Hi, saya NaZ

Hi, saya NaZ atau singkatan kepada Nazlan, adalah nama yang digunapakai dalam blog saya ini. Saya ni hanya blogger sambilan dari sebelah barat Selangor dan menjadikan blog ini tempat saya berkongsi tentang makanan yang saya rasa, tempat-tempat yang saya lawati, acara-acara yang saya sertai, aktiviti-aktiviti yang saya lakukan dan bermacam lagi.

Status NaZ

Merupakan seorang suami kepada seorang isone (isteri) yang sungguh memahami dan penyabar dengan perangai saya. Juga seorang Papa kepada sepasang cahaya mata yang bijak dan kreatif. Seorang yang mempunyai banyak idea seni yang tak terhasil, kadang-kadang pak lawak jugak dan agak kecoh bila cukup korum.

Pengalaman NaZ

Seorang yang mempunyai pengalaman kerja baik sebagai ‘extra’ dalam rancangan tv, menjadi PA untuk rancangan hiburan, menjadi ‘crew’ untuk drama, menjadi pelatih pengurusan mengendalikan bahagian ATM, mengurus produk untuk syarikat telekomunikasi, mentadbir dan mengurus segala macam keperluan pekerja dalam sebuah syarikat, menjadi konsultan dalam perancangan kewangan pelanggan, pengurus jualan untuk sistem pengkabelan berstruktur, memasarkan produk untuk baik fisikal mahupun digital dan macam-macam lagi… pendek kata bagi je apa pun saya akan buat sampai jadi.