Tokio Marine Memenangi Anugerah ICON Jenama BrandLaureate 2018

Tokio Marine Life

Tokio Marine Memenangi Anugerah Kepimpinan ICON Jenama BrandLaureate 2018 |  Tokio Marine membuktikan kehebatannya untuk menjadi peneraju dalam industri dengan memenangi Anugerah Kepimpinan Industri ICON Jenama BrandLaureate 2018 di bawah kategori ‘Penyelesaian Insuran’.

Tokio Marine Memenangi Anugerah Kepimpinan ICON Jenama BrandLaureate 2018

Majlis anugerah yang berlangsung di Hotel Masjetik pada 26 November 2018, turut dikenali sebagai acara berprestij yang memberi pengiktifaran kepada jenama yang telah memenuhi standard kecemerlangan dengan menerajui inovasitrend, produk dan perkhidmatan.

Dengan tema tahun ini, ‘Capitalise Your Leadership to Crystallize your Brand’ (Memperkukuh Kepimpinan untuk Mencipta Jenama Anda), anugerah ini mengiktiraf kemampuan Tokio Marine untuk terus mengikuti teknologi yangsentiasa berubah dengan memodenkan perkhidmatan mereka.

Peneraju dalam Pendigitalan Insurans

Tokio Marine telah mengambil langkah berani dalam pendigitalan beberapa perkhidmatan mereka. Tokio Marine Life adalah syarikat insurans hayat pertama yang menawarkan kemudahan pemeriksaan wang yang tidak dituntut danantara yang pertama memberikan penyerahan tuntutan dalam talian melalui laman web mereka. Perjalanan transformasi digital Tokio Marine Life bukan sahaja mewujudkan pengalaman pelanggan yang lebih baik tetapi juga meningkatkan produktiviti anggota agen. T-Marine Pro, aplikasi perniagaan telah diwujudkan bagi memastikan penyerahan jualan yang lebih cepat dan mudah oleh ahli agensi.

 Tokio Marine Life

Membuktikan kedudukannya sebagai peneraju industri, Tokio Marine Life merupakan syarikat insurans hayat untuk menaja jamin insurans hayat internet pertama di Malaysia. Dengan memanfaatkan kuasa teknologi, Tokio Marineterus membangunkan pelan insurans hayat yang mampu dimiliki melalui inovasi digital akhir-ke-akhir.

Tokio Marine Life juga memperkenalkan insurans hayat yang mampu dimiliki bagi kumpulan B40 di bawah inisiatif “Perlindungan Tenang” oleh Bank Negara Malaysia. Tokio Marine-Starter Pack boleh dibeli dengan mudah melalui laman web dengan hanya RM6 sebulan *, tanpa memerlukan penajajaminan perubatan. Ini adalah usaha berterusan bagi syarikat untuk meningkatkan perlindungan insurans bagi seluruh rakyat Malaysia.

Capitalise Your Leadership to Crystallize your Brand

Pada tahun depan, Tokio Marine Life juga akan melancarkan aplikasi mudah alih yang dikenali sebagai “OneTokio” yang membenarkan pemegang polisi untuk mengakses maklumat lebih terperinci terhadap polisi dan kemudahan kemasukan ke hospital.

Pelanggan juga boleh menikmati faedah melalui program kesetiaan yang dikaitkan dengan rakan kongsi perniagaannya.

Inisiatif-inisiatif ini adalah sebahagian daripada komitmen Tokio Marine dalam memberi kesan positif terhadap seluruh masyarakat dan menyumbang kepada pertumbuhan industri insurans hayat yang berterusan.

Leave a Reply