The French Christmas Kini Berada di eCurve!

Christmas Show

The French Christmas Kini Berada di eCurve! |  Sambutan Krismas yang dinantikan bakal tiba di eCurve pada tahun ini dengan persembahan sarkas yang mempesonakan serta dipenuhi keceriaan yang pasti digemari ramai! Pada musim perayaan yang akan datang ini, para pengunjung akan dihiburkan dengan aksi Sarkas ekstravaganza berserta elemen-elemen dari negara Perancis, eksklusif di eCurve!

The French Christmas

Bermula 30 November 2018 hingga 1 Januari 2019, kempen selama sebulan ituakan memperlihatkan Centre Atriume Curve akan diubah menjadi seperti di Kota Perancis, dengan adanya mercu tanda ikonik popular seperti Menara Eiffel menghiasi pusat membeli-belah ini. Mercu tanda Arc de Triomphe yang terkenal pula akan menjadi latar belakang bagi pentas sarkas yang bakal menambahkan lagi kemeriahan suasana seperti berada di Kota Perancis.

Pengunjung eCurve juga dapat menikmati persembahan muzikal yang hebat oleh penghibur yang mendendangkan lagu-lagu Perancis serta berpakaian menarik yang menyemarakkan suasana Krismas. Lawatan ke sarkas semestinya tidak akan sempurna tanpa menyaksikan aksi sarkas yang menakjubkan! Para pengunjung akan terpesona dengan bakat seorang wanita yang menjinakkan ular, aksi menarik oleh seorang juggler serta persembahan silap mata yangluar biasa. Persembahan dan juga aksi berirama yang cukup menarik oleh paragimnas turut bakal dipersembahkan di dalam persembahan ini.

Persembahan-persembahan ini akan berlangsung pada setiap hujung minggu dan cuti umum pada pukul 2 petang dan 5 petang, sepanjang tempoh kempen.

Persembahan The French Christmas sungguh memukau

Gina Long Ahmad, Penolong Pengurus Besar, Bahagian Sewaan, Pengiklanan & Promosi berkata, “Krismas merupakan musim perayaan yang penuh dengan kegembiraan dan disambut meriah oleh semua. Pada tahun ini, kami ingin memberikan pengalaman yang berbeza dan unik kepada semua pengunjung dengan menampilkan konsep sarkas ala Perancis untuk sambutan Krismas. Daripada hiasan dekor yang menampilkan mercu tanda popular seperti Eiffel Tower dan Arc De Triomphe hingga ke persembahan sarkas yang memukau, pastinya suasana ini bakal menyemarakkan lagi keceriaan musim Krismas dimana para pengunjung juga dapat meluangkan masa bersama keluarga dan insan tersayang sambil membeli belah dieCurve. Kami amat berharap para pengunjung akan sama-sama turut serta untuk meraikan kemeriahan Krismas ala Perancis bersama kami di eCurve pada tahunini!”

Musim penuh keriangan ini tidak lengkap tanpa adanya pemberian hadiah! Pengunjung yang berbelanja minimum sebanyak RM150 dalam maksimum dua resit sepanjang tempoh kempen akan layak menebus sebuah Frosted Christmas Bottle yang berwarna-warni. Semua penebusan adalah tertakluk kepada terma dan syarat serta selagi stok masih ada.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai kempen Krismas eCurve, sila hubungi pegawai Khidmat Pelanggan di 03-7725 0277 atau layari www.ecurve.my atau laman Facebook di www.facebook.com/eCurveMall.

Leave a Reply