Tips Pemakaian Slim Fit Shirts Supaya Tampak Bergaya

Slim Fit Shirts Pilihan Lelaki Kini

Tips Pemakaian Slim Fit Shirts Supaya Tampak Bergaya │ Hari ini nak Naz nak beri sedikit tips tentang pemakaian slim fit shirts buat lelaki. Lelaki dan baju kemeja atau shirts tidak boleh dipisahkan kerana ia merupakan item fesyen asas yang diperlukan dalam almari seorang lelaki. Slim fit shirts telah menjadi antara baju kemeja yang paling laris sejak kebelakangan ini kerana ia mengikut bentuk badan si pemakai. Selain daripada itu, dengan memakai slim fit shirts akan memberikan keyakinan yang lebih kepada si pemakai dan gaya keseksian serta-merta.

Slim Fit Shirts Pilihan Lelaki Kini

Walau bagaimanapun, ada sesetengah lelaki yang mungkin tidak tahu cara terbaik untuk menggayakannya untuk pemakaian harian. Masih keliru bagaimana cara untuk menggayakannya dan kelihatan hebat? Di sini Naz nak kongsikan 3 gaya pemakaian baju kemeja untuk kelihatan hebat mengikut trend terkini.

  1. Gaya Rasmi
Gaya rasmi
Gaya rasmi atau formal

Bagi lelaki yang bekerja dalam dunia korporat atau yang menjalankan perniagaan, slim fit shirts sentiasa pilihan terbaik untuk profesion ini. Ia pasti memberikan penampilan yang segak, maskulin dan professional kepada si pemakai. Pada pandangan pertama dan cara anda berpakaian akan membantu penampilan anda di tempat kerja, jadi anda boleh memakainya dengan sepasang seluar panjang berserta blazer untuk penampilan yang hebat.

  1. Gaya Smart Casual
Gaya Smart Casual
Gaya smart casual

Ini adalah pandangan umum bahawa setiap lelaki perlu menguasainya supaya ia boleh dipakai untuk pelbagai majlis dari majlis perkahwinan, pesta, temujanji dengan si dia dan juga acara-acara lain. Hanya perlu padankan slim fit shirts dengan loafers dengan seluar pendek Bermuda ataupun seluar jeans. Tampilkan pakaian bergaya lagi mudah ini dan bersedia menjadi perhatian ramai.

  1. Gaya Trendy Hipster
Gaya Trendy Hipster
Gaya trendy hipster

Untuk hari-hari santai anda tetapi masih mahu ada penampilan bergaya, lapiskan slim fit shirts anda dengan baju sejuk atau jaket. Mungkin ada sebahagian daripada anda yang lebih suka bahan yang lebih ringan, kardigan (cardigan) adalah pilihan terbaik. Apa pun pilihan anda, ia pasti membantu menceriakan baju kemeja anda dan memberikan sentuhan bergaya. Berjalan di jalanan dengan gaya yang menakjubkan serta segak dan kacak dengan pelbagai gaya yang menarik dengan hanya pemakaian luar yang ringkas.

Harap tips ini dapat membantu anda dalam pengayaan baju kemeja supaya tampak segak dan hebat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *