‘The House’ Musim Kelima Angkat Bintang Alaf Baharu ‘BBNU’

logo The House

‘The House’ Musim Kelima Angkat Bintang Alaf Baharu ‘BBNU’ | Bagi memberi lebih pilihan untuk kandungan alaf baharu, portal hiburan Gempak membawakan kembali program realiti digital ‘The House’ untuk musim yang kelimamenerusi penerbitan ‘Gempak Original Series’ sebagai daya tarikan terbaharu di platform digital.

The House Musim ke-5

Masih mengekalkan format realiti yang sama tetapi kali ini dengan kisah pengembaraan yang berbeza, ‘The House’ musim kelima bakal menampilkan tiga bintang popular generasi ‘BBNU’ yang namanya kian melonjak selepas menyertai pertandingan nyanyian ‘Big Stage’ terbitan Astro Ria tahun lalu iaitu Sarah Suhairi, Sissy Imann dan Wani Kayrie sebagai tonggak utama untuk musim ini.

“Kami menyambut baik perkembangan lanskap seni yang menyaksikan fenomena kebangkitan luar biasa daripada kalangan bakat muda generasi alaf baharu yang kini popular dengan jolokan ‘Budak Baru Nak Up’ atau ‘BBNU’ yang semakin menguasai industri hiburan masa kini. Meskipun masih dianggap ‘hijau’, namun kehadiran dan bakat mereka dengan pantas meraih populariti bukan calang-calang dan dilihat setara dengan penghibur yang lebih berpengalaman. Profil seni angkatan ‘BBNU’ ini juga boleh dianggap cemerlang sehingga ramai di antara mereka yang berpeluang untuk beraksi di acara-acara besar dan turut bertanding di pentas berprestij, kata Nazihah Dalhar, Ketua Kandungan Gempak.

Melihat kepada trend terkini yang didominasikan oleh angkatan ‘BBNU’ tersebut, kami berpendapat ini momen yang terbaik untuk mengetengahkan mereka menerusi penerbitan terbaharu program realiti ‘The House’ tambahnya Nazihah lagi.

Seperti musim-musim sebelum ini, program ‘The House’ yang berdurasi selama 22 minit sepanjang lima episod ini bakal disiarkan secara eksklusif menerusi portal digital Gempak iaitu www.thehouse.com.my  pada setiap hari Selasa mulai 19 Mac 2019 untuk pilihan yang fleksibel merentasi sempadan.

Menerusi ‘The House’, para peminat bepeluang untuk menyaksikan keakraban dan kemesraan hubungan persahabatan yang terjalin di antara Sarah Suhairi, Sissy Imann dan Wani Kayrie. Para peminat juga dapat mengenali mereka dengan lebih dekat dan menyaksikan segala gelagat lucu dan aktiviti mereka yang mungkin tidak pernah dikongsi dengan masyarakat umum sebelum ini. Sepanjang mereka berada di dalam ‘The House’, pelbagai cabaran yang akan diberikan untuk menghasilkan suasana yang menarik dan bermanfaat untuk ditonton oleh masyarakat.

Ini diikuti dengan siaran televisyen yang akan disiarkan di saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123) pada setiap hari Rabu jam 9.00 malam bermula 27 Mac 2019.

Sesi temu bual The House

Terdahulu, program realiti ‘The House’ pernah menampilkan trio adik beradik iaitu Emma Maembong, Cha Cha Maembong & Yaya Maembong untuk menjayakan musim pertama, jutawan kosmetik Dato’ Seri Vida (musim kedua), keluarga Rozita Che Wan atau lebih dikenali sebagai Che Ta (musim ketiga) serta Fattah Amin & Alvin Chong (musim keempat).

Leave a Reply