TOP Odour Buster Segarkan Gaya Hidup Aktif Anda

Jenama TOP

TOP Odour Buster Segarkan Gaya Hidup Aktif Anda |  Sudah menjadi rutin hujung minggu Naz bawa anak ke Little League Soccer Kids di University Malaya. Sambil menyelam minum air, Naz bersama hampir ke semua bapa-bapa turut beriadah dengan bermain bolasepak. Memang seronok dapat mengeluarkan peluh dan badan menjadi lebih ringan dari aktiviti bersenam tersebut.

Bersenam merupakan satu aspek penting dalam menjalani gaya hidup yang sihat. Malangnya, walaupun selepas membasuh dengan bahan pencuci biasa, bau peluh pada pakaian senaman masih melekat. Kini, kita sudah ada penyelesaian untuk meneruskan gaya hidup sihat dan dapat mengatasi cabaran untuk membersihkan pakaian yang berbau itu.

TOP, jenama bahan pencuci No. 1 di Malaysia dengan varian TOP Odour Buster menggunakan teknologi Micro-Clean Tech™ yang canggih mampu menghilangkan sisa kotoran nyata dan tersembunyi.

TOP Odour Buster

Para peserta acara Score Run, Spartan Race dan Brooks KL City Run berpeluang merasai sendiri keupayaan cecair pencuci TOP Odour Buster, dimana TOP merupakan salah satu penaja perlumbaan larian tersebut dan menyediakan TOP Odour Buster 300g kepada lebih 40,000 orang peserta.

Memandangkan para peserta larian akan kuat berpeluh, maka TOP telah menguji varian cecair pencuci Odour Buster ini. Maklum balas yang diterima daripada peserta larian yang telah menggunakan produk tersebut nyata amat positif.

Varian cecair pencuci TOP Odour Buster

Rahsia kemampuan TOP Odour Buster menghilangkan bau yang tidak menyenangkan ialah teknologi anti-sebum TOP Micro-Clean Tech™. Ia berfungsi menarik keluar kesan peluh, sebum dan molekul-molekul lain yang terperangkap di dalam fabrik. 

Formulasi yang revolusionari itu turut mengekalkan fungsi bahan pencuci TOP Anti-Malodour dan Anti Debu-hama yang sudah diketahui serta dipercayai oleh rakyat Malaysia.

Kesan peluh dan sebum (minyak badan) serta molekul-molekul lain yang terperangkap menyebabkan warna kuning pada fabrik putih dan berwarna cerah, selain menyebabkan warna fabrik nampak kusam. Sisa peluh dan sebum yang diurai oleh bakteria menjadi punca utama bau kurang menyenangkan pada bahagaian ketiak, lengan dan kolar, walaupun selepas pakaian dicuci.

Hanya dengan satu basuhan menggunakan cecair pencuci TOP Odour Buster diperlukan untuk mengembalikan kesegaran fabrik, walaupun ia dibasahi peluh.

Dengan adanya teknologi pencuci Micro Clean Tech™ ini, ia mampu menghilangkan kesan peluh yang terperangkap dan menghalang 99.9% peratus bakteria daripada membiak. Air basuhan akan menjadi lebih keruh kerana bau peluh dan sebum serta molekul-molekul daripada kotoran dibersihkan sepenuhnya.

Pengurus Besar Southern Lion Sdn. Bhd., Carmen Foo memberitahu bahawa cecair pencuci TOP Odour Buster dihasilkan seiring dengan janji jenama ini iaitu Inovasi untuk Kehidupan yang Lebih Baik. Ia mengambil berat pandangan pengguna demi menyelesaikan masalah yang berlaku dalam dunia sebenar dan meningkatkan prestasi produk-produk keluarannya.

“Memandangkan semakin ramai rakyat Malaysia yang mengamalkan gaya hidup aktif, para pengguna memberitahu bahawa bau peluh pada yang masih melekat pada baju yang sudah dibasuh menjadi antara masalah utama mereka. Kami memberi maklum balas menerusi TOP Odour Buster dan mengujinya ke atas peserta acara Score Run, Spartan Race serta Brooks KL City Run dan nyata mendapat keputusan yang positif.”

“Kami sangat yakin TOP Odour Buster dapat mengatasi masalah pakaian yang paling banyak menyerap peluh. Ramai peserta yang mencuba sampel ujian kami telah beralih kepada produk ini kerana ia ternyata berkesan,” katanya.

Varian serbuk pencuci TOP Odour Buster

“Pengguna yang menjalani gaya hidup aktif sememangnya faham tentang kesukaran mencuci pakaian mereka beberapa kali dan bau peluh masih ada. TOP Odour Buster berfungsi menghilangkan sisa bau peluh yang masih melekat dan mengatasi masalah bakteria yang membiak pada pakaian untuk memberikan bau segar serta keyakinan ketika memakainya,” tambah Foo.

TOP Odour Buster boleh didapati di semua peruncit seluruh negara dalam pek 1.8kg, 2.7kg dan 4kg.


Mengenai Southern Lion Sdn Bhd

Southern Lion Sdn. Bhd. merupakan syarikat kerjasama 50/50 di antara Lam Soon (M) Bhd dan LION CORPORATION, Jepun. Ia terus menambah baik kualiti hidup pengguna di Malaysia dengan menawarkan produk-produk isi rumah yang berkonsep inovatif pada harga berpatutan. Produk-produknya terdiri daripada penjagaan fabrik, rumah, kecantikan dan oral. Southern Lion merupakan pengeluar produk pencuci yang diberi persijilan ISO 9001.

Leave a Reply