
Untuk peluang menang, pengembara mesti menjawab soalan tentang buku kegemaran mereka (tajuk dan genre) bawa ketika melancong dan kenapa. Sertai sehingga 11.59 malam pada 20 September 2018. Pada halaman penyenaraian akan disertakan segala butiran arahan bagaimana untuk menghantarkan penyertaan anda. Pemenang akan di terbangkan dari mana-mana di Malaysia. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang kelayakkan dan syarat serta terma kontes ini, sila ke halaman kontes di www.airbnb.com.my/rooms/28351386


About Airbnb
Founded in 2008, Airbnb is a global travel community that offers magical end-to-end trips, including where you stay, what you do and the people you meet. Airbnb uniquely leverages technology to economically empower millions of people around the world to unlock and monetize their spaces, passions and talents to become hospitality entrepreneurs. Airbnb’s accommodation marketplace offers access to millions of places to stay in more than 191 countries, from apartments and villas to castles, treehouses and B&Bs.

With Experiences, people can see a different side to a destination through unique, handcrafted activities run by locals, while a partnership with Resy provides access to the best local restaurants in selected countries. All of this is brought together in one easy-to-use and beautifully designed website and app. https://press.airbnb.com/book-a-bookstore-with-airbnb-today/

About BookXcess
BookXcess has built a reputation for offering a wide selection of books – from bestselling novels, children’s books, cooking and architecture to literature, history, evergreen classics and décor – at hugely discounted prices. As a remainder bookstore, it offers a wide range of overprinted and unsold copies from publishers around the world. The company’s primary aim is to encourage the joy of reading by making books available at affordable prices.

BookXcess opened its first outlet in Amcorp Mall in 2006, and have retail outlets at the Starling, as well as gift stores called BookXcess XS in 1 Utama, SS15 Courtyard, Centro Mall, Klang. In 2018, BookXcess also introduced Malaysia’s biggest 24-hour bookstore at Tamarind Square, Cyberjaya.The company also offers online shopping at bookxcessonline.com to meet the needs of customers outside the Klang Valley. BookXcess is also well-known for organising the annual Big Bad Wolf Book Sale, the world’s biggest book sale under a single retailer.
www.bookxcess.com.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *