TOMOKTWNTY Dokumentari Tomok Dalam Industri Seni

IG-POSTER-NEW-TOMOK

TOMOKTWNTY Dokumentari Tomok Dalam Industri Seni | Khas buat peminat setia Tomok yang setia menjadi tulang belakang kariernya selama ini, sebuah dokumentari khas mengenai perjalanan seni beliau telah diterbitkan. Dokumentari khas yang dinamakan TOMOKTWNTY ini berkisarkan 20 tahun pembabitan Tomok di dalam industri seni tanahair.

TOMOKTWNTY

Sebanyak 4 episod berdurasi 15 minit setiap satu, TOMOKTWNTY menyingkap sejarah bagaimana Tomok bermula sebagai vokalis NewBoyz sehingga kini. Menceritakan bagaimana naik turun dan kejayaan yang telah dicipta Tomok. Dokumentari ini juga menampilkan Zul2by2, Zimi Sofazr, Aubrey Suwito dan ramai lagi yang merupakan tulang belakang kepada kerjaya seni Tomok.

Telahpun disiarkan episod pertama pada 27 Disember baru-baru ini, ia boleh ditonton di saluran YouTube Monkey Bone dan setiap episod akan disiarkan setiap 2 minggu sekali.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *