Tesco ‘Ambil Alih’ Shopee Untuk Super Brand Day

TESCO Shopee Super Brand Day

Tesco ‘Ambil Alih’ Shopee Untuk Super Brand Day | Tesco Stores (Malaysia) Sdn Bhd bakal ‘mengambil alih’ platform e-dagang, Shopee pada Tahun Baru Cina (CNY) ini melalui acara Super Brand Day (SBD) yang pertama untuk tahun 2020. Kempen selama tiga hari ini berlangsung dari 13 hingga 15 Januari, dengan Super Brand Day pada 15 Januari akan menyaksikan peruncit itu mengadakan diskaun pada barangannya hingga serendah 50 peratus serta terbitan 2,000 keping baucar untuk pelanggan.

Tesco - Shopee Super Brand Day

“Kami tahu bahawa musim perayaan boleh memakan perbelanjaan yang banyak, dan sebagai peruncit terkemuka Malaysia, tumpuan paling besar kami pada tahun baru ini adalah untuk membantu pelanggan kami menguruskan kos sara hidup seharian mereka. Sejak tahun 2016 kami melaburkan usaha kami untuk melancarkan strategi harga jangka panjang, mengekalkan harga kami pada harga yang berpatutan tanpa menjejaskan kualiti demi membantu pelanggan kami,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Tesco, Paul Ritchie.

Ritchie berkata: “Kami kini ingin memperluaskan pendekatan ini kepada pelanggan kami yang berbelanja dengan kami di Shopee. Bersempena dengan debut SBD kami, kami menawarkan sebanyak 2,000 keping baucar untuk direbut oleh pelanggan kami melalui permainan dan pertandingan yang akan diadakan pada platform Shopee semasa tempoh kempen. Melalui langkah ini, kami bukan sahaja membantu pelanggan kami untuk menguruskan kos sara hidup mereka, tetapi juga menjadikannya seronok pada masa yang sama.”

Mengulas mengenai pertumbuhan hypermarket ini dan kerjasama dengan jenama tersebut, Pengarah Urusan Serantau Shopee, Ian Ho berkata, “Tesco adalah nama yang terkemuka dalam dunia pasar raya besar. Mereka semakin berkembang di platform kami sejak bulan Ogos 2018 dan keputusan mereka untuk bekerjasama dengan kami sebagai pasar raya besar pertama pada tahun 2020 untuk menjalankan SBD dan mengambil bahagian dalam Jualan Tahun Baru Cina Shopee kami adalah tanda komitmen mereka untuk mengembangkan lagi saluran e-dagang mereka. Tidak lupa juga bahawa tawaran eksklusif dan promosi tanpa henti daripada Tesco akan memberi manfaat kepada rakyat Malaysia, terutamanya yang meraikan CNY.”

Tesco kini menawarkan1,600 barangan di Shopee, dengan lebih daripada 400 produk berjenamanya sendiri, Tesco Own Brand (TOB). Dalam memperjuangkan produk berkualiti tinggi pada harga yang berpatutan untuk pelanggan, harga rangkaian produk TOB adalah pada puratanya 10 peratus lebih murah daripada jenama terkemuka negara. Malahan, kira-kira 80 peratus daripada TOB dibuat oleh perusahaan kecil dan sederhana tempatan.

Tesco 3-in-1 Coffee (RM7.99) yang terdapat dalam tiga jenis telah meningkat dari segi populariti jika dibandingkan dengan jenama kopi segera yang terkemuka yang lain. Perkara yang sama juga boleh dikatakan mengenai Tesco Teh Tarik (RM8.99) dan Tesco Choco Malt 2kg (RM24.76), yang kini menjadi kegemaran ramai untuk dinikmati ketika minum petang. Detergen pakaian 4.4kg Tesco, yang terdapat dalam bentuk cecair dan dijual dengan harga serendah RM18.99, turut membantu banyak isi rumah Malaysia menguruskan perbelanjaan keperluan isi rumah mereka. Pembuat roti Tesco yang dijual pada harga RM198 juga menjadi perbualan dalam kalangan mereka yang membuat roti kerana ia membolehkan mereka untuk bereksperimen dengan roti yang berlainan perisa.

Rangkaian produk bayi Tesco, iaitu Fred & Flo (dahulu dikenali sebagai Tesco Loves Baby) terus menjadi antara produk terlaris di kedai rasmi Shopee kerana nilai, keselesaan dan kualiti yang sangat baik. Produk Fred & Flo, termasuklah lampin, losyen, dan kain lap bayi, semuanya direka bentuk untuk memenuhi piawaian dari United Kingdom, di samping dihasilkan di Malaysia untuk memastikan harga jualan yang berpatutan. Lampin Fred & Flo pilihan ramai terdapat dalam dua jenis iaitu lampin bayi yang mempunyai pita pelekat atau seluar bayi, dengan saiz boleh didapati daripada S hingga XXL. Kain lap bayi Fred & Flo juga muncul sebagai kegemaran orang ramai untuk ibu bapa serta individu yang hanya menggunakannya sebagai kain pembersih.

“Tesco pada tahun 2013 telah menjadi peruncit pertama di Malaysia untuk melancarkan penghantaran atas talian sendiri melalui Tesco Online, yang telah pun menunjukkan pertumbuhan yang ketara selama ini. Kerjasama kami dengan Shopee pula telah membolehkan kami memperluaskan lagi penembusan atas talian kami dan menjangkau lebih banyak pelanggan atas talian di seluruh negara termasuk pelanggan di Sabah dan Sarawak, di mana kami belum mempunyai cawangan lagi,” kata Ritchie. “Kami komited pada perkongsian strategik jangka panjang dengan Shopee dan Tesco SBD adalah salah satu daripada banyak inisiatif yang telah kami rancang.”

Acara membeli-belah SBD Tesco akan menampilkan promosi hebat, hiburan dan keistimewaan eksklusif. Di samping itu, mereka yang berada di Lembah Klang yang membuat pembelian sebelum jam 2 petang dapat menikmati penghantaran hari berikutnya (tidak termasuk hari Ahad dan cuti umum). Untuk menikmati tawaran menarik Tesco, layari https://shopee.com.my/m/tesco.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *