TikTok Jalin Kerjasama Dengan iflix

TikTok iflix2

TikTok Jalin Kerjasama Dengan iflix | Sebagai pembuka tirai 2020, perkhidmatan utama video ringkas mudah-alih, TikTok, hari ini mengumumkan kerjasama mereka dengan iflix, perkhidmatan TV hiburan dalam talian yang terkemuka di Asia Tenggara. Kerjasama ini mebolehkan pengguna-pengguna iflix di 13 negara Asia menikmati pelbagai kandungan video ringkas yang menarik.

iflix dan TikTok

Menerusi saluran baharu iflix, iaitu TikTok (TikTok Channel), pengguna boleh menonton pelbagai koleksi terkini TikTok  yang merangkumi video-video pendek  viral dari dalam dan luar negara secara percuma. Selain kandungan yang sedia ada seperti drama siri dan terbitan dramanya tersendiri (iflix Original), pengguna-pengguna dapat menikmati lebih banyak kandungan termasuk liburan, komedi, gaya hidup, sukan, haiwan kesayangan dan kandungan hiburan yang akan tiba.

Menurut Pengurus Operasi Kandungan & Pengguna TikTok Malaysia, Cheah Sheau Mei, “Pengisian kandungan berbentuk hiburan yang lebih santai dan ringkas menjadi satu permintaan yang tinggi di kalangan pelanggan kami. Pihak kami percaya, dengan adanya perkongsian kandungan bersama perkhidmatan TV hiburan dalam talian ini, dapat memperluaskan lagi pasaran pengguna di seluruh dunia. Kini, semakin banyak syarikat telah memanfaatkan trend ini sebagai sebahagian daripada strategi kreatif mereka untuk lebih berkembang maju.”

iflix TikTok Animal

Sebagai permulaan, TikTok selaku platform utama video mudah alih ringkas, berhasrat untuk meningkatkan lagi kesedaran serta pendedahan tawaran aplikasinya melalui koleksi video-video popularnya, yang akan di dipaparkan di saluran TikTok di iflix.

Creative

Jalinan kerjasama ini dengan perkhidmatan video ringkas utama terkenal di dunia, TikTok, adalah satu lagi langkah ke hadapan untuk strategi pemasaran kandungan syarikat yang bertujuan untuk melonjakkan lagi misi dan pencapaian syarikat yang lebih memuaskan.

iflix TikTok Funny Face

Kata Mark Francis, selaku Ketua Pegawai Konten iflix pula, “Tidak dinafikan, populariti TikTok adalah disebabkan adanya pembikin dan pengguna yang kreatif terutamanya dari golongan Millenial dan Gen Z. Dengan adanya penambahan koleksi video ringkas yang menarik dari platform TikTok, iflix juga menegaskan komitmen kami untuk terus menawarkan kandungan yang terkini bagi faedah pengguna kami.”

iflix TikTok Prank

Ingin menonton video-video terbaik TikTok 2020? Muat turun dan gunakan aplikasi TikTok sekarang, untuk menikmati pelbagai video menarik yang akan menghiburkan anda.

TikTok boleh diakses di lebih 150 negara dan wilayah merangkumi 75 bahasa. Muat turun aplikasi TikTok melalui iOS atau Google Play.


 Mengenai TikTok

TikTok adalah destinasi utama video ringkas mudah-alih. Misi kami adalah untuk memberikan inspirasi dan memperkayakan lagi gaya hidup individu dengan menawarkan platform yang menggalakkan panghasilan kandungaan yang asli, gembira, dan positif. TikTok beroperasi secara global termasuklah di Los Angeles, New York, London, Paris, Berlin, Dubai, Mumbai, Singapura, Jakarta, Seoul, dan Tokyo. www.tiktok.com

Mengenai iflix

iflix adalah sebuah servis hiburan terkemuka Asia Tenggara dengan pilihan siri TV, filem, produksi Originals tempatan dan siaran berita terkini dari dalam dan luar negara. Anda juga boleh muat turun rancangan kegemaran anda dan tonton secara offline dan di mana-mana sahaja… hanya di www.iflix.com

iflix menawarkan para pengguna semuanya secara PERCUMA! Dapatkan iflixFREE dan iflixVIP.

Kini beroperasi  untuk pengguna di Malaysia, Indonesia, Filipina dan Thailand, dengan perkhidmatan yang meliputi Brunei, Sri Lanka, Pakistan, Maldives, Myanmar, Vietnam, Kemboja, Nepal dan Bangladesh.

Ketahui lebih lanjut mengenai iflix dan seleksi programnya, di https://blog.iflix.com  dan bagi peluang pengiklanan layari advertising@iflix.com   

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *