Tetley Tea Penuh Aroma Inspirasi Britain

Jika anda gemar minum teh dan menghargai setiap titik minuman yang diadun dengan sempurna, bersedialah untuk merasai pengalaman dan kepuasan yang tidak terhingga!  Penggemar teh di seluruh negara akan dapat merasai kenikmatan jenama teh terkenal dari Britain apabila Tetley Tea melancarkan pelbagai perisa tehnya ke dalam pasaran Malaysia.

Sebagai salah satu jenama teh terbesar di dunia yang terdapat di lebih 40 negara, Tetley Tea membawakan kombinasi kepakaran dan warisan kegemilangan British selama lebih 175 tahun ke Malaysia.  Setiap cawan Tetley Tea pasti memberikan kenikmatan, kehangatan dan keseronokan dari tegukan pertama, membolehkan keluarga dan kawan-kawan berkongsi saat-saat indah sambil menikmati secawan teh.

Daun teh yang terbaik
Daun teh yang terbaik dipilih oleh Tetley Master Blenders untuk dibuat minuman yang hebat dan teh-riffic.

Gabungan pengalaman pasukan Pakar Teh profesional yang mencecah lebih 1,000 tahun menjadikan kepakaran adunan teh Tetley tiada tandingan.  Hanya daun teh terbaik dipilih untuk menghasilkan adunan bermutu tinggi jenama tersebut, yang diukur menggunakan bahasa Uhuru yang unik.  Sama ada anda menggemari teh Hitam, Hijau atau Herba, teh Tetley menepati semua keperluan dan cita rasa.

Tetley Tea - Teh Hitam
Teh Hitam Tetley ini sesuai untuk dibuat teh tarik

Daun Teh Hitam Tetley diadun khas oleh Pakar Pengadun Tetley untuk menghasilkan Teh Tarik kegemaran rakyat Malaysia.  Anda juga boleh menambah sentuhan kelainan ke dalam rutin harian anda dengan perisa English Breakfast, Earl Grey atau Chai Spice daripada Tetley.  Kesegaran dan aroma Tetley Green Tea (Teh Hijau Tetley), Green Mint Tea (Teh Pudina Hijau) atau Jasmine Green Tea (Teh Hijau Melur) pasti diminati oleh penggemar teh, manakala teh Camomile Tetley memberikan sentuhan kelembutan dan ketenangan untuk berehat selepas seharian bekerja.

Tetley Tea - Green Tea Jasmine
Green Tea Jasmine penuh dengan kebaikan untuk kesihatan
Tetley Tea - Camomile Tea
Camomile Tea yang menyegarkan
Tetley Tea - English Breakfast Tea
English Breakfast Tea bagi memulakan hari anda…

Rajat Kumar, Ketua Global – Pembangunan Perniagaan, Tata Global Beverages, yang memiliki jenama Tetley, berkata, “Di Tetley, kami percaya bahawa segala yang baik bermula dengan secawan teh, sama ada hari yang ceria, perbualan yang mesra, mahupun detik yang indah.  Itu sebabnya kami benar-benar memastikan kesempurnaan teh kami, setiap langkah dari peringkat tanaman hingga bancuhan teh yang dituang ke dalam cawan.  Setelah menjalankan perniagaan teh sejak 1837, kami kini teruja untuk memberikan pengalaman minum teh kami di Malaysia, dan kami berharap untuk memperkenalkan lebih banyak produk menarik kepada rakyat Malaysia pada masa akan datang.”

Teh Tetley sejuk
Nikmatilah saat-saat yang menyegarkan dengan rakan-rakan dan keluarga dengan teh yang disyorkan Tetley.

Produk Tetley Tea boleh didapati dalam pelbagai bentuk pembungkusan tersendiri, termasuk uncang teh bertali String & Tag, uncang teh bulat, uncang teko teh dan daun teh, dan boleh didapati di kebanyakan pasar raya besar dan pasar raya di seluruh Malaysia.  Uncang teh String & Tag dan uncang teh dalam balang masing-masing berharga RM11.90 dan RM8.90.  Uncang teh, uncang teko teh dan daun teh pula masing-masing berharga daripada RM6.50, RM8.00 dan RM8.90.  Teh Tetley disahkan Halal.

Ladang Teh Tetley
Sebagai ahli Perkongsian Teh Etika, Teh Tetley ditanam di ladang-ladang yang mapan dari negara-negara di seluruh dunia.

Sebagai jenama teh pertama di dunia yang memperkenalkan uncang teh bulat dan uncang teh bertali, Tetley Tea terkenal sebagai pemimpin inovasi, dengan warisan gilang-gemilang dan kehadiran di merata dunia.  Teh Tetley dinikmati di seluruh dunia dan lebih 45 juta cawan diminum setiap hari.  Sebagai ahli Ethical Tea Partnership (Pakatan Teh Beretika), Tetley komited untuk memastikan proses penanaman, penyumberan, pembelian dan pengadunan tehnya dilakukan sepenuhnya dengan cara lestari.  Untuk maklumat lanjut, sila ke laman www.tetley.com.

 

Tetley diedarkan secara eksklusif di Malaysia oleh GBA Corporation Sdn Bhd.  GBA menguruskan banyak jenama terkenal hasil kerjasama dengan rakan niaga dari seluruh dunia yang merupakan pemimpin jenama dalam kategori tertentu.

2 thoughts on “Tetley Tea Penuh Aroma Inspirasi Britain

Leave a Reply