TOP Lancarkan Teknologi Micro-Clean Tech™

TOP Lancarkan Teknologi Micro-Clean Tech™ |  Bau hapak, masam dan busuk pada pakaian anda walaupun sudah di cuci berkali-kali? Baju anda menjadi kekuningan dan warnanya semakin pudar? Ini sebenarnya adalah disebabkan oleh sebum atau minyak badan yang dikeluarkan secara semulajadi oleh tubuh terutamanya dalam cuaca yang lembap dan panas. Sebum sering terperangkap jauh ke dalam teras fabrik dan gagal dicuci dengan berkesan oleh pencuci biasa sehingga menyebabkan pakaian putih menjadi kekuningan dan memudarkan warna pakaian berwarna. Sebum yang terperangkap ini juga merupakan nutrisi kepada bakteria yang boleh menyebabkan pakaian berbau busuk selepas dicuci terutamanya pada pakaian yang kerap digunakan untuk aktiviti luar.

Anda tidak perlu risau lagi tentang pemasalahan ini, TOP sedang merevolusikan industri detergen Malaysia dengan memperkenalkan teknologi terkininya Micro-Clean Tech™.

Teknologi Micro-Clean Tech™

TOP Micro-Clean Tech™ merupakan satu formula canggih yang dimajukan oleh Lion Corp Japan. Ia telah berjaya mencuci kesan kotoran harian yang biasa sejak dilancarkan. Berbekalkan slogan ‘Belum Bersih Sehingga Mikro Bersih’, jenama tersebut mendorong para pengguna untuk mencapai tahap cucian yang seterusnya dengan menggunakan teknologi pencuci Anti-Sebum.

Teknologi Anti-Sebum

Teknologi Micro-Clean Tech™ dengan rangakaian Anti-Sebum melingkungi semua fungsi yang dimasyhurkan oleh TOP termasuk anti-bau, anti-hama debu, anti-bakteria dan teknologi wangian FreshCare™ bagi kesegaran berpanjangan sehingga 30 hari selepas pembasuhan.

Teknologi Micro-Clean Tech

What is Micro-Clean

Menurut Pengurus Pemasaran Kanan Bahagian Penjagaan Fabrik, Southern Lion Sdn Bhd, Cik Carmen Foo, inovasi TOP Micro-Clean Tech™ menawarkan tahap cucian bersih yang seterusnya dan gaya hidup yang lebih menggembirakan untuk masa depan yang lebih baik.

 

Kempen Komuniti TOP ‘Pass It On’

Kempen Komuniti TOP ‘Pass It On’ ini mengenengahkan keupayaan teknologi terbaharu ini – menghidupkan, menyegarkan dan memperbaharui pakaian. Kempen ini berasaskan prinsip bahawa semua orang layak mendapatkan pakaian yang telah dimikro bersih untuk gaya hidup yang lebih bersih, ceria dan menyihatkan. Inilah cara kempen ini membantu komuniti secara besar-besaran.

Kempen TOP 'Pass It On'
(Dari Kiri) Cik Annette Ling, Pengarah Urusan, Southern Lion Sdn Bhd, menyaksikan Dr Waitchalla Suppiah, Timbalan Ketua Setiausaha, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, melepaskan baju pra-disayangi yang pertama bagi kempen komuniti TOP ‘Pass It On’.

 

Kempen Komuniti TOP ‘Pass It On’ telah dilancarkan oleh Timbalan Ketua Setiausaha, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Yang Berusaha Dr. Waitchalla Suppiah di pusat beli belah 1Utama pada 7 Mac yang lalu.

Pengenalan rangkaian revolusi TOP Micro-Clean Tech™
Semasa pengenalan rangkaian revolusi TOP Micro-Clean Tech™ dan pelancaran kempen komuniti ‘Pass It On’. (Dari Kiri) Encik Robin Loh, Pengarah Jualan, Lam Soon Edible Oils Sdn Bhd, Cik Pua Poi Tuan, Pengurus Kanan Barangan, AEON Co (M) Berhad, Cik Christina Yong, Pengarah Pemasaran, Southern Lion Sdn Bhd, Cik Annette Ling, Dr Waitchalla Suppiah, Timbalan Ketua Setiausaha, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Encik Edward Liew, Timbalan Pengarah Urusan, Southern Lion Sdn Bhd, Cik Carmen Foo, Encik Naoyuki Egawa dan Encik Tatsuya Horiuchi, Bakal Pengarah Urusan, Southern Lion Sdn Bhd.

 

Kempen Komuniti TOP ‘Pass It On’ ini mempunyai empat langkah yang menyaksikan TOP mengumpul dan mengasingkan pakaian terpakai yang disumbangkan oleh orang ramai; dicuci secara profesional menggunakan TOP Micro-Clean Tech™ untuk menyegar dan menghidupkannya kembali sebelum digosok dan dibungkus. Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat kemudiannya akan menghadiahkan pakaian-pakaian itu kepada mereka yang memerlukan.

Belum Bersih, Sehingga Mikro Bersih!
Belum Bersih, Sehingga Mikro Bersih! (Dari Kiri) Cik Carmen Foo, Pengurus Pemasaran Kanan Bahagian Penjagaan Fabrik, Southern Lion Sdn Bhd, Cik Annette Ling, Pengarah Urusan, Southern Lion Sdn Bhd dan Encik Naoyuki Egawa, Pengarah Penyelidikan, Pembangunan dan Pengilangan, Southern Lion Sdn Bhd.

 

Ahli komuniti dan individu digalakkan untuk berkongsi pengalaman mereka di pautan www.toppassion.my. Mereka juga boleh mendapatkan lebih banyak maklumat mengenai kempen ini dan lokasi ia dijalankan.

Teknologi TOP Micro-Clean Tech™ boleh didapati di premis-premis peruncitan di seluruh negara.

Untuk maklumat lanjut sila lawati pautan www.southernlion.com.my atau hubungi talian khidmat pelanggan di 1800-88-0133.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *